Sunday, August 22, 2021

Pengalaman bekerja sambil belajar

Salam semuaaaa pembaca!

Hari ni aku excited nak cerita pengalaman pengalaman aku bekerja masa aku study degree dulu. Sebelum tu aku nak cakap yang aku ni bukanlah kaki kerja sangat. Aku ni boleh dikatakan budak nerd la sejak spm, pastu sambung A-Level. Dan aku tak de lah kerja lepas spm (setakat seminggu je tahan tak kira kot). Tapi masa degree, aku ‘terpaksa’ bekerja sebab aku buat kesilapan ye, aku beli kereta. Walaupun aku beli kereta Proton je pun, tapi still rasa mahal sebeb well, you know me mana boleh cikai cikai mesti nak full spec accessories and key less ye. Lol, bila fikir balik aku student je pun tapi demand macam macam.

Walaupun begitu, aku bayar ye kereta aku (ada mak aku tolong sikit) tapi more than 50% aku yang bayar. Aku rasa asbab inilah aku kenal ‘dunia luar’ ya, dunia realitinya huhuhu di mana aku belajar untuk hidup berdikari. Dan aku rasa aku dapat belajar banyak social skill dengan exposure terhadap dunia luar ni. Maknanya life aku kat uni bukan pegi kelas study tgk buku je. Aku tau para pensyarah mesti tak setuju kalau student buat part time. Tapi diorang tak tau cabaran student masa kini aku dengar kisah kawan kawan aku yang buat part time aku salute la dgn diorang.


Meh nak habaq, walaupun aku buat part time, aku ada prinsip atau rules yang aku tetapkan sendiri 

1. Study no satu, kerja no dua. Aku tak penah ponteng kelas sebab nak pegi kerja. Jarang la aku ponteng kelas. Kalau penat pun aku still pegi kelas jugak. Penah jugak aku demam aku still pegi kelas, sampai rasa nak pengsan. 

2. Jangan bagi alasan kerja untuk tak siapkan assignment. Assignment mesti siapkan especially group work. Tapi aku mengakulah aku selau buat last minute atau sambil lewa. Kadang kadang quality kerja aku macam cincai je aku admit benda tu. 

3. Result mesti 3.0 dan lulus. Disebabkan aku nak submit result aku pada penaja kan, aku kena lepas requirement penaja tu. Aku penah gagal satu subject masa degree, then rasa seksa gilaaa nak kena repeat tapi aku ambil positive yg bila repeat aku lagi faham subject tu. Then aku nekad yang xmau repeat dah. Sebab tu sekali je aku gagal subject.

4. Yang ni sepatutnya jadi no satu yer, yang mana tempat yang aku kerja mesti boleh pegi solat. Selalunya akan tanya masa iv tu aku boleh solat ke tak kalau boleh then aku proceed. So far semua tempat boleh jer solat cuma kau nak ke tak nak jer.

Meh aku senaraikan kerja apa aku penah buat dulu

1. Sales assistant dekat Daiso Queensbay. (Oktober 2016 - Disember 2016). Kerja ni senang je, yang susun susun barang tu. Pastu ada la kena jadi cashier jugak. Kejap je kan aku kerja masa ni sebab aku dah start buat uber then aku rasa income lagi banyak dan waktu fleksibel.

2. Uber driver di Penang. Aku start dengan uber dulu masa tu uber ada lagi, then baru aku buat Grab. Masa ni dalam tahun 2017 dulu driver perempuan macam tak ramai sangat, banyak driver lelaki jer. Syok masa ni boleh jumpa macam macam orang boleh sembang. Kena marah pun ada. Hahahhahaha well, masa tu aku baru umur 22 tahun kot boleh dikatakan tak matang sangat la kan.

3. Cashier di A&W Kota Damansara (March 2018 - July 2018). Masa ni aku buat internship dekat YHL associate KD, aku pun buat part time dalam masa yang sama. So pagi aku pi ofis, aku rasa masa sejam untuk tukar baju pastu travel pegi tempat keje. Walaupun keje ni gaji tak la banyak kan, sebab ada kosong pastu senior aku yang recommend kan so aku sapu je lah, pengalaman tu lagi penting bagi aku. Then aku jugak dapat hostel free yang mana aku boleh duduk sorang utk sebilik. 



4. Service Crew di Sushi King Queensbay (April 2019 - July 2019). Masa ni aku dah balik Penang sambung belajar balik. Aku dah ada pengalaman in F&B kan so nak dapat kerja dalam F&B tu agak senang lah kot. Tapi sapa yang penang kerja dalam bidang ni tahulah azabnya macam mana kan. Macam macam lah kena hadap perangai manusia lebih lebih lagi masa tengah lapar. Aku memang nekad nak kurus masa ni, so sebab tu aku pilih kerja yang bergerak. 



5. Cashier di Tesco Sg Dua. (July 2019 - April 202) Masa ni still tesco yang sekarang dah ubah jadi Lotus kan. Kat sini aku tak kerja part time lagi dah, aku kerja as full time. Memang kena pandai bahagi masa. Aku penah ja cakap nak berenti sebab ada kelas clash dengan masa bekerja tapi manager aku bagi aku break utk pegi kelas so that aku tak yah berenti kerja. Tesco lah tempat kerja paling best suasana dia dengan gaji pun okay. Dan aku enjoy untuk jaga bahagian self service counter yg machine tu di mana kat situ sangat high risk utk kecurian berlaku. 



Kadang kadang aku rasa amaze dengan diri aku sendiri, cewwah, untuk buat dua tiga kerja dalam satu masa. Mosttly kat mana pun aku kerja aku akan target nak buat betul betul sampai jadi kesayangan manager. Bukan nak mintak sangat pun tapi kita akan rasa selesa kalau manager percaya kat kita nak mintak ubah jadual pun dia okay je. Kecuali masa intern lah aku kena teruk kot dengan boss. Itulah first time aku kena marah seteruk tu paling teruk penang kena kena campak buang kertas kerja yang dia mintak depan mata. Tu lah bodoh lagi buat kerja tapi nak buat macam mana budak intern kn mana tau apa.

Dan sampai sekarang pun aku sambung master part time sambil bekerja. Kadang aku rasa menyesal pun ada kadang rasa bertahanlah sikit je lagi kn. Itulah orang kata pengalaman, aku bangga aku dapat exposure dunia luar masa degree. Itu yang bentuk aku punya social skill aku. Dan ohh yaa nak cakapnya company yang aku kerja sekarang aku start kerja sebelum aku habis degree lagi tapi tu sebab covid lah jugak buat aku berenti tesco dan join company ni. Alhamdulillah, doakan lah aku supaya sentiasa sukses dalam apa jua yang aku lakukan yer. 

Aku dah boleh travel satu dunia!

 Hai uollsss hah dah kenapa tajuk gitu? 

Tak de lah, saja je nak cerita yang aku dah lengkap dua dose vaccine yer dan aku dapat vaccine PFIZER. Huhu. 

