Monday, May 31, 2010

Piring Bulat itu Sudah Ada.

Hihi.

Ianya Astro.

Baru je pasang.

Astro dari rumah tok ayah dipindahkan ke rumah ini.

Agak ketinggalan kan?

Saturday, May 29, 2010

Choral Speaking f3.

Huhu..

Ni la Persembahan yang kami buat waktu Hari Guru Hari itu.

Akhirnya, dapat jugak upload.

Lama...nk upload video ni dari 7 pagi sampai 11 pagi.

Tuesday, May 25, 2010

Tamadun Indus ke Tamadun Hwang He?

Fuhh.

Tadi exam BM kertas 1 dan 2.

Kertas 1, bolleh la. Ada juga yang keliru.

Kertas 2, ok ja. Tapi agak kekurangan idea. Dah habis tulis karangan, baru teringat kena bubuh peribahasa/simpulan bahasa/slogan.

Geografi pulak.

Mula-mula.

Huh, boleh la. Senang la jugak.

Nak dekat hujung-hujung..tak tau lah.

Hantam saja laa.

Monday, May 24, 2010

Ujian Penilaian Pertengahan Tahun

Lagi 10 jam 14 minit 33 saat !!

Tengok kat countdown tu! Sudah semakin hampir.

Oh, tidak!

Kenapa susah sangat untuk aku mengulang kaji?

Esok ada subjek BM dan GEOGRAFI

OZ homme, Boleh rugi ke?

Dah lima bulan, aku ke sekolah pakai blazer koyak rabak.

Sebenarnya, aku yang koyakkan.

Memang la tak nampak koyak sebab aku koyak yang bahagian dalamnya.

Oleh sebab hangat, pagi-pagi kena pakai waktu baca al-Quran, aku pun koyak la bahagian dalam blazer itu.

Alah, blazer bundle tak pa.

Sebab tu aku jarang pakai blazer.

Aku tanya mak. Mak, buat blazer nak tak?

Dua minggu lalu dah pi ukur.

Minggu lepas pi fitting.

Ish, jaga betoi dia.

Cuma tersangkut tudung sikit ja, dia nak buat besar sikit.

Dah memang aku besar, kena la buat bagi besar sikit.

Hari Jumaat hari tu dah siap.

Mak pergi ambik.

Mak kata, dia tersilap buat.

Buat yang dalam tu semua.

Dia nak buat separuh je.

Mak kata, dia kata, dia rugi.

Ish, rugi ke?

UiTM Kampus Puncak Alam

Akhirnya, sampai jugak aku ke sini<--cewah, macam aku pulak yg masuk situ.

Kelmarin. Aku hantar kakak kat UiTM Puncak Alam. Alah, UiTM tu tak jauh pun dengan rumah cik dong aku.

Kami pergi pukul 9 pagi.Mula-mula ingat pergi awal tak la ramai orang sangat. Rupa-rupanya, sesak gila! Jalan jem. Kereta penuh. Al maklumlah, yang nak hantar sorang pun, pergi sampai dua tiga biji kereta. Mana tak sesak.

Masuk-masuk je pondok pengawal, dapat arahan. Mula-mula kena parking kereta. Pastu ke perhentian bas dengan barang-barang sekali. Pastu bas bawak ke asrama. Kakak dah cuak dah. Hah, naik bas?

Ramai gilaaaaa..orang kat sana. Nak cari parking pun xde. So, terpaksa la letak depan kereta orang lain. Haha. Kesian dia.

Kami tak naik bas. Kami naik tangga. Nak tunggu bas, lambat pulak. Naik tangga dari tempat kuliah ke asrama.

Kami naik.

Kami naik.

Kami naik.

Berhenti.

Kami naik.

Kami naik.

Aduh penat. Berhenti kejap

Kami naik.

Naik lagi

Sampai. Lega!

Serius, tinggi tangga tuh. Macam daki bukit. Al maklumlah, puncak alam. Asrama dia dekat nun puncak tinggi nuh. Dengan bawak beg punyalah berat kami naik tangga. Orang lain pun sampai bebai. Penatlah katakan. Ada orang kira, anak tangga tu lebih kurang 219 la. Ada yang sampai mengutuk, "puncak alam, puncak malang". Ada yang keluarga berlumba-lumba naik sampai ke atas. Sapa sampai dulu, dia menang.

Lepas tu, daftar. Dapat kunci bilik. Kami ke asrama. Ada lif beb! Enam tingkat semua. Kakak dapat aras 2.

