Monday, May 17, 2010

Contest-I Love Chocolate

"I LOVE Cadbury Chocettes BLACK FOREST"

Sedang jalan-jalan kat blog orang, ternampak la contest ni. Wah, menarik juga. Nak masuk la. Ish, tarikh tutup dah nak dekat ni, kena cepat. Punya la 2-3 hari ni merungut kat mak, 'mak, nak beli coklat.' Tadi kakak dengan mak keluar shopping, aku pun apa lagi, pasan la coklat favourite aku. Then, terus snap pic dan tulis contest ni.

Contest ini dibuat oleh Pn Farah Fazrin<--eh, nama kita sama.'farah je'

Fuh, berdebar-debar rasanya nak masuk contest ni.<--cewah. Bukan apa, ni contest pertama yang aku nak masuk! Saja la, tengok orang lain dok pakat masuk contest nak juga masuk. "Walaupun tak menang pun tak pa, asalkan cuba!". Jangan buang masa lagi, mai kita jawab apa yang ditanya.

Contest-I Love Chocolate
Ditulis dalam satu enti
Masa tidak ditetapkan
[100% markah]
Jawab semua soalan


Soalan-soalan:-
  1. Anda perlu bergambar dengan sebarang jenis chocolate, apa-apa chocolate dibenarkan. Tetapi semestinya chocolate, choki2 juga diluluskan.[25%markah]

    Ok, Sudah. Ini la gambarnya. Baru snap tadi.
  2. Sila terangkan tentang gambar anda bersama chocolate itu.[25%markah]

    Aku bergambar bersama-sama coklat Crispy dan Cadbury. Dalam gambar itu, aku sedang menggigit secebis gigitan coklat Cadbury jenis Dairy Milk (BLACK FOREST). Memang aku pesan kat kakak, suruh beli Cadbury BLACK FOREST. Sebab aku memang suka! Setiap kali aku nak beli coklat, aku akan beli Cadbury BLACK FOREST punya. Aku ni, memang suka sangat makan coklat, sampai jadi tembam macam sekarang. Hehe, tapi sekarang kena kurangkan sikit macam coklat takut pulak kena kencing manis. Kurang-kurang sikit pun, lebih kurang tiap-tiap hari jugak la aku beli Cigaratte Chocolate kat koprasi waktu rehat. Bukan sebatang, banyak batang jugak la.

  3. Nyatakan sebab mengapa anda menyukai chocolate itu.[25% markah]

    Herm, aku memang suka coklat ni! Nak tahu kenapa? Sebab, BLACK FOREST ni, dia campuran jeli dan biskut disaluti dengan coklat susu. Ok, dalam pack coklat ni, dia campurkan dengan jeli dan biskut. Aku paling suka yang jeli. Dalam satu paket, ada biskut dan ada jeli dalam coklat. Bila aku makan, aku akan tertunggu-tunggu dan tercari-cari coklat yang ada jeli di dalamnya. Hal ini menunjukkan, coklat ni lain daripada yang lain. Aku akan berasa tertunggu-tunggu dan tercari-cari untuk makan coklat yang di dalamnya ada jeli. Bukannya tak suka yang biskut, suka juga tetapi kurang sikit daripada yang jeli. Di samping itu, coklat ini tidak akan membuatkan aku bosan. Aku akan rasa jeli dan biskut yang terkandung dalam coklat.

  4. Sila letakkan link contest ini dalam entri tersebut.[25 %markah]
    Link contest ini--->contest-i love chocolate

Entri Tamat
Selamat Bejaya!

No comments:

Post a Comment