Thursday, July 29, 2010

Aku ayu berbaju kurung


Erkk, aku letak gambar ni lah, pic ni diambil kat kampung waktu raya hari ru.

Harap harap pic ni pun boleh la~

Sebab aku jarang ambik pic sorang-sorang.

Boleh ye, penganjur kontest

Monday, July 26, 2010

ISLAM: Di Mana Keadilan.

Bismillah,

Aku jumpa post yang best!
Jom Baca

Tajuk: Islam Di Mana Keadilan?
----> Oh Cerita!

Serius!
best, dalam bentuk flash.

Nak TauTak Betapa Bestnya Jadual Anjal?

Jadual anjal, baru tahun ni aku tahu kewujudan jadual ni. Jadual ni khusus untuk pelajar tingkatan 3. Serius, bila tukar ja daripada jadual biasa ke jadual anjal memang best gila. Aku lebih suka jadual anjal. Kalau sekolah lain tu, aku tak tau la depa buat macam mana ka. Nak tau apa yang bestnya pasai jadual anjal ni?

1. Sehari, ada 5 subjek sahaja.

Haa, ni yang best. Kalau jadual dulu, sehari tu sampai tujuh subjek. Punya la berat beg nak bawak buku sampai satu beg tu pun tak cukap, ada yang bawak banyak beg macam mak cik jual kerepek tu pun ada. Baru buku saja, tak masuk telkung lagi.

2. Belajar subjek teras sahaja

Matapelajaran sampingan yang tak penting tak yah belajaq lagi dah. Selalunya, kami buat endah-tak endah je ngan subjek pj, seni dan sivik ni. Tapi, cikgu yang mengajar, nak jugak ajar mata pelajaran tersebut. Jadi, kerja kami akan bertambah dengan kehadiran matapelajaran tersebut.

3. Jawab soalan, bincang soalan ja.

Waktu jadual anjal, satu masa satu jam setengah. Jadi, cikgu cuma bagi kami soalan, soalan, soalan, soalan. Banyak gileer soalan. Sampai nak termuntah dah jawab soalan, lebih kurang je bentuk dia. Tapi best, sebab ta yah dah nak buat nota apa semua tuh. Buku teks pun tak yah bawak pun tak pa, bawak buku rujukan ja.

4. Rehat

Haa, ni lah yang paling best boleh rehat awal, kalau rehat pertama, kami rehat awal drpd form2 yang lain. Tak yah dah dok berebut berebut pastu ada yang tertumpah makanan. Dah tak da dah, kantin jadi lengang ja, tu pun ramai form 3 yang tak keluar makan. Al maklumlah, sapa yang tak habis ganti tu kan kena qodho'. Bila rehat kedua pulak, keluar awal dan lama. Kalau sebelum ni, kalut-kalut amik wudhu' sembahyang jemaah kat dewan, skang tak yah dah, boleh solat kat surau. Rehat pun lama, boleh bergelak sakan, makan nasik pun boleh tambah. Klau dulu, nak suap nasik pun tak dan.

5. Kertas bertimbun.

Kertas soalan yang bertimbun timbun tebalnya. Dulu kata nak jimat kertas, tapi cetak soalan satu soalan satu helai. Tak pa, nanti bila habis PMR boleh jual. Dapat duit sikit.

Kalau lah jadual anjal buat setiap thn kan best!

Tolong Sampaikan..

salam alaiku..
post ini hanya post copy-n-paste..
dari blog seorang teman..
saya tertarik dengan bait-bait kata ini..
hayati~

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang
Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang
Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu
bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. .

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum
terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga
batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. .
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan
cita-citanya. .
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga
hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya
sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia tetap teguh dalam mujahadah cintanya..menjadi pengemis cinta Ilahi..perindu syahid abadi...
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari
nanti...

"Sandarkanlah cinta kepada Allah...pasti tidak kecewa kerna pasti ada
balasan...Dan ingatlah sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara..."

Wednesday, July 21, 2010

H.I.J.A.U

Saya sudah:-

  1. Jadi follower, memang tak susah.
  2. Attach pic, letak dalam post.
  3. Bagi link kat komen. chamelion + dinding hijau = chamelion kaler hijau

saya join contest ni sebab

Ms. Green nak bagi duit!!




Tuesday, July 20, 2010

Tahniah, Nurul Huda Mohd Habibullah menang!

Pada hari Ahad yang lalu,

Spell-it-right kat perlis diadakan.

Memang aku nak pergi, al maklumlah nak tengok kawan aku lawan

semua budak form 3 yang masuk.
tapi aku ada tusen, so tak pegi lah.

Alhamdulillah, wakil daripada sekolah kami menang!!!!!!!!!!!!!!!!!
Yahooooooooooooooooooooooooooooooooo<---mcm 2="" 3.="" a="" aku="" bangga="" best="" dapat="" duk="" f3="" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgaznJTxhGzKsERNKviruu1AbdhLBzId6CtV9MG99QRSC2OwdOLW6Gb2A1sR5n9eKgDIWz63HUZyc6WlwnJ_OanAxe6e8-m-Nc0pxLa40k7VTnL_Zz5OgK1_DzRa2JI64wulT9FnDg6y4Q/s1600/38450_141890872504384_100000504176956_359017_2752122_n.jpg" kalah..huahuhuhuhaaahuhuaa..="" kami="" kluster="" la="" menang="" mrsm.="" musuh="" no.="" no1="" no="" onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" plak="" pun="" sebab="" sekolah="" tuh="" yg="">
Haa, Huda yang duduk tuh. Mesti la, takkan yg berdiri plak.

