Wednesday, January 26, 2011

Kebahagiaan dalam Perpisahan

Sedang mendengar lagu Doa Perpisahan~..

Tak lama lagi, lagi dua hari saja lagi, saya akan pergi, pergi dari smkap..

Saya rasa ramai yang gembira apabila saya melangkah pergi dari sekolah ini..Tetapi berbeza dengan rakan saya yang dua orang lagi yang akan berpindah. Mereka merupakan ayam tambatan sekolah..semua orang sedih mereka pergi..

Sunday, January 16, 2011

Tak disangka

Dulu, rasa macam tak mahu isi ja borang SPBI.

Tak sangka, dapat pula. Aduh, susah untuk memilih.

Kalau boleh, tak nak keluar.

Mak suruh pikiaq dulu.

Pikiaq duluuu.

Ataupun try pi dulu.

Bagus jugak kalau pergi.

Thursday, January 06, 2011

Sawan Jawatan

Ketua adik-adik.

Pengerusi Persatuan Puteri-puteri Cantik Malaysia.

Pengerusi Kelab Hampar Tikar.

Pengerusi Persatuan Jaga Tong Sampah.

Pengerusi Rumah Sukan Merah Campur Biru.

"Cikgu, nama saya Joyah. Saya nak jadi pengerusi ja tau macam Barak Obamma waktu sekolah dulu, xmau jawatan lain."

Nah ambik, sawan teruih.

Tuesday, January 04, 2011

Perompak kasut

Pagi tadi keluar rumah nak ke sekolah.

Sebelum masuk kereta,

mestilah nak kena pakai kasut kan.

tengok kat almari, kasut xdak.

carik tempat lain pun xdak.

hai, sapalah nak amik kasut tuh.

dah la baru beli pulak.

nasib baik ada kasut faiz->abang kandung saya..huhu

Lepas ni, boleh beli kasut lain..Hehe..

Monday, January 03, 2011

Kerana Mike!

Huh,

sebab Mike,

semua jadi payah,

tanpa Mike, kami kena marah!

Mike kat sekolah bukan cukup sangat.

Selalu rosak pulak tu.

Payah nak pasang pun ada yang tak tahu.

Mike, mikrofon lah..