Orang kata kalau dapat vaccine ni boleh travel luar negara. Hehehe. 



Ni gambaq sebelum vaccine. Ayu tak aku berbaju kurung?? Hehehehhe. Saja la mana tau dapat jumpa doktor hemsem lagi. (Berangan mak cik kiah, well you know me)

Eh eh eh, satu lagi nak cerita la kan hari tu masa wellness session company aku ni kami ada main satu game mcm bidding laa. Yang diorang jual adalah kindness, happiness, loyal friends, dan macam macam laa aku pun tak ingat laaaah. Nak ceritanya yang aku dapat beli ialah unlimited travel!!!!! Excited gilaaaa syok la sbb dapat menang tu.. walaupun game je kan main suka suka je dapat best gila dapat menang tu. Aku dapat travel tempat mana yang aku nak. So aku kena simpan duit dari skarang laaaaa lepas pkpkpkpkp ni boleh pi travel. 



Monday, August 09, 2021

Kebun dari Syurga

 Asaalamualaikum semua, 

Hari ni aku nak cerita pasal kebun yang mak aku usahakan. Tak besar mana pun kebun ni kecik je. Dan bukan mak aku sorang je yang tanam tanam kat sini. Ada jugak jiran kami yang datang menolong ye. 

Nak ceritanya dulu dulu mak aku tak de la suka sangat berkebun atau tanam tanam pokok sangat. Mak aku sangat sibuk bekerja ya. Semuanya bermula masa mak aku disahkan mempunyai kanser payudara pada tahun 2016 dulu. Mungkin ada hikmah kenapa aku tak dapat pergi study kat UK dulu sebab sebelum tu pun mak aku dah ada ketumbuhan tapi belum kanser lagi. Sebelum aku nak fly dulu aku jaga mak aku baru lepas operation, aku pun susah hati jugak kalau dapat fly. Tapi tak dapat fly pun aku kecewa sebab tu impian aku nak sangat study luar negara kan. Tak pe lah then baru aku tahu ada hikmahnya kenapa tuhan tak izinkan.

Ok xnak melalutlah, sejak mak aku sakit mak aku start menanam pokok. Aku tahu mak aku sedih sangat masa tahu dalat kanser tu. Masa tu jangan cakaplah aku rasa sangat dalam kegelapan. Takdapat fly, mak aku sakit, result exam pun teruk. Masa tu aku buat UBER service. Jadi driver, semata mata nak bayar komitmen.  Then, since mak aku sakit mak aku amik cuti dua tahun. Kakak dengan abang aku pun postpone study untuk jaga mak aku. Aku tak postpone masa tu tapi aku dah postpone study masa first semester dulu. 

Sebagai terapi diri, mak aku start menanam pokok bunga, sayur pun ada. Jiran aku ni memang suka pokok juga tapi sekarang diorang dah pindah sebab dah pencen kan. Mak aku penah satu ketika tu suka sangat bunga telang. Tanam bunga telang, kutip dan jemur. Memang hobi mak aku waktu tu suka bunga telang. Memang banyak sangat bunga telang yang mak aku dah keringkan. Since banyak sangat aku pun buatlah teh minum sebab bunga telang ni banyak sangat khasiat dia. 

Alhamdulillah, setelah lima tahun dah pun sekarang kan, mak aku dah lepas semua chemo dan radiotherapy. Sumpah aku tak sanggup nak tengok keadaan mak aku sakit masa dulu. Tak sanggup beb, sapa penah hadap je tahu macam mana hiba dan sayunya tengok syurga kita sakit. Tapi mak aku dah sihat dan doakan ye supaya mak aku sihat selalu dan panjang umur. Ya Allah, aku tak sedia lagi kalau mak aku pergi masa ni. Tolonglah, aku dah tak ada ayah. Aku tak sanggup untuk hilang mak lagi.





So inilah kebun yang mak aku usahakan. Sinilah tempat mak aku banyak luangkan masa dan kesukaan tempat mak aku. Ada jugak orang datang nak beli pokok pokok ni. Ikut lah tapi mak aku buat suka suka je. Mak aku pun tak lama lagi nak pencen dah. Lagilah banyak masa nak urus kebun ni. Tu je la aku nak cerita aku tak de lah minat berkebun pun klau mak aku suruh siram pokok pun aku malas. Hahahahah. Kalau rajin je aku turun kebun ni.

Hadiah

 Salam guys, hari ni sis nak cerita satu kisah. Hehehehehe. Ada kena mengena dengan hadiah la. Sebelum tu sape je tak suka kalau dapat hadiah kan. 

Alkisahnya kemarin dulu adalah hari jadi kawan aku sorang ni dan dia dapat banyak hadiah. Wow, kirannya kalau orang dapat banyak hadiah ni kira hot la kan. Pastu kawan aku yang lain ni jeles lah kenapa masa besday dia tak dapat banyak hadiah pun. Aku ada bagi kawan aku yang tak dapat byk hadiah tu hadiah. Tapi hadiah yang aku bagi tu biasa je. Aku bagi makanan. Tapi dia suka je hadiah yang aku bagi tu. Cuma dia tak dapat banyak hadiah la.


So aku pun decide nak bagi dia ni hadiah walaupun bukan hari jadi dia pun lagi. Dah bising sangat kan. Aku bagi hadiah yang dia sebut sebut nak beli. Dia ada cakap nak beli snooker table. Aku pun beli laa yang tu tapi yang mainan punya lah. Yang mini table pool. Tak de maknanya aku nak belikan table pool yg besar tu. Hahahahhaha. 

Eh eh, actually post ni aku nak cerita yang aku pernah bagi hadiah kat crush aku masa sekolah menengah dulu. Tapi dengan cara yang halus. Hahahahha halus kah?? Tak macam ni cerita dia. Suatu hari, ada event kat sekolah aku dan ada satu pertandingan teka kacang dalam botol macam tu lah kan. Aku pun masuk jawab berapa kacang tu. Senang je nak join just isi jawapan dalam kertas dan kena tulis nama. Aku pun join dengan tulis nama aku dengan tulis nama crush aku. Kawan aku yang jaga balang jawapan tu tahu aku tulis nama crush aku tu dan aku pesan jangan bagi tahu sesiapa. Hehehehe. Aku main main je tulis jawapan tu. Sekali nak tahu dak??? Jawapan crush aku tu menang dan dia dapat hadiah masa perhimpunan hari Isnin. Aku pun whaaattttt dia boleh menang??? Pastu aku macam curious dia menang sebab aku ke atau dia pun masuk pertandingan tu. Tapi aku tak rasa dia masuk. Aku pun tanyala kawan aku yang jaga balang tadi apa jawapan kacang dalam tu. Dia cakap jawapan dia 510 kacang. Aku tulis jawapan crush aku tu 500. Nak hampir dah jawapan tu. Aku rasa dia mesti blur macam mna dia boleh menang. Hahahhaha rezeki dia la tu kan. Lantak lah.


