Sunday, September 03, 2023

Abang Tesla Kawin Dua

 Assalamualaikum, 

Hi semua, dah lama ye aku tak upload story sini. Entahlah, macam macam yang berlaku dalam hidup.. so busy dan tak sempat kot nak update story. Well, aku ni bukan suka sangat nak bagi ulasan ke apa pasal cerita viral. But kali ni aku rasa nak luahkan pendapat yang aku rasa untuk yang cerita tengah viral sekarang ni. Pasal abang Tesla kawin dua.

Bagi aku, tak salah pun dia nak kawin dia kalau dia mampu berlaku adil kan. Aku tengok wife dia macam reda dan izinkan untuk dia berkahwin lagi. Salute to him dia bukan pasang dua sorok sorok. Cumanya orang kecam dia sebab dia update story solat subuh sebelum berkawin lagi satu. Kalau aku la di tempat wife dia aku pun tak selesa diperlakukan seperti itu. 

Isu poligami ni memang sensitive. Sebagai seorang muslim, aku terima poligami ni. Cumanya in case kalau terjadi pada diri aku nanti aku pun tak pasti aku dapat kuat ke tak. Secara fitrahnya perempuan memang akan rasa dikhianati, dicurangi dan akan rasa down kalau dapat tahu pasangan kita ada orang lain kan. Walaupun luaran nampak tenang dan terima. Orang perempuan ni nak tunjukkan masih kuat dan ok, but deep down into our heart kita akn down, bersedih dan depress. Kecuali kalau orang tu tak sayang pada pasangan lah tu lain cerita. 

Aku tahu bagi lelaki lain pulak. Lelaki boleh suka banyak wanita dalam masa yang sama. Tapi persoalannya adakah mampu berlaku adil? Pada pandangan aku tak akan pernah adil kalau poligami ni melainkan isteri reda. Sebab apa aku kata tak adil? Sebab setiap manusia atau perempuan tu berbeza. Perbeza dari segi kematangan apa yang dia suka, selera dia pun lain lain. Adakah si suami mampu melunaskan tanggungjawab seadilnya dengan melayan kedua dua keranh pada masa yang sama? Tapi orang laki tak pernah nak fikir semua tu tapi cuma lebih memikirkan nafsunya sendiri je.

Aku nak cakap lebih lebihpun aku takut lah. Sebab kalau jadi ke aku pun semestinya aku sedih sangat, walaupun aku benarkan suami aku untuk kahwin lagi satu. Curang ni pilihan. Kalau tak benarkan diri untuk terjun ke lembah itu takkan terjadinya sebegitu. At this moment aku sampai dah takut nak kahwin. Sebab aku rasa nowadays tak ada lelaki yang setia. Bagi aku orang yang tak setia ni dia tak pandai jaga diri. Tak pandai jaga pandangan dan hati. Tak pandai jaga hati pasangan tapi hanya memntingkan kehendak nafsu sendiri sahaja. Cukuplah setakat ni saja pandangan aku. Ni hanya luahan aku je, saja nak taip kat sini sebab lebih tenang 😊