Saturday, May 15, 2010

Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.

"Keteguhan sesebuah organisasi itu, terletak kepada disiplinnya"

Hari ini, kena pergi sekolah. Ada Gotong-royong Perdana 1 Malaysia. Raihana kata, dah tak diwajibkan satu Malaysia, tapi sekolah kami buat jugak. Tak pelah, aku ok je. Bersemangat nak pegi sekolah.

Pagi-pagi lepas perhimpunan, '3 anak dara taik kucing' tu mintak keluar daripada choral speaking. Ok, silakan! Aku pun tak hingin depa masuk. Memalukan betul, dah la dari kelas 3 Sumaiyah. Oh, rasa dah hebat sangat lah tu duk kelas 3 Sumaiyah. Hebat sangatkah? Sampai tak mau dengar kata orang kelas bawah. Perangai macam tu, buat aku dah tak respek kat kelas depa. Sombong! Tak ada pendirian!

Kelas aku & 3 Sumaiyah kena bersihkan di kawasan sekitar rumah pengetua. Kami kena bersihkan belakang rumah pengetua, yang semak dengan meja, surat khabar dan sampah sarap. Macam-macam lah kerja yang kami buat tadi, gunting pokok, mencangkul, angkat meja, kutip sampah dan lain-lain lagi.

3 Sumaiyah kena masuk kelas. Ustazah Nor Asma' nak depa belajar. Biasalah tu. Tapi Cikgu Azizah bagi depa pi lewat sikit. Sebab kerja tak habis lagi. Pastu, bila depa balik kelas, kelas kami yang habiskan kerja. Rasanya banyak juga kerja yang kami buat. Tapi best, sebab kami bersatu padu. Cikgu Azizah pulak, tak pernah jemu membuat lawak spontannya, tapi beliau tak gelak pun. (^^,) Lepas habis semua kerja, siap simpan semua peralatan dan susun kerusi semula, cikgu bagi kami rehat. Pastu, cikgu bagi kami upah RM50. Terima kasih, cikgu. Kami tak tahu pun dapat duit. Cikgu juga puji kami, rajin.

"Anak-anak Siti Fatimah ni semua bagus-bagus la. Nanti boleh cikgu mintak tolong lagi"

"Patut la Siti Fatimah kena buat kerja kat sini, sebab rajin"


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...