So, kiranya aku bagi hadiah secara halus la kan. Heheheh aku ke rasa macam tu. Tu cerita dulu ye. Crush masa sekolah je sekarang dah tak lagi. Aku doakn dia hidup bahagia. Lantak lah dia dah kawen ke belum aku tak kisah pun. Huhuhuhu. Tu je nak cerita. Terima kasih ye sebab baca.

Salam Maal Hijrah 1443. My list azam tahun baru.

 Assalamualaikum, 

Salam Maal Hijrah kepada yang masih sudi membaca blog merapu ni. Hehe.

Sempena tahun baru ni kan aku nak list kan apa expectation aku and apa yang aku nak improve diri aku untuk jadi a better person. (Tak mau tulis dah nak kurus sebab tu  tiap tiap tahun mesti ada dan bosannya lahai cakap nak kurus je)

1. Aku nak jadi muslim yang baik, solehah dan mampu contribute something valuable setiap apa yang aku buat. 

2. Aku nak jadi lebih rajin jugak. Rajin tolong mak aku dan rajin buat kerja rumah.

3. Polish my skills. Aku rasa aku kena improvise aku punya speaking skills. Entahlah sebab lama sangat kan duduk rumah, aku rasa teruk plak utk bercakap tak kisah lah bahasa melayu ke bahasa Inggeris ke dua dua teruk.

4. Aku nak start buat persediaan untuk hadapi alam perkahwinan. Hehe. Aku rasa aku in denial utk rasa aku takkan kahwin tapi aku kena akui yang fitrah untuk rasa nak kahwin tu ada. Aku ada cakap kat kawan aku aku nak kahwin lepas aku habis buat master. So, aku nak cari ilmu pasal perkahwinan tu dari sekarang dan buat persediaan. Walaupun aku xde calon pun dan memang xde langsung kawan lelaki yang aku boleh ajak kawin. Dan aku memang xde try langsung. So far memang xde langsung orang yang aku berkenalan ke apa ke. Tak de. Memang sekarang ni aku nak betulkan diri aku sendiri dulu. Aku tak percaya kalau orang kata lepas kahwin akan berubah. Tidak ye. Bukan senang nak berubah. 

5. Banyakkan membaca. Aku rasa aku dah lama tak membaca. Last buku yang aku beli Man’s Search for Meaning, ni buku yang ada orang recommend utk aku baca pun aku tak habis baca lagi.

So far setakat ni dulu kot list aku. Kalau nak list mmg panjang la tapi mampu ke idak aku buat???? Doakan aku ye jadi diri aku lebih baik daripada sebelum ni. 😊


Sunday, August 08, 2021

Kisah Kopiku Tumpah

 

Assalamualaikum, 


Aku nak cerita yang sejak kebelakangan ini aku rasa aku dah addict dengan coffee. Sebelum ni aku lebih suka minum teh daripada kopi. Suka biasa biasa je lah. Tak delah fanatic sangat kan.

Pada suatu hari, aku dengan mak aku keluar lah nak beli makanan, then ada nampak satu gerai ni tulis kopi viral. Then aku pun suruhlah mak aku belikan. Hehe. Nak jadikan cerita kopi tu tertumpah dalam kereta. Habislah kotor kereta kan. Tapi sempat la merasa kopi tu sedap tapi manis la tak sebab tak sempat kacau bagi sebati kan.

Eh, aku dah melalut dah ni. Ok nak ceritanya keesokan harinya aku pi beli lagi kopi tu dekat kedai yg sama. Kali ni tak tumpah so dapat la nikmatinya sampai habis kan. Harga kopi tu murah je dua ringgit je sebungkus.

Sejak hari tu, aku dah start minum kopi setiap petang pukul 5 mesti aku minum kopi sambil buat kerja. Aku rasa aku dah ketagih tapi still terkawal kan. Dan esok aku cuti teringin pulak nak beli lagi kopi viral tu. Tapi patutnya aku tak leh minum kopi susu. Sebab aku nak diet kan. Mana boleh minum manis manis. Haiih sampai bila la aku tak kurus lepas ni. Oh ya, aku sekarang ni dah beli basikal kayuh dalam rumah aku kayuh masa kerja. Nanti aku buat post pasal basikal tu ye.

Monday, August 02, 2021

Pengakhiran Si Kucing Kurap

Salam guys, 

Hari ni aku rasa nak cerita apa yang jadi dekat Kucing Kurap yang aku penah pernah cerita dulu, Si Kucing Kurap. Agak agak apa ye dah jadi dengan kucing tu?

                                              Makin sihat ke dia??

                                     Ke makin sakit??       

Cerita dia macam ni, kami nampak kucing tu makin lama makin sakit, nampak sangat kurus kering. Tapi makan ubat macam biasa je. Makan lalu je macam biasa, berak pun ok. Ingatkan cara kami jaga dah ok. Dah bagi makan, bagi ubat, sedia tempat berak. Eh, hello! Ingat murah ke ubat sporo tu. Mahai okay. 

Satu hari, kawan mak aku ada datang rumah. Dia bagi tau kata patutnya kami tak boleh letak pasir kucing untuk tempat berak dia. Kucing sporo ni sensitive dekat tanah dengan besi. Sangkar tu besi ye, then dia cakap patut lapik dengan kertas je xyah pasir sebab tu lah makin teruk luka dia. Oh lupa nak jawab soalan kat atas tu, sebenarnya kucing tu makin sakit ya luka dia tak sembuh sembuh dan macam makin teruk. Awal awal dulu makin elok then dia teruk balik.

Nak dijadikan cerita, mak aku kata nak bagi matikan je kucing ni. Sebab keadaan dia nampak macam susah nak sembuh. Aku pun alaaaa malasnya nak bawak lagi pi klinik. Susah jugak la nak bawak takut takut nanti kita pulak yang kena sporo tu kan.

Lepas pada tu, aku cam ok la bagi je la matikan kucing ni kan. Satu hari tu aku belila makanan kucing dalam tin dekat giant, sebelum ni kami memang bagi makanan yg lembik kat kucing tu, maksud aku makanan yg basah bukan makanan biskut ye. Sebab dia punya mulut sakit. Then waktu tu giant buat promotion makanan dalam tin tu murah. Aku pun belilah banyak kan. Aku bagi kucing tu makan, since dia akan mati tak lama lagi aku siap cakap dalam hati makan la kau banyak banyak lepas ni kau tak boleh makan dah 😭😭😭😭😭 sedih pulak rasanya.

Nak tau dak apa jadi?? Keesokan harinya aku nampak dia nyawa nyawa ikan terbaring sesak nafas. Aku rasa macam aku ke bunuh dia ni?? 

Aku rasa macam dia dengar je yang kami nak matikan dia. Oh kucing sesungguhnya dari kau terseksa hidup biarlah kau berehat di sana. Semoga dikau tenang di sana. 

Setelah itu, aku dikurniakan tiga ekor kucing yang sangat comel dan menghiburkan aku. Huhuhu sebab kucing yang aku bela beranak. Nantilah kalau aku ada masa aku tulis pasal tiga ekor tu pulak.  