Kakak duk satu bilik ngan budak Terengganu. Kalau gaduh tak paham la dia cakap apa. Dia kata kat aku," Ish, adik kena kecik sikit ni"

Ok.;))))

Di Busana Idola

Hari Sabtu hari itu, sebelum nak ke rumah cik dong, mak bawak kami shopping kat Sungai Besar. Kami masuk la dalam satu kedai ni. Nama kedai tu Busana Idola.

Mula-mula aku tengok baju yang dekat luar dia besar-besar. Sangat besar! Fuyoh, ada sampai saiz XXL, XXXL, XXXX. Ish, besar giler.

Kat situ, dia jual baju muslimah, tudung yang keras kat depan tu pun ada.

Aku ngan kakak masuk la dalam. Mak dah lama ada kat dalam. Banyak baju muslimah (perak sbb kat Perlis xde) cantik-cantik pulak tu. Tapi saiz dia xla besar sangat.

Aku tanya la tauke kedai tu, aku mintak yang saiz besar. Dia cari-cari. Dah jumpa, dia bagi aku. Aku try baju tu.

Baju tu muat-muat la dengan aku. Mak tanya, ok ke dengan baju tu. Aku cakap ok la, tapi ketat sikit. Kat bawah ok, kat atas sendad sikit.

Tauke tu kata "kalau hati nak, semuanya ok"<--terasa jugak aku time ni.

Dia kata lagi "kalau nak beli, kena diet sikit, kurangkan makan."

Huhu. ;D

Sembang-sembang. Rupa-rupanya tauke tu orang Perlis. Duduk dekat Kampung Bakau je.

Ermm, asal la..tak bukak kedai kat Perlis?

Thursday, May 20, 2010

Tataaaa.

Dah banyak bulan dah kakak rilek kat rumah. Haha.

Dan kakak akan ke alam baru. Ke universiti. Tak tau la macam mana nanti

Esok kami akan hantar kakak. Mak suruh aku ikut juga. Pastu mak kata balik hari Ahad.

Aku terpaksa la ponteng tusyen.

Bila kakak xdak dah, aku ngan mak je duduk rumah. Sunyi giler.

Aku kena basuh baju sendiri.

Dan aku dah xleh arah kakak daaa.

Wednesday, May 19, 2010

Hari ini, cikgu bagi suprise!

"Semalam, kami buat suprise untuk cikgu-cikgu. Hari ni, cikgu pulak bagi suprise kat kami"

Pagi tadi lepas bacaan al-Quran, tak dan jalan sampai kelas lagi, cikgu dah panggil ke dewan balik. Ish, aku punya la kecut perut, nak buat pengumuman apa ni?

Cikgu Fitriah berdiri atas pentas. Sebelum itu, aku dengar cikgu suruh panggil Ustazah Asma dan Ustazah Zaleha.

Cikgu mulakan bicara. Cikgu tanya.

"Sapa yang dah tahu hari ini ada exam PI bersama?"

Ada yang angkat tangan.

"So, dah bersedia nak jawab?"

Suasana dalam dewan bising. Semua menggelengkan kepala dan merungut

"La...belum la"

"Ish, kami tak tau pun"

Cikgu." Mau tak mau, kamu kena jawab exam jugak hari ini. Kami buat macam ni, sebab sekolah lain kata, sekolah kita hebat. Orang yang ebat sentiasa bersedia. Kami bagi masa kamu buat persiapan, baca buku dan persiapan fizikal sampai pukul 12.30. Pukul 12.30 kena jawak periksa PI."

Kami semua balik ke kelas.

"Ish, kenapa buat kami macam ni?"

Serius, mula-mula aku tak leh study. Rasa nak marah. Aku pujuk diri aku dulu, "Ikah rilek ikah". Tak leh duduk dalam kelas, aku keluar. Semua kelas diam. Semua baca buku. Aku tengok langit, burung yang bebas berterbangan. SubhanAllah aku menyebut. Diikuti dengan AstaghfiruAllahalazim.

Tenang sikit. Aku baca kat koridor je. Aku tengok orang study. Bersungguh sungguh. Ustazah Asma lalu dan berkata "Semua pelajar tingkatan 3, sila ke bilik tingkatan 6". Ustazah nak jumpa.

Kami tunggu. Lepas rehat, baru ustazah masuk. Ustazah tenangkan kami. Mula bercerita dan ulangkaji. Baru lah kami semangat nak jawab.

Lepas exam, "Fuh, senang kan". Haha.

