Thursday, March 22, 2018

5 Perkara Best Jadi Driver Uber

Hari ni semangat pula nak tulis blog, so aku rasa nak tulis benefits jadi driver uber berdasarkan  pengalaman aku jadi driver uber.

1. Income on the spot
Haaa...biasalah, kalau kita kerja mesti nak payment ye tak..yang bestnya kita dapat pegang cash after kita drop passenger..selalunya kalau kita kerja dengan majikan lepas sebulan baru dapat gaji ye dak? Tapi kalau kita jadi driver boleh dapat income tu cepat kecuali kalau passenger guna kad untuk bayarlah..so, di sini kita dah tak yah dah selalu pegi bank untuk guna duit..so selalunya kalau aku nak makan, aku akan buat uber dulu..hehe..biasalah student...selalu pokai..

2. Improve communication skill
Sometimes kita akan dapat passenger yang suka kalau driver entertain dia..lagipun kalau lama lama dalam kereta tak cakap bosan la gak..so, mesti nak sembang sembang kat sini kita akan improve kita punya skill komunikasi..tapi kena tengok jugak la certain passenger tak suka kita banyak cakap..selalunya budak budak muda ni tak berapa suka laa..well..young generation mostly suka anti sosial..selalunya best la kalau aku dapat passenger yang banyak cakap.

3. Build networking
Sekarang ni dah ramai orang yang naik uber, tak kiralah pekerja kilang, student, bos, artist pun sama..so kita boleh kenal banyak orang dan banyak jugak knowledge yang kita boleh dapat kalau kita sembang dengan diorang..and bolehlah mintak contact semua..hehehe

4.Tak susah cari customer
Oleh sebab passenger yang naik dengan kita ni, kita dah dapat melalui apps..so kita dah tak payah susah susah nak attract passenger untuk jadi penumpang kita..sentiasa je ada penumpang kalau waktu peak hours tu..kalau aku, aku memang suka keluar awal pagi, sebab waktu ni ramai yang nak pergi kerja..

5. Dapat free gift from passenger
Ni ikut nasib la aku rasa kan..bukan semua passenger baik hari nak bagi kita free gift..tapi ikut pengalaman aku, dah dua kali aku dapat free McDonald and aku boleh order je apa aku nak...pernah sekali tu aku dapat bunga dari passenger jepun..huhuhu gembira betul..bukan bukan hidupla..bunga kain je,,

Haaa.amacam best kan jadi uber ni..So siapa yang berminat nak daftar uber..boleh daftar kat sini

Sunday, March 18, 2018

Pengalaman bekerja part time di DAISO

Salam dan selamat sejahtera dear readers!!!!!!!!!!

Hari ni ada mood nak menulis sikit..hehe almaklumlah bila free free ni bosan pulak tak buat apa apa..nak cerita pengalaman aku kerja di Daiso..Daiso ni terletak di salah sebuah mall di Penang..heehee ce teka kat mana?

Sebelum tu nak bagi tahu, aku kerja part time ni semasa semester kedua aku di USM, memang saja nak kerja memandangkan subjek yang aku amik tak de lah berat sangat...ok, mula mula memang aku try mintak banyak store untuk kerja tapi kebetulan Daiso je yang nak amik part timer..biasalah..kerja dalam mall memang banyak full time je...Alhamdulillah dapat kat Daiso..aku jumpa straight dengan manager dia..dalam dua tiga hari jugak lah boleh approve..kalau korang nak senang dapat kerja memang kena jumpa manager terus sebab banyak je orang apply kerja situ..tapi aku tengok kertas tu diorang tak contact pun..

Ok, kerja part time sini dia punya syarat kena kerja 5 jam sehari minimum..setiap hari..ada sehari je cuti..aku mintak cuti hari rabu sebab hari ni aku ada kelas sampai pukul 6 so tak sempat la nak masuk kerja pukul 6..mula mula aku sorang je kerja, pastu ada kekosongan lagi satu kawan aku pulak join kerja skali..

Sebenarnya aku tak de pengalaman langsung kerja bahagian retail ni, so aku di ajar dari mula lah, bila aku kerja, baru aku tahu betapa penatnyaaaaaaa badan...tapi best sebab dapat kawan kawan kerja yang best..bila aku kerja, aku tahu jugak macam mana nak jadi customer yang bagus agar tak de lah bebankan pekerja yang kerja dalam kedai tu. Bukan tu je, aku jugak belajar macam mana nak handle masa...dah la kena pergi kelas lagi.. nak pergi kerja lagi..time exam and assignment lagi..kadang kadang aku terpaksa stay up untuk siapkan assignment..tapi best..sebab setiap detik waktu tu ada je benda kita isi...

Tapi kan, aku cuma bertahan untuk dua bulan je..hehe..ok la kan...sebab aku nak fokus kat final exam...apa pun, pengalaman kerja sambil belajar ni best la..kita akan rasa kita ni survivor..lepas aku berhenti..aku start buat UBER pulak..hehe..sebab lebih fleksibel..nanti aku cerita pengalaman aku bawak UBER pulak..