Friday, July 23, 2021

'Hilangnya' tempat itu.

Hai uollss, dah lama ye sis tak tulis blog ni..

    Ni pun semata mata nak tulis entry bulan July je kot. Kejap je ye dah habis separuh tahun ni. Semoga kita semua kuat lah menghadapi pandemik yang sedang melanda di seluruh dunia ni. Aku faham yang masa ni semua orang pasti tertekan. Tambah tambah lagi untuk orang yang hilang punca pendapatan. Semua orang ada tekanan masing masing. Aku pun stress.. stress dengan assignment..stress dengan kerja, stress tak dapat nak pi jogging tempat yang aku suka dulu, stress lah semua... Tempat jogging ni memang best, tempat aku hilangkan stress. Setiap hari mesti aku nak pi situ, jogging sambil menikmati suasana alam yang sangat cantik. Kat situ ada sungai dengan bukit. Best sangat dapat hirup udara pagi yang segar bugar. Kalau aku tak sempat pi waktu pagi pun, aku akan pi waktu petang.

    Tempat yang aku maksudkan ialah..Taman Sakura, Perlis. Walaupun taman ni jauh sikit dari rumah aku, aku sanggup drive nak pi tempat ni walaupun ada ja tempat lain untuk jogging. Tempat lain tu selalunya ramai orang yang jogging kat situ. Tapi dekat taman sakura ni ada jugak orang tapi selalunya tak ramai sangat pun. Masa first time aku pi dulu, aku pi dengan sepupu aku kat sini. Masa ni ramai sangat orang buat photoshoot kawen kat sini. Ada la, dalam dua tiga pasangan gitu. Tak jeles pun, tapi nak katanya tempat ni cantik la..


 Ni gambar aku, yang tak reti nak posing tu. hahahahah. Post ni tak ada apa pun, just nak cerita yang aku stress sebab tempat aku hilangkan stress dah kena tutup, walaupun kes dekat perlis ni sikit je kan, aku pun tak paham kenapa nak tutup tempat ni, padahal tempat ni open air kot. Dan memang xde orang pun selalunya. Aku memang selalu jogging sorang sorang (maybe sebab datang lambat hahaha). Bestnya kalau boleh pi lagi..hopefully cepatlah pkpkpkpkpkpkpk ni habis.

Wednesday, June 02, 2021

My Skincare Routine

Hi uollss, harini sis nak share my skincare routine ye. Sis rasa semua orang kena ambil tahu dan practice pasal skincare routine ni untuk jaga kulit muka. Tak kiralah yang muda atau yang dah tua. Sebabnya kulit kita ni terdedah dengan asap dan habuk setiap hari, so tendency untuk kulit rosak tu tinggi kalau kita tak pakai apa apa dekat muka kita, especially masa nak keluar rumah. Aku dulu tak reti jugak nak jaga kulit muka ni, aku just pakai pencuci muka je. Then, kawan aku katakita memang kena pakai something kat muka kalau nak jaga kulit. Ok lah, meh kita start.

1. Cleanser 


Hada Labo Premium Whitening


 Senka Perfect Whip



Aku dah lama pakai product ni, Hada Labo. Aku suka gilaaa. Aku pakai sejak 2016, aku ni jenis kalau dah sesuai aku takut nak tukar takut tak sesuai. Yang senka tu pulak aku start pakai dari 2017, nampak dak aku ni jenis setia..susah aku nak tukar jenama lain. Aku pakai senka tu untuk deep cleasing, pastu baru aku cuci muka dengan Hada Labo tu. Sepatutnya, deep cleansing tu sesuai untuk orang yang pakai makeup. Walaupun aku tak pakai makeup, aku still pakai jugak, nak make sure betul betul cuci dari sebarang kotoran. Hehheeh. Bagi aku la kan, pencuci muka ni sangat penting, semua orang sepatutnya pakai pencuci muka. Bayangkanlah, kalau kita cuci pinggan tak sabun, bersih ke dak?? Mesti la dak kan. Haaa sama la macam muka kita. Tak bersih kalau tak cuci pakai pencuci ye.


2. Toner


Advanced Whitening Refiner
Skin Refiner Laneige















Toner pulak, aku dulu suka pakai laneige, tapi aku beli secondhand dekat Carousell sebab aku pakai since student dulu. Berjimatla kan. Murah sikit kalau beli dekat Carousell. Dua iga kali jugaklah aku repeat beli untuk Laneige ni. Tapi penah sekali tu aku kena tipu sebab ada seller yang jual satu set dengan harga murah gila. Tup tup, barang tak sampai pun. Huh, membazir ja duit aku. Tapi sekarang ni aku dah tukar toner, pakai Bio Essence pulak. 

3. Moisturizer


COSRX Advanced Snail 92



Untuk moisturizer, aku ada jugak pakai Laneige dulu, then aku nak try pakai yang lain, aku try COSRX. Best gilaaaaaaaaa aku rasa moisturizer ni.

4. Sunscreen

Aku tau yang ni penting ye, kena pakai sentiasa, tapi ntahlah aku sekarang ni malas nak pakai sunscreen, suncreen yang aku penah pakai sebelum ni yang WATSON, Bio essence dan sekarang ni ATOMY punya. Aku rasa aku kena tukar sunscreen yang water base punya. Sebab sekarang ni aku pakai yang oil base.


Tu je lah setakat sekarang ni. Aku pun kadang kadang ada terskip jugak, kadang lupa nak pakai jugak. Tapi nak cakapnya, skincare rutin ni wajib ye, untuk nak jaga kulit helok sampai ke tua. Apatah lagi untuk orang yang make up. Lagi laaaaaaaaaaa wajib jaga skincare! Tu je lah nak share setakat ni. Bye bye!

Sunday, May 30, 2021

Bila boleh bergaya balik?


Sis rindu sebenarnya pengalaman sis masa kerja Tesco dulu, selalunya, masa hari perayaan, kami boleh pakai baju tradisional perayaan tersebut. Aku sangatlah excited ya nak pakai. Contohnya dekat bawah ni, aku share gambar masa Deepavali & Chinese New Year! Bestnya duluuuu, boleh pakai macam ni. Sekarang ni asyik duk rumah ja, pakai baju yang sama jaaaaaaaaaaaa. Tak dak feeling feeling nak bergayaaaa. Huhu, sekarang ni aku pun dah bam bam bam bam, nak pakai balik baju baju tu ntah ntah tak muat apaa? Tu la asyik makan tidoq ja kerja aku kat rumah. Dulu bestnyaa kerja boleh bergerak, aku pi kerja pun jalan kaki ja. Semoga aku boleh kurus macam dulu balik. Huhuhuhu..




 

Friday, May 28, 2021

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin!