Tuesday, May 18, 2010

Sambutan Hari Guru

Bismillah.

Hari ini, sekolah kami mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Rasanya sekolah lain pun sama. Sejak seminggu yang lalu lagi, kami MKP, bertungkus lumus membuat persiapan. Ada perancangan yang telah dibuat dibatalkan. Susah kan.
Aku bertugas waktu majlis perasmian. Cuma tembak buih ni je. Best. Nak tembak kejap je, tapi main ja lebih. Main kat belakang dewan. Kakak-kakak tu sampai tak larat nak tegur. "Jangan main, sat gi habis sabun dia" Haha. Best. Best.

Haa, dan waktu orang semua tertunggu-tunggu. Waktu persembahan pelajar la. Orang kata, choral speaking paling best. Alhamdulillah. Haha. Ish, pakaian aku tu, aku tak tau kata aku nak pakai baju MKA. Pagi-pagi tu, baru mintak kat kak Hakimah. Aku pakai baju tu, sebab nak bagi sama ngan warna tie. Jangan salah faham! Bukan saja-saja. Pastu, conductor mesti la lain daripada yang lain kan(mengada). Haha.


Waktu ni Asiah kata " Aduh sakit!"

Semua orang "Cepat! Bawak cikgu ke hospital!"

Asiah. "Tak nak, saya nak bersalin kat sini"

Semua. "Sebab, di sinilah srikandi dilahirkan"

Haha. Part ni lah ramai orang gelak. Dan rasanya yang orang paling ingat. Sampai part seterusnya kami dah lupa.

Alhamdulillah, ramai orang kata kami best!

Terima kasih, kepada

Aini, Aina, Amira, Aisyah, A'aina, Amy Fasha, Wahida, Shita (barisan belakang. Ramainya nama mula huruf A)

Fatin Najihah, Maisarah, Hazwani, Sulhy, Azwa, Midah, Asiah, Siti Nabila, Farisha, Hazwani

Haziyah, Ain, Anwariah, Aina, Anis, Nabilah, Atikah, Nadhirah

Tanpa kalian, kita tak rock!! (^_^)

Monday, May 17, 2010

Contest-I Love Chocolate

"I LOVE Cadbury Chocettes BLACK FOREST"

Sedang jalan-jalan kat blog orang, ternampak la contest ni. Wah, menarik juga. Nak masuk la. Ish, tarikh tutup dah nak dekat ni, kena cepat. Punya la 2-3 hari ni merungut kat mak, 'mak, nak beli coklat.' Tadi kakak dengan mak keluar shopping, aku pun apa lagi, pasan la coklat favourite aku. Then, terus snap pic dan tulis contest ni.

Contest ini dibuat oleh Pn Farah Fazrin<--eh, nama kita sama.'farah je'

Fuh, berdebar-debar rasanya nak masuk contest ni.<--cewah. Bukan apa, ni contest pertama yang aku nak masuk! Saja la, tengok orang lain dok pakat masuk contest nak juga masuk. "Walaupun tak menang pun tak pa, asalkan cuba!". Jangan buang masa lagi, mai kita jawab apa yang ditanya.

Contest-I Love Chocolate
Ditulis dalam satu enti
Masa tidak ditetapkan
[100% markah]
Jawab semua soalan


Soalan-soalan:-
  1. Anda perlu bergambar dengan sebarang jenis chocolate, apa-apa chocolate dibenarkan. Tetapi semestinya chocolate, choki2 juga diluluskan.[25%markah]

    Ok, Sudah. Ini la gambarnya. Baru snap tadi.
  2. Sila terangkan tentang gambar anda bersama chocolate itu.[25%markah]

    Aku bergambar bersama-sama coklat Crispy dan Cadbury. Dalam gambar itu, aku sedang menggigit secebis gigitan coklat Cadbury jenis Dairy Milk (BLACK FOREST). Memang aku pesan kat kakak, suruh beli Cadbury BLACK FOREST. Sebab aku memang suka! Setiap kali aku nak beli coklat, aku akan beli Cadbury BLACK FOREST punya. Aku ni, memang suka sangat makan coklat, sampai jadi tembam macam sekarang. Hehe, tapi sekarang kena kurangkan sikit macam coklat takut pulak kena kencing manis. Kurang-kurang sikit pun, lebih kurang tiap-tiap hari jugak la aku beli Cigaratte Chocolate kat koprasi waktu rehat. Bukan sebatang, banyak batang jugak la.