Haaa, waktu ni, depa dua tengah lawan, nak tentukan sapa no 2 ngan 3. Lawan sampai 11 round. Aku tahu pun sebab kawan aku cerita lah. Yang laki ni, abang kepada kawan kami jugak. Abang Jiha.
Tudia, wajah wajah juara.
Gambar-gambar ni, aku amik daripada facebook huda.

*Huda, takkan xmau buat kenduri kot

Bulan Bahasa Arab, kena la cakap Arab

Bismillah,
Dah dua hari,

Hari ini dan semalam. Tingkatan satu ngan tingkatan dua, bertungkus lumus berlatih. Tingkatan satu berlatih dikir barat, dlm bahas arab. Tingkatan dua pulak berlatih kalam jamae' (choral speaking).

Tahun ni semangat gila depa berlatih, setiap masa dari pagi sampai balik. Tingkatan dua SA yang berlatih dalam kelas, suara depa dengar sampai kelas kami. Al maklumlah, kelas kami dekat ja ngan kelas depa. Serius, form 2 tahun ni bertungkus lumus berlatih, padahal tahun lepas tak la tara mana sangat. He..he.. Tak tau la, sebab tahun lepas aku tak join pun. Aku pi kem.

Ok, sambung balik. Nampaknya semua kelas bertungkus lumus, kalau lalu pulak kat blok ting. 1, dengaq la depa dok berlatih dikir barat. Kuat gila suara depa.

Petang tadi lawan, semua sekali f1 dan f2. Form 3 cuma pertandingan spell-it-right (BA) je. Aku tak tengok pun semua persembahan sebab ada kelas sej, tapi cikgu tak masuk, ntah2 cikgu ingat kelas tak dak kot hari ni, tapi kami semua still dok dalam klas. Aku buat latihan sejarah, kertas percubaan MRSM.

*Budak MRSM kata, soalan depa susah,













mmg susah pun, sebab soalan bergambar tak nampak gambar, hitam ja, punyalah kena guna kanta nak tengok pic soalan tuh~

Monday, July 19, 2010

Haba di dunia seperti air-cond di neraka


Bismillah,

Pada pertemuan usrah yang sebelum ni,

kak husna iaitu naqibah kelas kami ada memberitahu,

Jika ditanya kepada ahli neraka,

mereka lebih rela menukarkan api di neraka kepada api di dunia,

kerana mereka rasa api di dunia ialah api yang paling sejuk kepada mereka.

Jadi, kalau kita rasa kat dunia ni panas,

Api di neraka lagi panas.

Sunday, July 18, 2010

I'm Childish

"macam ni la blog budak-budak"

Bismillah.

Yeah, im childish.

childish.

childish..

childish...

childish....

childish.....

only Allah knows the truth.

AllahuAkbar!!

Saturday, July 10, 2010

Komik 2 : Bertuah

Pic ni agak kabur sikit,

click untuk baca lebih selesa

Komik 1 : Pengsan

Bismillah,
Untuk buletin sekolah tahun ni, cikgu Bm suruh kelas kami buat seloka, sajak dan kartun.

Erm, aku secara tak sengaja 'ter'buat le komik nih.

Saja la nak post,,,

Semasa perhimpunan

Tiba-tiba
Di bilik rawatan
klik pic untuk tengok lagi besar



Monday, July 05, 2010

Contest Name Note For "Cik Gaban"

Bismillah


1. http://f-shafiqahamiruddin.blogspot.com
2. shafarafika, Perempuan
3. Name note cik gaban

Pic ni, name note tu diletakkan dalam air ;))

Name note Cik Gaban, warna pelangi ;))

Mentibang Haron, makhluk asing yang tersesat ke Bumi kerana roketnya kehabisan minyak semasa hendak ke planet utarid. Dia berasal daripada planet Pluto, disebabkan terlalu sejuk, sebab itulah dia nak ke planet utarid untuk mencairkan dirinya. Tapi tak apa, bumi juga sesuai buat dia. Selamat datang ke Bumi, Mentibang Haron

Si Lucky 5000 sudah dapat hadiah

Alhamdulillah,

Hari ni aku dapat hadiah yang sangat best daripada So Close 2213..Aku suka sangat-sangat hadiah ni!

Sangat tak sangka.Nak tau apa hadiahnya?

Jom tengok!








Huhu, mula-mula tengok gambar, ingatkan kecik. Pastu tadi amik hadiah ni kat pejabot pos, tudiaa besarnya.

Alhamdulilillah,,,

Ni, kat belakang bear ni, mana boleh lupa tunjuk~
Terima kasih kak so close 2213,
Allah sajalah yang dapat membalasnya.
Moga Allah sentiasa memberkati hidupnya.