Assalamualaikum semua,

Sis nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Walaupun macam dah lambat, tapi ..syawal kan sebulan, tak gitu? Hari Raya kali ni, memang tak macam raya sangat ye, memang duduk rumah je memandang. Yelah, PKP kan. Hari raya first nak tau dak aku buat apa ja?? Aku mengecat! Hahahahaha,, selaunya orang mengecat rumah sebelum raya kan, tapi aku mengecat semasa raya. Tahun ni aku amik cuti pada hari raya. Aku rasa dah bertahun tahun dah aku kerja semasa hari raya. So, tahun ni aku amik cuti 3 hari sebelum raya, dan hari raya first and second untuk berehat. Sis nak share sikit gambar raya tahun ni. Walaupun tak la cantik mana..sebab sumpah tak prepare sangat pun..baju pun tak gosok tu..







Sunday, May 09, 2021

Si Kucing Kurap

Dear readers, hari ni aku nak cerita pasal seekor kucing ni. Kucing ni kurap ye aku panggil sebab kat badan dia penuh luka luka. Cerita dia macam ni, aku ada bela kucing dan kucing aku ada penyakit kulit yang mana ada luka luka kat telinga dengan dekat tengkuk dia. So, aku pun bawalah kucing aku ni pi vet, jumpa doktor dan ambil ubat kan. Aku tahu kucing aku ni berjangkit dengan kucing lain yang ada dekat taman aku ni.

Then, suatu hari kucing tu datang rumah aku. Sebelum ni kucing tu selalu lepak bawah van ni dekat rumah jiran aku. Kucing tu memang tunggu kat tepi pintu. Tak tahu lah kenapa. Aku buat tak tahu je lah kan, dah kucing kurap, takkan nak pegang pulak. Lama jugak la dia datang dan pergi duk tunggu depan pintu tu. Pastu aku rasa macam, kucing ni kan macam nak mintak tolong ja. Macam mintak bawak dia jumpa doktor jugak. Entahlah aku pun tak tau kenapa rasa macam tu. Sebab kadang kalau aku rasa nak keluar dia siap siap duk dalam kotak, macam nak cakap amik la aku, "Bawak la aku, aku dah dok dalam kotak ni".

Pada suatu hari, aku pun bawaklah kucing ni pi jumpa vet, takut ye nak pegang, aku siap pakai glove semualah sebagai protection. Mula mula aku dengan mak aku bawak pi jumpa vet kerajaan, sebab murah kan. Doktor cakap kucing tu ada penyakit sparo iaitu fungus yang ada kat tanah semua tu melekat kat kulit dia. Penyakit tu boleh berjangkit kat kucing lain dan manusia pun boleh kena jugak. Doktor tu bagi cadangan supaya cucuk bagi mati je lah kucing ni. Susah nak jaga. Kena bagi makan ubat kalau nak baik. Tapi, aku decide tak mau bagi mati. Nak bagi ubat je.

Aku dengan mak aku tak terhenti di situ je, lepas pegi vet kerajaan tu, kami pi vet swasta pulak, doktor situ bagi ubat dengan spray untuk kulit dia. Lepas dua minggu kena datang balik vet tu untuk ambik ubat balik. Kucing tu kena duduk dalam sangkar, tak boleh campur dengan kucing lain. Kami kurung dia tak bagi keluar. Tapi sediakan makanan dengan tempat berak la.

Sekarang, dan sebulan lebih jugaklah aku bagi kucing tu makan ubat sparo. Dan kurang dia dah berkurangan. Aku tak tau kenapa aku rajin sangat nak bela kucing macam tu, sebab aku bukannya pencinta kucing sangat. Biasa biasa je. Cuma cara kucing tu mengiau macam dia mntak tolong sangat sangat. Dan dia macam faham je apa aku cakap. Maybe suatu hari nanti dia boleh tolong doakan aku pulak, aku penah dengar orang kata, kalau kita bagi tau doa kita kat kucing mungkin doa tu termakbul. Aku tak tau la ye sahih ke hidaaaaaaaakk. Hehehehehehe. So setakat ni je la cerita aku. Sekian, terima kasih.

Friday, April 16, 2021

Salahkah Menjadi Suri Rumah?

 Hai semua yang masih sudi membaca blog ini, di saat ini aku menulis entry ni ketika aku masih bekerja ya, dan aku stress sebab kena kerja lebih masa. Aku kena ganti teammate aku yang MC kot. Aku tak tahu lah MC betui ka dak. Tapi hopefully betuilah. Aku sangatlah penat kerja dari pagi sampai malam, pkui 7 pagi sampai pkul 10 malam. Aku rasa nak berhenti kerja saja. Rasa macam bestnya kalau boleh jadi suri rumah. Rasanya ni memang impian setiap wanita ya. TAPI, mak aku selalu pesan, perempuan ni kena bekerja ya, kalau jadi apa apa senang kan. Aku faham kenapa mak aku cakap macam tu. Sebabnya, pengalaman mak aku, ayah aku meninggal disaat kami masih kecil ya, aku masa tu umur baru setahun. Mak aku kena sara kami tiga beradik lepas ayah aku meninggal. Bayangkan kalau mak aku tak bekerja? Susah jugak la kan.

Berbalik kepada tajuk di atas, salahkah menjadi suri rumah? Aku kadang kadang berimpian nak berumahtangga, nak jadi suri rumah. Aku ada baca confession pasal perempuan jadi suri rumah ni banyak kena kecam kononnya 'habiskan duit laki'. Kenapa kecam sangat masyarakat ya pada perempuan suri rumah ni. Bukan itu saja,, kalau perempuan bekerja pula, dikatakan abaikan keluarga kalau tak buat kerja rumah dengan sempurna, tak masak, tak kemas rumah semua. Kesimpulannya, kerja ke tak kerja ke semua kena kecam ya.

Bukan pasal tu yang aku nak bebel kat sini, tapi boleh tak aku nak berangan, aku berangan je lah mampu kan..Nak jadi kenyataan tu macam jauh sekali je. Aku nak berangan yang aku boleh ada pasangan yang stable, lepas hutang bank aku settle semua, aku nak berhenti kerja, aku teringin nak jadi suri rumah, jaga anak. Aku pun ada naluri nak jadi ibu juga. Walaupun angan angan tu macam jauh sekali. But I wish, aku dapat rasa macam mana ada family yang lengkap. Aku dari kecik tak pernah rasa macam mana ada ayah. So, family aku tak lengkap. Tapi, aku bahagia je, cumah jeles dengan orang yang dapat rasa kasih sayang seorang ayah tu. Aku tahu semua tu dah berlalu, aku tak dapat mengubah takdir tuhan yang telah ditetapkan ni. Aku tak dapat ubah apa apa.

Aku tahu, sapalah aku untuk berangan macam tu, bukan anak orang kaya, bukan anak juwatan untuk aku bersenang lenang. Aku tahu aku kena berusaha sensiri, susah dan senang, aku kena hadap sendiri kan. Siapalah aku bukannya cantik pun nak dapat suami kaya pun. Lagipun kalau kaya, belum tentu baik, belum tentu sesuai dengan aku, belum tentu dia boleh bahagiakan aku. Kalau tak kerja, dikatanya 'kikis harta suami pulak'.