  3. Nyatakan sebab mengapa anda menyukai chocolate itu.[25% markah]

    Herm, aku memang suka coklat ni! Nak tahu kenapa? Sebab, BLACK FOREST ni, dia campuran jeli dan biskut disaluti dengan coklat susu. Ok, dalam pack coklat ni, dia campurkan dengan jeli dan biskut. Aku paling suka yang jeli. Dalam satu paket, ada biskut dan ada jeli dalam coklat. Bila aku makan, aku akan tertunggu-tunggu dan tercari-cari coklat yang ada jeli di dalamnya. Hal ini menunjukkan, coklat ni lain daripada yang lain. Aku akan berasa tertunggu-tunggu dan tercari-cari untuk makan coklat yang di dalamnya ada jeli. Bukannya tak suka yang biskut, suka juga tetapi kurang sikit daripada yang jeli. Di samping itu, coklat ini tidak akan membuatkan aku bosan. Aku akan rasa jeli dan biskut yang terkandung dalam coklat.

  4. Sila letakkan link contest ini dalam entri tersebut.[25 %markah]
    Link contest ini--->contest-i love chocolate

Entri Tamat
Selamat Bejaya!

Sunday, May 16, 2010

FidXLIM

"Api di neraka 1000 kali lebih panas dari api di dunia"

Pada suatu hari dulu, aku, kakak, kawan kakak dan mak pergi ke C-Mart. Pergi membeli-belah barang yang kakak nak bawak ke uitm nanti. Tapi sempat beli kejap je, sebab kami pergi dah petang dah.

Lepas membayar, aku ajak mak ke satu kiosk ni. Tak tau lah, kiosk ke, ape ke. Tapi dia terletak kat dalam C-Mart (Ish, xtau la nak describe mcm mana. Pergi sendiri lah) ada tulis Riasi Jelita. Nama kiosk tu la kot.

Aku nak beli krim yang panas tu, dulu aku pakai krim panas tu (Alah, krim yang bakar lemak tu la). Dulu aku pakai jenama ANIS. Berkesan, panas giler! Tapi bila dah habis, cari kat kedai pun tak ada. So, dah tak pakai krim apa-apa dah. Anis(krim tu) tu best, sebab dia panas dan tidak meleket macam losyen.

Ok, aku ajak mak ke kiosk tu.

Tanya seorang pekerja ni, "krim ANIS tu ada tak?".

Dia pun. "Oh, ANIS. Ada-ada."

Dia ke tempat lain sekejap untuk ambil krim tu (kot).

Aku 'yeay, nasib baik ada'<---dalam hati.

Dia datang. Dia bagi satu krim ni. "Krim ni pun macam adik-beradik anis gak"

Aku ingatkan jenama ANIS tu tukar jenama.

Pastu, belila.

Rasanya tak cukup satu. Mintak lagi satu. So, beli dua la.

Hehe, duit mak tak pe kan~=)

Dia suruh aku tandatangan atas resit.

Beberapa selepas itu.

Mak : Ikah, kenapa tak pakai pun krim tu. Amboi, beli sampai dua.

Aku : Hehe. Lupa.

Hari ini.

Aku pakai krim tu lepas mandi. Mula-mula pakai, boleh tahan lagi. Lepas tu, makin panas. Makin panas. Makin panas. Makin panas. Makin panas. Makin panas.

Huh, panaslah! Serius panas sangat.

Tak pa, tahan je. Panas dunia.

Saturday, May 15, 2010

Serius, Aku Tak Sangka!

Lepas gotong-royong tadi, ada 'rehersel' untuk persembahan hari guru. Kami giliran yang ke-empaat. <--ke-4.

Sebelum itu, kami berlatih sat untuk 'choral speaking'. Tadi ok dah.

Bila dah lepas buat persembahan, kak Izzati tegur sikit.

"Choral speaking dah best dah. Kalau buat pertandingan persembahan terbaik, boleh menang dah."

hehe. Tapi tak buat la pertandingan tu.

"Cuma yang kurangnya, suara yang solo tu, kena kuat sikit"

Ok, memang aku dah agak. Suara orang solo memang pelan. Mintak mintak la depa kuat sikit hari persembahan tu.

Teruja <--cewah, teruja tu..

Bila kak Aisyah dan orang orang lain tanya,

sapa buat lirik?

(malu nak mengaku aku,sebenarnya)

dan mereka kata, best.

Memang tak sangka, aku rasa text tu biasa je. Aku buat berdasarkan pengalaman dan apa yang berlaku.

