Saturday, December 17, 2011

Susah Sebab Lupa.

Bismillah..


Fuh..Lama benar rasanya tak tulis blog nih..erm..rasa rindu pulak nak tulis tetiba ja malam nih..<--hah, ayat apa nih. Tak pa baru la stail skit.

Musim cuti. Biasa la. Bagi form 4. Macam saya. (buat ayat pendek-pendek pulak dah..tau la nak ringkas. Ok, malam ni saya nak tulis panjang sikit) Sambung pada yang tadi, waktu-waktu yang sebaya dengan saya ni, iaitu tahun depan akan menghadapi SPM (sijil pinangan masuk ke? ahaks) atau sewaktu dengannya, nampaknya ramai la yang amik tuisyen. Termasuklah diri ini. Antara subjek-subjek yang menjadi pilihan ialah 'off kos' lah Add Math, Fizik, Biol, Chem, Akaun sebab ramai yang tak berapa nak terrer dalam subjek tersebut. Tersebutlah kisahnya, saya hanya mendaftar untuk dua subjek sajalah iaitu Add Math + P. Akaun = InsyaAllah A++ SPM <--hah, equation yg xkena kot..hantam sajalah...Apa kes cerita panjang-panjang padahal tak dak point ni kenapa. Entahlah, malam ni tangan ni rajin sikit. Tak teringkas plak dah.

Waktu kelas, cikgu just ajaq tajuk-tajuk form 4. Nampaknya memang kami betul-betul lemah untuk sesetengah tajuk lah. Ada yang bagi alasan cikgu tak ajar lah, cikgu ajar tak faham lah kat sekolah..dah lupa dah la..macam-macam lah. Erk..kalau bagi aku pulak, aku pilih alasan yang last sekali tu. Aku akui, manusia ni mudah lupa. Then, bila dah belajar balik tajuk tu, rasa macam..uh, senang rupanya tajuk ni. Bila dah senang, mulalah buat endah tak endah..tak ulangkaji, tak buat latihan etc. Ye lah ada yang bagi alasa, baru form 4 rilek la dulu. Hah, bila hujung tahun dapat markah teruk baru rasa terhantuk, baru mula nak pi tuisyen semua. Tapi bagus lah pi tuisyen tak buang masa. Sebenaqnya, apa yang aku nak highlight kan kat sini, kita jadi lemah sesetengah subjek tu, sebab kita sendiri. Kalau aku, aku salahkan diri aku sendiri. Aku tak salahkan cikgu. Cikgu dah ajar. Patutnya kita perlu buat sesuatu kalau tak paham ka, lupa ka.

"Sebenaqnya, ilmu dunia, ilmu ciptaan manusia ni senang ja. Kita belajaq, kita dapat jawapan. Tapi ilmu akhirat, syurga..neraka..sangat susah.. kita tak tahu rupa asalnya bagaimana" <--kata-kata cikgu aku.

Dan persoalannya, kenapa ramai orang asyik kejarkan ilmu dunia yang senang ni, sanggup habiskan wang nak pi tusyen belajaq ilmu dunia yang sementara ni .

Tapi, kelas-kelas agama di masjid yang free tu, ramai ke yang nak datang?