Entahnya, mungkin sebab aku stress sikit kot yang aku fikir jauh macam ni. Dah la, nak buat kerja pulak. Bye bye.


Tuesday, April 13, 2021

Monitor baru, weyyhu!

 Hai, hari ni sis excited sangat, sebab apa ya? sebab sis beli monitor baru..

Alkisahnya, sis terbagi jatuh sis punya laptop. Walaupun ada dua laptop, dua dua sis punya laptop screen out. So, sis decide untuk beli monitor je instead of repair screen. Puas sikit tengok screen besar


Ni monitor yg sis beli. Sekali dengan wireless keyboard dgn mouse. Senang skit nak buat kerja. So hopefully sis bolehlah buat assignment dengan aman damai dah. Tak dak alasan dah naaaa.

Tu je bye bye!

Ramadhan Datang Lagi !

 Salam semua,

Alhamdulillah tahun ni kita berpeluang untuk berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan. Sekejap je rasa last year bulan puasa sampai tahun ni ye.

Sis tak ada nak cerita apa pun cuma semoga hari hari kita menjadikan kita seorang muslim yang baik dan patuh kepada perintah-Nya.

Sis bukan lah baik mana kan, bukan ustazah jugak. Tapi sis harap sis dapat improve diri sis untuk tingkatkan iman. 

Jadi, ada beberapa target yang sis nak capai. Antaranya sis nak khatam quran, sis nak jaga makan masa berbuka, sis jugak nak jogging waktu pagi walaupun sedang berpuasa. 

Selamat menyambut bulan Ramadhan, semoga hari hari kita diberkati dan amalan kita diterima di sisi-Nya.

Tuesday, April 06, 2021

Dear Crush, Thank You.

 Hai, hari ni aku nak buat pengakuan berani mati ya hahahaha. Bukan lah sis nak cerita sapa crush sis tu. Tapi sis nak cerita yang sis pernah buat benda bodoh ni. Sis rasa teruk gilaaaa sis buat benda ni. Actually tak dakla teruk mana pun cumanya sis rasa benda ni memalukan bagi seorang perempuan la. Dan aku buat ketika berusia 20 tahun ya. Sangat lah tak matang masa ni.

Apakah itu ya?? Sis sebenarnya pernah confess dekat crush sis yang sis suka dia. Entahlah macam mana sis boleh buat benda gila ni ya. Tapi waktu tu sis rasa rimas ya, sis dah lama suka dekat dia. Sis tak suka ada perasaan yang tergantung. Baik sis bagitahu je. Masa tu sis yakin yang sis dah tak akan jumpa dia lagi dah selamanya. So, sebab tu lah sis confess, sebab tak tau bila lagi akan jumpa. Dan keputusannya, yes! Sis kena reject ya.

Sis lega sebab confess walaupun kena reject. Sis memang dah agak dah, sape je suka dekat sis yang gemuk ni ye. Dan sis tahu yang dia bagi alasan utk reject. Adalah alasan dia. Sis respect ye keputusan dia. Sejak dari tu sis dah tak contact dia pun.

Sis jugak susah ye nak suka dekat orang lepas tu. Tapi sis start ada crush dah sekarang. Hehe. Sis hanya manusia biasa yang ada perasaan. Izinkanlah sis ada perasaan untuk suka orang ni. Walaupun sis gemuk, sis ada perasaan ye. Jangan la cakap orang gemuk ni tak layak nak suka orang. Tapi jangan risau ye, sis tak akan sesekali confess dah kat sapa sapa pun lepas ni. Cukup lah sekali je rasa sakit hati tu. 

Sis berani tulis ni sebab sis tahu yang crush lama tu tak baca ni. Just sis doakan crush sis bahagia dengan sapa yang dia pilih walaupun bukan sis. Hahahhahahhaaha. Apakah kegilaaan aku ya malam ni tulis macam ni. Dear crush, thank you sebab buat sis rasa bahagia akan hari hari selama mana sis ada perasaan berbunga bunga tu. Sis anggap perasaan ni sebagai anugerah dari tuhan ya. 


Sekian dari sis yang hanya layak ada crush sahaja.

Sunday, April 04, 2021

5 Perkara Yang Patut Bersyukur Semasa Covid-19

 Hai, dah setahun rupanya kita dilanda pandemik Covid-19 ni ye. Sesuatu yang aku kira, satu bencana yang sangat besar sehingga dapat merubah semuanya. Maksud aku kita dah ada norma baharu dan banyak benda dah berubah.

Dalam post kali ini aku nak ceritakan benda yang aku kira perlu disyukurkan yang terjadi pada aku disebabkan Covid ni.

1. Masih ada kerja.

Di saat ini, aku masih lagi ada kerja demi sesuap nasi aku patut bersyukur sebab aku dengar ramai yang kena buang kerja kan bagi industri yang terjejas tu.


2. Tinggal dengan family

Disebabkan covid, kita semua dibenarkan untuk work from home then aku berpeluang tinggal dengan family aku. Company aku dekat Penang, tapi aku orang Perlis. Kalau tak mesti kena duk Penang. Sepanjang aku study pun aku jarang balik rumah so ni lah masanya untuk aku luangkan masa dengan family aku.

3. Jimat kos travel

So bila work from home kan, boleh jimat banyak duit. Duit sewa rumah, duit minyak. Tapi... hmmm duit tu keluar ke lain pulak.. hehehehhhee

4. Kena pakai mask

Aku ni sebenarnya malas nak make up. Memang tak reti pun. So, bila kena pakai mask orang tak kisah pun rupa kau macam mna. Tapi lemas jugak lah.


5. Kurang sesak

Yang ni best masa pkp dulu la, kalau keluar jalan lengang je, tak jem. Best la senang dapat parking kalau nak pi mana mana.

Tu je kot yang aku boleh fikir masa ni. Nanti aku tulis 5 benda aku tak suka masa covid ni.

Wednesday, March 31, 2021

I love my eyebag!

 


Hai guys!

Hari ni aku nak cerita yang pasal aku ada eye bag yang sangat teruk! Aku tak tau la kenapa aku ada eye bag teruk sangat sejak kecil. Gambar atas tu hiasan je ye ok! Aku memang selalu tidur lambat dulu-dulu. Aku jugak selalu menangis masa aku budak budak dulu. Maybe sebab tu la kot. Ada jugak yang kata maybe keturunan kot. Belah ayah aku memang ada keturunan mamak pun. Cumanya, dalam adik beradik aku aku sorang je yang ada eyebag teruk ni.

Apa yang aku nak cakap, aku terima je aku ada eye bag, tapi aku rimas orang selalu dok tegur aku muka macam hantulah, mata kena tumbuk lah, tu la ni lah. Sampai aku rimas. Aku bukannya tak nak make up, tapi aku malas sikit. Hehe. Aku sebenarnya tak berapa suka make up sebab aku lagi suka muka natural aku ni. Aku paling tak suka bilamana aku benci tengok muka aku tanpa make up bila aku dah biasa make up. Aku tau make up memang cantik.