Biasalah, aku masukkan elemen sindiran, pujian dan pengorbanan. Itu saja.

Terima kasih la, kepada semua yang membantu dalam menjayakan dan memperseronokkan' persembahan ini. Bukan aku sorang, rakan-rakan sejawatan yang menjadi penonton juga banyak membantu dari sokongan dan komen komen.

Kepada yang menyertai juga, terima kasih kerana setia mengadap muka aku yang hudus ini setiap hari. Hehe. Walaupun dalam masa yang singkat, kita dapat buat yang terbaik! Walaupun dalam kesuntukan masa dan peperiksaan juga semakin hampir, tetapi kalian tetap bersemangat dalam susah dan senang.

Pada mulanya, aku takut. Ramai yang ingin tarik diri. Tetapi setela dipujuk, depa masuk balik la.

Terima kasih, hanya Allah je yang dapat membalas budi baik mereka. Yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk dari kesilapan aku juga.

Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.

"Keteguhan sesebuah organisasi itu, terletak kepada disiplinnya"

Hari ini, kena pergi sekolah. Ada Gotong-royong Perdana 1 Malaysia. Raihana kata, dah tak diwajibkan satu Malaysia, tapi sekolah kami buat jugak. Tak pelah, aku ok je. Bersemangat nak pegi sekolah.

Pagi-pagi lepas perhimpunan, '3 anak dara taik kucing' tu mintak keluar daripada choral speaking. Ok, silakan! Aku pun tak hingin depa masuk. Memalukan betul, dah la dari kelas 3 Sumaiyah. Oh, rasa dah hebat sangat lah tu duk kelas 3 Sumaiyah. Hebat sangatkah? Sampai tak mau dengar kata orang kelas bawah. Perangai macam tu, buat aku dah tak respek kat kelas depa. Sombong! Tak ada pendirian!

Kelas aku & 3 Sumaiyah kena bersihkan di kawasan sekitar rumah pengetua. Kami kena bersihkan belakang rumah pengetua, yang semak dengan meja, surat khabar dan sampah sarap. Macam-macam lah kerja yang kami buat tadi, gunting pokok, mencangkul, angkat meja, kutip sampah dan lain-lain lagi.

3 Sumaiyah kena masuk kelas. Ustazah Nor Asma' nak depa belajar. Biasalah tu. Tapi Cikgu Azizah bagi depa pi lewat sikit. Sebab kerja tak habis lagi. Pastu, bila depa balik kelas, kelas kami yang habiskan kerja. Rasanya banyak juga kerja yang kami buat. Tapi best, sebab kami bersatu padu. Cikgu Azizah pulak, tak pernah jemu membuat lawak spontannya, tapi beliau tak gelak pun. (^^,) Lepas habis semua kerja, siap simpan semua peralatan dan susun kerusi semula, cikgu bagi kami rehat. Pastu, cikgu bagi kami upah RM50. Terima kasih, cikgu. Kami tak tahu pun dapat duit. Cikgu juga puji kami, rajin.

"Anak-anak Siti Fatimah ni semua bagus-bagus la. Nanti boleh cikgu mintak tolong lagi"

"Patut la Siti Fatimah kena buat kerja kat sini, sebab rajin"


Friday, May 14, 2010

Geram!!

Bila aku terlalu lembut, orang pijak kepala aku. Bila aku garang, orang takut dengan aku.

Geram. Nak perform hari Selasa ni. Boleh buat endah-tak-endah je pasai latihan. Ish, ish, ish, ni yang buat aku menyampah! Kau tahu tak. Aku dah lama bersabar dengan budak asrama ni, depa bukannya balik pun. Mengada lebih. Mula-mula nak mandilah. Orang lain yang duduk asrama pun tak mengada nak mintak balik mandi.

Hari ni pulak, diorang pi keluar outing. Aku dah bagi masa dah, outing pukul 2.00-3.30. Dah la habis kelas awal. Orang lain yang habis kelas lewat pun datang jugak. Tak de masalah pun nak pergi outing. Lepas habis latihan boleh pergi outing jugak.

Memang aku cakap awal-awal la. Diorang memang tak layak amik borang masuk SBP! Bukan tak layak masuk ja, amik borang pun tak layak. Kalau dah tak pandai urus masa sangat.

Esok jagalah korang.

Monday, May 10, 2010

Hari ini, aku mula bercakap.

Penatnya, mulut bergerak tanpa henti.

