Sunday, November 26, 2023

Nikmat yang dipinjamkan sementara




 Pernah satu ketika dahulu, sis pernah berimpian nak ada dapur cantik. Muka sis tak cantik tak pe janji dapur sis cantik gitu. Setahun sis tunggu, sabar sebab kita kena tunggu proses nak dapatkan rumah tu lama jugak sebab masa tu PKP. Siap kena ulang alik dari Perlis ke Penang lagi. Ada hari kena amik cuti untuk setelkan semua. Sis sabar je. Dalam masa setahun tu kita asyik research pasal dapur je. Belek la dapur idaman setiap hari. Cari dapur macam mana yang kita nak kan, perabot macam mana, pinggan sudu, periuk yada yada semualah. 


Alhamdulillah sis dapat la apa yang sis nak mengikut kesesuaian bajet kita la. Murah murah je semua pakai perabot yang beli di Shopee. Kita mintak tolong Nik Mas pasangkan sebab sis tak pandai lah pasang pasang. Barang sampai kena angkut naik sendiri. Berat ya amat. Rumah sis flat je tingkat 5 xde lift ye. Bayangkan almari tu nak bawak naik atas. Kita mana nak larat. Sis terpaksa ceraikan kayu kayu tu dan angkat sikit sikit. Haha ada ke orang buat gini. Kalau nak mintak tolong orang laki kena bayar pulak. Itulah kenangan. 


Tapi apakan daya, sebulan je sis merasa nikmat dapur cantik sis. Sebabnya sis berhijrah ke negeri lain. Kita tukar tempat keje ye. Itulah nikmat sementara yang Allah pinjamkan. Dapur ni bukan kepunyaan sis sorang je tapi milik orang lain jugak dah sekarang. 


Kita cerita pasal dapur ye, dah jangan tukar topik!😅






Friday, November 24, 2023

Terasing

Salam my dear readers,

How’s your life so far? Aku doakan semuanya baik baik sahaja. Hidup aku pulak di saat ini sangat sangat sunyi. Circle aku sangat small. Aku kini bekerja shift malam. Bila malam hanya ada dua orang je yang bekerja. Malam ni, aku sorang je sebab sorang lagi tu sedang bercuti.

Kadang kadang aku tertanya tanya sampai bila aku nak hidup macam ni. Bila hari cuti aku akan balik kampung dan cuma ada mak aku sorang je. Kakak dengan abang aku duduk jauh. Sebab tu aku sunyi sunyi sangat sangat.

Baru aku tahu hidup sorang ni boleh kena penyakit anxiety. Kadang kadang datang jugak penyakit tu. Tapi aku hadap je lah. Aku rasa macam nak tukar kerja. Kerja yang semua sama bangsa dengan aku. Senang aku nak berborak. Tapi masalahnya gaji la pulak. Gaji sekarang ni dah ok.

Maybe blog ni kot jadi teman setia pendengar aku. Jodoh? Aku dah give up. Sangat sangat give up untuk mencari lagi. Tak pelah hidup je lah single sampai tua pun kan. Perasaan nak kawen tu mestilah ada. Tapi dah trauma. Takut dikecewalan lagi.