Apa yang aku nak cakap kat sini, aku ok je orang nampak aku eye bag tebal. Aku cuba usaha macam macam nak hilangkan eye bag ni, letak timun, teh la..tidur awal, jaga makan. Still ada. Cumanya dia akan nampak fresh bila aku buat something kat mata tu. Tapi still akan ada walau macam mana sekalipun. Aku bersyukur dengan apa yang Allah bagi dekat aku. Aku terima seadanya. Walaupun eye bag ni menjadikan aku tak cantik. Tapi bagi aku, biarlah aku rasa cantik dengan rupa aku sekarang ni. 

So, konklusinya, I love my eye bag! I love my natural face! 

Saturday, March 27, 2021

4 Jenis Manusia Hadapi Tanggungjawab

Hai, hari ni aku nak cerita ada 4 jenis cara untuk kita hadapi tanggungjawab. Info ni aku dapat daripada buku The 21 Indispensible Qualities of A Leader by John C. Maxwell.

Antara 4 jenisnya ialah,

 1. Cop-outs. People who have no goals and do not commit.

Yang ni macam orang yang tak ada hala tuju la kot. Macam kita buat benda tu sambil lewa saja. Dah la tak tau kita nak apa lepas tu kita tak fully commit pulak dengan tanggungjawab tu. Aku rasa aku ada pernah je jadi macam ni, macam tak tau aku nak apa dan aku tak kisah. Contohnya, yang aku boleh relate ialah maybe pasal make up kot. Aku tak ada lah nak nampak lawa sangat bila keluar rumah, muka pun selebet jaaa. Dan aku tak put effort pun utk belajar make up ke apa.

2. Holdouts. People who don’t know if they can reach their goals, so they’re afraid to commit.

Yang ni pulak, aku rasa orang tu ada aim nak capai sesuatu, tapi tak tahu sama ada diorang boleh dapat ke tak goal tu then, sebab tu diorang takut untuk bagi commitment. Contoh dalam situasi aku rasanya dalam mencari jodoh yang sesuai dengan aku la kot. Hehe. Sebabnya, aku takut aku tak mampu nak capai perkahwinan yang mawaddah wa rahmad dan bahagia till jannah, so aku takut nak kawin, which is aku takut nak put commitment. Aku juga tak put effort pun nak cari jodoh takut aku kecewa ja.

3. Dropouts. People who start toward a goal but quit when the going gets tough.

Yang ni mungkin kita selalu dengan kan, selalu panggilan ni kita tujukan untuk orang yang stop study di uni atau sekolah. Yang aku boleh relatekan dengan aku maybe dalam usaha aku turunkan berat badan la kot. Aku put effort utk slim and look good. Aku pegi gym, hire coach, pegi slimming treatment, jaga makan less sugar, salt and oil. Then, masa PKP ni aku dah malas nak workout and makan pun tak jaga. Hmmm so sad. Tapi tak bermaknalah aku quit cumanya aku tak sekurus dululah.. 

4. All-outs. People who set goals, commit to them, and pay the price to reach them.

Aku rasa aku jarang la all-out dalam banyak benda, sebab aku rasa effort aku biasa biasa je..Tapi kan, aku rasa benda yang aku all-out adalah masa aku nak tukar kerja. Aku dah bosan dengan kerja lama aku dan nak tukar kerja lain. Aku apply kerja dekat banyak company, aku juga apply position yang lain dalm company yang sama, alhamdulillah aku dapat untuk dipanggil interview.


Tu je lah kot aku nak cerita. Aku rasa semua orang ada semua ni, tak semua benda kita nak kena all-out kan..ataupun boleh je bertukar dari all-out ke drop-out. Itulah manusia, tak semuanya perfect.

Thursday, March 25, 2021

Bersyukur boleh nikmati awal pagi dengan positif!

Hai semua, 

Hari ni aku bersyukur sangat dapat bangun pagi dan menikmati hari aku dengan penuh positif! Aku dapat buat kerja rumah, keluar pegi siram pokok bunga, boleh pegi Mr Diy beli wallpaper sebab nak balut almari kat rumah aku ni ha.

Mesti korang tertanya tanya kan apa selama ini aku tak penah bangun pagi ke apa?

Bukan macam tu, sebab selama ni aku kerja shift pagi. Pukul 7 pulak tu. Bangun pagi terus tengok PC. Memang tak sempat la nak buat apa apa kerja. Nak keluar jogging memang jauh sekali. Kerja aku ni memang kena sentiasa hadap PC, tak boleh nak tinggal sangat buat kerja ikut suka hati sebab depa boleh track kita buat kerja ke tak. Kadang kadang nak mandi pun tak sempat kalau bangun lewat lah. Kalau tak pun waktu break je pi mandi. So, rutin harian aku macam tu lah, bangun pagi, kerja, lepas kerja kadang kadang letih so pegi tidur lah kejap. Waktu petang adalah kadang kadang pi jogging, siram pokok. Malam selalunya aku akan pi gym untuk join zumba atau korean dance.

Lani sebenarnya aku dah tukar jawatan pi department lain pulak tu. sebab tu tukar shift pulak. Dah lama aku berhasrat untuk tukar kerja sebenarnya. Sebab kerja lama aku tu sangatlah negative, tapi fun. It's fun tapi ada la benda yang tak best. Bayangkan kena hadap benda tu tiap tiap pagi. So aura negative tu menyerap masuk ke jiwa ini. Cewwwaaah. Sebab aku jenis percaya aura positive ni. Sebagai seorang manusia, aku nak jadi orang yang positif. Bangun pagi, hadap benda benda yang murni sahaja. 

Oh, ya! Sebenarnya hari ni aku kerja start pukul 1 tengah hari. Sebab tu banyak masa nak buat kerja rumah. Hehe. Mungkin jugak aku dah lama terbiasa bangun pagi kan, so sebab tu hari ni pun aku terjaga awal. Tapi pelik pulak time tak kerja tak pulak aku mengantuk ye, time kerja pagi ngantuk gila nak mampus. Harapnya aku dapat beristiqomah la bangun awal pagi ni. Dan harap metabolisma aku dapat boost up dan aku dapat kurus ye. Tapi tu aku kena kena senaman semua la dengan jaga makan sekali.

Alright, setakat tu je tulisan aku kali ni, bye bye..




Tuesday, March 23, 2021

Sampai bila nak membujang?

 Hai guys, aku tak tau la apa yang trigger aku untuk menulis pasal ni, mungkin la sebab aku tengok story instagram, facebook dan whatsapp yang ni sorang duk tunjuk husband, yang ni pulak dok tunjuk baby, pastu dok post gambaq kawin. Tak salah pun aku rasa depa buat macam tu. Aku haapy je tengok diorang dah ada keluarga sendiri.