Aku bukanlah seorang yang pendiam. Tapi tak juga mulut becok. Ada sesetengah hari, aku banyak bercakap. Ada orang ingat aku ni banyak cakap. Tapi, sebenarnya aku ni pendiam juga. Aku diam apabila tidak tahu untuk berkata apa-apa.

Pagi pagi lagi, masa bm aku kena bentang untuk PLBS. Mujur, aku mampu bercakap. Entahlah, mereka dengar ataupun tidak.

Aku tidak sangka, orang yang tiada suara macam aku ni pun, mampu memberi arahan kepada kawan kawan aku. Latihan choral speaking tadi, berjalan lancar. Walaupun singkat, aku berpuas hati.

Saturday, May 08, 2010

Choral Speaking Text

Alhamdulillah siap jugak.;)

Boleh jugak tengok cara nak bagi choral speaking nampak menarik

Ini dia, skrip choral speaking bahasa melayu, untuk persembahan hari guru nanti. Erm..BI ngan BA tak tambah lagi. Penutup pun tak abis buat lagi. Tak pelah nanti bincang ngan semua nak buat penutup. (Saja je tulis title post ni dalam BI)

-->
(suasana bising dalam kelas)
Bangun semua
Tarik nafas
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasi lagi Maha Penyayang
Kami pelajar pelajar tingkatan 3,
Mempersembahkan “chorang speaking”
Yang bertajuk C.I.K.G.U
Kita selalu dengar
Guru ibarat lilin yang membakar dirinya
Untuk menerangi kehidupan manusia
Cikgu banyak member sumbangan ilmu kepada kita
Tapi, kita jarang menghargainya
Ingat tak dulu-dulu, waktu kita tadika,
Cikgu ajar kita nyanyi ABCDEFG
Bila dah kenal huruf, kita boleh mengeja,
Bila boleh mengeja, kita boleh membaca
Sampai kita jadi pandai, Sampai kita Berjaya
Bila kita cemerlang…[Yeah kami dapat 8A,] [kami dapat 9A
Orang akan kata
(Alah, budak tu kan memang pandai!)
Tapi, bila kita gagal,
Ishh, cikgu tu tak pandai ajar lah.
Cikgu selalu dipersalahkan
padahal, sampai dah sakit tekak cikgu mengajar
kita je yang tak berusaha
bila cikgu bagi homework
(cikgu, bagilah lagi, tak cukup la)
Tapi, ada yang merungut(ish,, tension lah)
(tak dan la nak buat!!)
(Malam ni ada tuisyen pulak)
Cikgu bukan nak bunuh kita,tapi cikgu nak bagi kita lebih faham dan ingat.
Bila cikgu tegur sikit,mulala nak report kat mak
Padahal,cikgu tegur sebab kita tidur dalam kelas
Bila kelas tambahan keluar lambat sikit,
Mak ayah dah komplen.
Pelajar sekarang ni, memang manja kan
Tak boleh diusik, silap sikit, semua nak mengadu
Last-last, cikgu yang kena serang
“Apalah, cikgu mengajar lari tajuk”
“Cikgu, kenapa cikgu marah anak saya”
“Cikgu ni tak reti mengajarlah”
Cikgu
Cikgu
Cikgu
Tengok, kita yang salah, cikgu pulak yang kena
Walaupun begitu,
Cikgu tetap masuk kelas
Bersemangat nak mengajar, sampai habis masa pun cikgu seronok nak mengajar.
Tapi kita (cikgu, habis la awal sikit)
Kalau cikgu tak masuk kelas, cikgu bagi kerja.
Kalau cikgu sakit pun (hacccuuum)
Cikgu masuk kelas, bukan cikgu nak sebarkan kuman,
Tapi cikgu tak mau kita ketinggalan dalam pelajaran.
Bila dah sarat mengandung 9 bulan 10 hari
(Saya nak terberanak!!!)
(cepat, bawak cikgu ke hospital!!)
(tak nak, saya nak beranak kat sini, sebab disinilah srikandi dilahirkan)
Kita tak pernah pun dengar cikgu cakap
(kamu tahu tak,saya menyampah dengan kamu)
(saya tak mau ajar kamu lagi)
(nanti habis pulak ilmu saya )
Ish, ish, ish, mana ada cikgu macam ni
Kat sekolah kita ni, semua cikgu baik baik
Ada ustazah Asma(suara power!)
Cikgu tengku (cikgu best,sporting la!!)
Cikgu Riz (Cikgu comel,cikgu comel!!)
Cikgu Nizar (loghat Kelantan tak pernah hilang)
Ustazah Azizah(Fuh,takut aku)(Eh,ustazah baik lah)
Cikgu masyitah(seorang guru mt yg fokus dan penuh variasi)
Cikgu Dayang (buat kami tertunggu tunggu)
Cikgu sharifahsabu(focus,focus tkt kena p dpn)
Ustazah Zaleha (Cepat cepat pi bilik ustazah)
Tanpa cikgu kami tak pernah dengar
Carbonate oxide
Kami tau tahu apa maksud konsumerisme
Kami tak tau nak eja______
Kami tak tahu nak baca_____
Kami tak tahu nak sebut_____
Kami tak pernah tengok______
Cikgu cikgu kat sini semuanya bagus bagus kalau tak, tak de lah kita dengar
(Johan Kuiz Pelangcongan)
(Johan Pesta Pantun)
(Johan Syarahan MTQ)
(Johan hafazan)
(Johan menulis cerpen hari guru)
(PUM)
(PKS)
ataupun
(saya dapat pegi Mesir)
(saya pelajar terbaik pmr 2010)
Semua kejayaan kami adalah sumbangan daripada guru-guru
(Nyanyi)kau abdikan dirimu tuk semua
menerangi gelapnya dunia
ikhlas hatimu bicara
kau lakukan demi cinta
yang kan membawamu ke syurga
oh guruku, di hatiku doaku selalu untukmu
Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Kami menghargai setulus jiwa kami…
Bicaramu guru kan kami ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya


Thursday, May 06, 2010

Fuhh.

Alhamdulillah.

Akhirnya, siap jugak folio sejarah dan geografi.

Hari ni, punyalah kalut pagi tadi, ada spot check tergempar. Aku agak gementar juga, tapi aku tak buat salah, buat apa nak takut.

Erm,, aku baru ju habis print folio geo. Tadi ustazah baru je bagi buku nota. Pastu ustazah suruh buat nota sampai tajuk alam barzakh. SEMUA. Sampai habis. Ustazah, ustazah tak terang lagi tajuk tu. Kami cuma bentang je.

Tak pe lah. Buat je. Ustazah suka pelajar yang cekap, cekap, pantas, laju dan kemas buat kerja. Ustazah, kami ada kerja yang lain jugak.

Wednesday, May 05, 2010

Kenapa yang hodoh dibuang?

"Kenapa perlu membenci yang hodoh?"

Aku ada kawan.
Dia comel.
Semua orang suka berkawan dengannya termasuklah aku.
Aku dengar, dia ada sepupu yang hodoh.
Dia kata dia malu nak mengaku tu sepupu dia.
Orang tanya, dia comel, tapi kenapa sepupu dia hodoh.

Erm, kalau nak dibandingkan, aku lagi hodoh dengan sepupu aku. Tambah tambah pulak aku ni gemok. Tapi aku rasa sepupu aku tak pernah pulak membezakan yang hodoh dan yang cantik.

Ya, kawan kawan aku semuanya comel dan lawa. Kalau pic kat Facebook, tak sah kalau tak de sapa yang tak komen depa tu comel, pastu buat buat tak mengaku pulak dah. Sampai aku tag gambar mereka yang tidak diedit tu, mereka buang tag tu.

Maklumlah, orang comel kan.

Ok, ikah ikut.

"Ikah, tolong jangan pentingkan diri sendiri"

Aku kena ikut hantar kakak 23hb nanti sebab mak tak de teman bila nak balik nanti. Aku bukan tak mau ikut, kalau aku ikut, maknanya aku tak mai sekolah hari Isnin tu lah kan. Hari Selasa pulak exam.

Tak pelah, tahun ni tak dapat lagilah kehadiran penuh 100%. Aku ingat nak dapat kehadiran penuh 100% setiap tahun. Tak pelah, tahun ni je kan.

Lagipun, dulu kakak pun teman aku pi hantar kat melaka dulu. Hari pertama sekolah pulak tu kakak ponteng. Kakak terlepas RM150 (duit PMR 9A) sebab pi ambik aku balik. Tak dak pun kakak merungut.

Kali ni, aku pulak teman kakak. Alah, tak fail la kalau tak mai sekolah satu hari.

Bluuuuurrrpps,,Alhamdulillah.

"Semua orang pasti akan kenyang pada Hari Kantin"

Hari ni ada Majlis Anugerah Permata, Hari Kokurikulum dan Hari Kantin. 3 in 1 lah kan. Aku cuma jadi penonton je boring betul kena dengar ucapan yang berjam-jam. Sampai lenguh telinga ni.