Tapi jauh dalam sudut hati aku ni aku ni bila pulak ye? Umur pun bukan makin muda sangat dah. Aku tahu, dah aku tak ada effort pun untuk mencari sesiapa sebagai teman hidup ni. Sebenarnya aku takut. Takut sebab banyak sangat baca kes penceraian, kes kena bela biawak hidup, kes kena dera suami dan sebagainya. Aku takut semua tu. Lagipun, atas pengalaman sendiri, yang mana aku dibesarkan oleh mak aku je,sebab ayah aku dah meninggal sejak umur aku 1 tahun. So, dengan itu aku simpulkan aku boleh je hidup tanpa lelaki sebab mak aku pun besarkan aku, tapi bukanlah bermakna tiada lelaki langsung, ada je datuk aku dan pak cik aku yang menolong sepanjang itu. Cumanya aku tak dibesarkan dengan suasana suami & isteri (ibu & ayah maksud aku). So, aku tak berapa nak faham bagaimana itu sebenarnya perkahwinan.

Bukan itu sahaja, aku jugak sebenarnya tak tahu macam mana nak cari jodoh actually. Boleh je kan zaman sekarang ni cari online, tapi macam susah nak percaya semua tu. Macam mana nak tahu lelaki tu sesuai ke tak dengan kita? Kita pun bukan lah bagus sangat sampai nak cari yang perfect kan, tapi sesungguhnya, aku percaya semua orang mahukan yang terbaik dalam mencari pasangan hidup. Sebab ini soal hidup dan mati, yang akan menjadi teman sepanjang kehidupan. Yang akan menjadi ayah kepada anak anak aku. 

Aku faham yang aku takkan ubah apa apa pun kalau aku tak buat apa-apa. Maksudnya, kalau aku tak mencari memang takkan jumpa pun. Kadang kadang aku tertanya jugak, hodoh sangat ke aku ni? Jahat sangat ke aku ni ataupun pemalas sangat ke aku ni sampai tak ada orang nak? Teruk sangat ke sampai tak ada lelaki yang nak kat aku? Memang aku je ke yang kena make first move? Kena confess dulu ke kat dia? Teruk sangat ke????

Ataupun aku pasrah je tak kawin sampai ke tua? Cumanya aku tak akan ada anak lah. Anak angkat? sebolehnya tidaklah unless kalau terdesak. Itulah, setakat ni je kot aku membebel. Kita tunggu je lah eh jodoh tu datang. Kalau ada adalah.

Bukan pilihan akhirnya menjadi pilihan...

Ada satu masa ketika dulu, aku sikit punya la tak pandang dekat dia ni, dia ni bukanlah pilihan aku, aku dapat pun sebab kawan je yang recommendkan. Sebab desperate lah katakan. Pada mulanya, pilihan aku yang di luar negara tu. Alah, tak mainlah lokal lokal ni. Hehe. Sampailah aku kecewa tak dipilih, then aku beralih arah.

Apakah si dia itu?

Yang aku maksudkan adalah universiti. Pada satu masa ketika dahulu, aku dapat tawaran nak sambung study di UK, tapi disebabkan result aku tak capai requirement yang kerajaan nak kan, so aku tak pilihan, cuma aku sambung study dalam Malaysia ja.

Aku dapat tawaran USM sebenarnya, ini kisah lima tahun lalu ye kawan-kawan. Aku sebenarnya berniat nak tukar universiti. Aku masuk lambat waktu ni, masuk ja semua orang dah pertengahan semester. Atas nasihat pensyarah aku, better aku amik cuti saja since aku dah ketinggalan banyak benda kan. Aku pun amiklah cuti kan. Dalam masa cuti tu aku adalah apply universiti lain jugak. 

Macam-macam benda yang aku lalui di USM ni yang banyak mengajar aku erti kedewasaan dan kematangan. Hehe tu pun sampai sekarang tak matang lagi. Perit jerihnya nak habiskan study tu punya la susah. Aku pulak tak la banyak sangat kawan kan.

Tapi alhamdulillah, aku berjaya jugak habiskan study aku. Dan yang dulunya bukan pilahan, akhirnya menjadi pilihan kembali untuk aku sambung lagi study dalam bidang master pulak.

Itulah kesimpulannya, kita jangan pernah downgrade kan sesuatu tu, last last, yang tu jugak yang kita suka dan sayang ye dook..

Saturday, March 20, 2021

My Love Language Action

Salam dear readers sekalian,

Ada lagi ka orang nak baca blog sis ni? Hehe, tak pe lah kalau tak de pun tapi hari ni sis nak cerita pasal 5 Love Language. Ilmu ni sis dapat masa Wellness Talk yang company sis wajibkan kami untuk attend setiap  minggu, then minggu ni diorang share pasal Love Language



Ada 5 Love Language iaitu 

1. Words of affirmation atau kata-kata positif
Bahasa cinta yang pertama, untuk orang yang lebih suka puji-pujian atau seseorang.

2. Quality time atau waktu yang berkualiti
Bahasa cinta ni lebih kepada seseorang yang suka menghasihkan masa bersama-sama pasangannya. Sebagai contoh, tengok tv sama-sama, makan sama-sama suka luangkan masa bersama lah kiranya.

3. Physical touch atau sentuhan fisik
Bahasa cinta ni lebih kepada orang yang sukakan sentuhan. Contohnya, mungkin pegang tangan masa jalan-jalan.

4. Acts of service atau bantuan yang tulus
Yang ni mungkin untuk orang yang lebih suka buat kerja rumah sama-sama kot.

5. Receiving gifts atau menerima hadiah
Dan last sekali terima dan beri hadiah kepada pasangan.


Pada pendapat aku la kan, semua orang ada bahasa cinta ni, cumanya yang mana satu lebih menyerlah dalam diri kita. Masa sesi talk hari tu, kami disuruh untuk jawab quiz untuk tentukan yang mana satu kita punya Love Language ni.

Jeeng..jeng..jeng...agak agak apa ya aku punya love languange??

Tak yah nak surprise sangat la kan.....so the highest mark yang aku dapat ialah gift...

Nak katanya, mungkin aku ni seorang yang suka terima hadiah la kot mungkin sebab aku ni single lagi, tak dak pasangan lagi..

Tapi kan aku rasa betul lah aku punya love language sebabnya masa sepupu aku buat birthday untuk anak dia, aku pun belikan la hadiah untuk anak depa..ada  orang budak aku beli 4 hadiah semuanya..aku happy gilaaaaaaaa rasa masa tu.. bahagianyaaa...suka tengok depa suka hadiah hadiah yang aku beli tu..budak budak kan....mana la reti judge..

Dan jugak masa birthday aku hari tu, aku dapat hadiah dari Nik Mas, (kawan kerja aku) dia bagi sejambak bunga...cantik gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku suka gilaa...ni lah first time aku dapat sejambak bunga...hihihi.. 

Itu je nak cerita, so kalau ada sapa sapa nak bagi aku hadiah, silalah.....ewah ewah..