Pastu lepas habis, pergi beli-beli makanan. Aku beli

1. Sandwich-2 keping RM 0.50
2. Cuppy Cake-2 RM1.00
3. Green tea-RM1.00
4. Rojak- RM2.00
5. Ice Blended- RM 2.00
6. Air sirap-RM0.50
7. Keropok bantal-RM0.50
8. Daging burger cincang-RM1.00
9. Cendol-kakak yg beli.
10. Wedges-kakak beli.

Fuhh, mana tak kenyang. Aku tak beli kupon tambah pun. Guna yang RM5 tu je, sebab kakak beli RM10 dah. Aku yang perabis kupon kakak tu.



Tuesday, May 04, 2010

Eksaitetnya Kakak~

UiTM Puncak Alam, OK laa...

Kakak dapat Matrikulasi dengan UiTM. Kakak pilih UiTM. Memang daripada awal lagi, kakak tak mau pi matrikulasi. Matrikulasi yang kakak dapat tu kat Kulim. Alah, sebelah sekolah Faiz je. Kalau pi matrikulasi kan dekat.

Tapi kakak pilih UiTM. UiTM Puncak Alam, punyalah excited kakak kata dia nak pi UiTM tu. Yelah, rasanya jauh jugak tu. Kat Selangor.

Alasan yang kakak bagi
1. Matrikulasi daftar 10 Mei. Terlalu awal.

2. Kalau pergi UiTM, sekurang-kurangnya dah tahu nak ke universiti mana. Kalau matrikulasi, tak tahu lagi.

Mak kata. Eloklah, dekat dengan rumah cik dong (adik mak aku, merangkap bapa saudara aku). Rumah 'cik dong' dekat Puncak Alam.

Lagipun, UiTM tu baru bukak tahun lepas, cantik! Kriteria yang depa ambik kalau nak dapat asasi sains, Biologi, Physics, Chemistry kena dapat A+, A-, A & B+ sahaja. Kira ok lah tu kan.

23 Mei ni pi daftar. Mak nak balik kampung dulu. Emm.. Aku dok soranglah kat rumah sebab 25 ada exam pulak.

Monday, May 03, 2010

Mayat Bergelimpangan.

"Aduh, busuknya!"

Pagi tadi, sampai sekolah tak awal sangat, taklah lewat sangat kot. Sampai sampai je aku terus ke kelas. Malas nak tinggal beg pastu amik lepas perhimpunan. Dahlah beg berat. Hari Isnin la hari paling banyak bawak buku. Al maklumlah, ada 7 subjek. Cikgu, tak boleh ke letak subjek yang satu masa hari lain?

Sampai je dewan, aku terus ke belakang. Sebab hari ini aku ada tugas. Sampai je kat belakang, bluueeeeeeeek, busuk gila! Aduh..tutup hidung. Ckgu ckgu yang lalu lalang kat belakang pun samapai ada yang termuntah. Sebab apa ya bau busuk tu? Bau tu bau busuk bangkai kucing, kucing mati.

Time nak balik kelas pulak, bila lalu je kat belakang pondok biru tu pun bau busuk jugak. Kali ni bau taik kucing pulak. Haii satu sekolah bau taik kucing.

Dengar cerita, ada anjing masuk sekolah. Anjing tu yang gigit kucing sampai mati. Haii..kesian kucing tu. Pintu pagar sekolah tak tutup, anjing tu pun kejar la kucing. Kucing masuk sekolah nak selamatkan diri.

Cikgu kata, ada 3 mayat kucing mati. Dua ekor belakang dewan, kat dewan makan dengan kat kelas 3 Siti Aisyah. Kesian kelas 3 Siti Aisyah kan...

Takpa, hari ni ada lapisan mucus yang menutupi nerve cell hidung aku. So, esok aku dah tak bau dah. Cikgu Ku Nurul Huda cakap " Tak pa busuk, baru lah mencabar."

Saturday, May 01, 2010

Buanglah, Tak Kisah!



Aku tak tahu, kenapa dia mesti buang aku daripada friends dia kat Facebook?

Padahal kita satu sekolah kan?

Kenapa tak suka?

Kenapa tak buang je para lelaki yang tak guna tu?

Ya, aku bukan sporting sangat. Bukan rajin nak komen komen. Tapi apa salahnya, kita kan satu sekolah, dah macam keluarga. Dah la kami dalam satu organisasi. Emm, entahlah apa motif dia. Lantaklah, tak kebulurlah nak add kau.