Monday, March 20, 2023

Percutian di Pulau Carey

Salam, hari ni aku nak cerita pengalaman bercuti yang agak unik sikit. Unik bagi aku je lah, kalau biasa bagi korang ikutlah. Kali ni kita staycation sambil berprogram sikit dekat sekolah perkampungan orang asli. Aku simpan sini jelah memori untuk tatapan anak cucu nanti, tu pun kalau ada lah. Huhu.

Programnya hari Sabtu, tapi aku nak start cerita dari hari Jumaat tu yang aku jaga booth dekat Mitec untuk pameran Kind Malaysia. Banyak la NGO-NGO lain bukak booth macam macam persatuan dan pertubuhan ada. Kadang kadang aku amaze dengan apa yang persatuan tu perjuangkan. Contohnya macam ngo yang nak protect and preserve harimau. Aku yang manusia biasa ni tak pernah la terfikir nak selamatkan harimau ke apa. Baguslah untuk aku tahu instead of amik pengalaman jaga booth, jumpa orang explain pasal Bekind Malaysia, apa yg Bekind buat and build networking jugak. Kawan aku ada jugak tanya aku ni kerja under Bekind ke? Haa tidak ye! Aku hanyalah sukarelawan saje. Aku masih bekerja macam biasa, tapi aku amik cuti halfday hari Jumaat tu. Tak de bayaran pun bila aku join program tapi yang penting aku happy sebab at least aku dapat give small contribution towards society. Dapat build aku punya portfolio tu bonus la.






Pameran ni habis sampai pukul 5 petang macam tu, lepas je aku kemas barang semua nak keluar dari Mitec tu, hadap jem, berenti solat maghrib sekali isyak. So aku sampai di Pulau Carey tu malam ye. Takut tak takut aku redah je lah. Bila masuk kampung Sg Judah tu, sangat gelap xde lampu jalan, jalan agak sempit la sikit tapi nasib baik xde selisih dgn kereta lain. Aku menginap di Homestay al Cabin, kitorang amik pakej so share la dengan 5 org yg lain. Malam tu sebelum ke homestay, kitorang singgah di SK Sg Judah dulu, tengok tengok apa yang patut dan bergambar wajib lah. Haha.



Program kalini temanya ‘Back to School & Marhaban Ya Ramadhan’. Ada Ecofreemarkat, sukaneka, check gigi, check kesihatan, persembahan dan ada sumbangan makanan. 












Itu je lah cerita kali ni, lepas habis program tu aku tersangatlah barai. Penat ye buat kerja. Apa apa pun yang penting fun! Aku join volunteer ni nak happy happy je xnak stress stress okay.

Kalau korang berminat nak derma untuk Bekind Boleh scan sini. Next program kita akan ke rumah anak yatim kat Pulau Indah masa Ramadhan ni dan banyak lagi program akan datang so sumbangan anda sangatlah diperlukan. Semoga murah rezeki, diberkati dan dipermudahkan urusan aku doakan.






Tuesday, March 14, 2023

14 March 2023

Hari ini, hari aku telah meningkat usia bertambahlah setahun dari tahun lepas. Haha masih 18 tahun ye. Sekian. 

Aku tak mintak banyak la dalam hidup aku ni. Sekarang ni aku nak tenang tenang je. Bersyukur dengan apa yang ada. Sentiasa positif. Kuat dan tabah hadapi segala rintangan yang mendatang. Ujian pasti akan datang tapi macam mana kita handle tu yg penting. Aku tak dapat nak stop or kawal apa yg berlaku. 

But saying that tak bermakna aku give up dengan hidup dan dah tak ada apa aku nak achieve. Masih ada but lebih kepada redha dengan apa yg akan berlaku. Kalau tak dapat aku tak nak la terlalu kecewa. 

Tahun ni agak unik ye dimana dlm team aku kmi punya birthday date rapat rapat so kami buat small birthday celebration semalam dekat ofis. Selalunya aku tak berapa nak sambut pun birthday paling tak pun pegi makan dengan mak aku je. Tapi tahun ni duduk jauh dengan family la pulak. Tak pelah rezeki aku tahun ni macam ni. Apa pun, aku bersyukur. Apa lagi yang perlu aku rungutkan. Terima kasih ya Allah atas kebahagiaan ini. 

Oh ya, di saat aku menulis entry ni, aku baru je lepas interview utk other company. Sedih pula aku rasa kalau aku dapat job tu. Tapi, belum tahu lagi kan.  






Wednesday, March 01, 2023

Ragam Keluarga Kedua

 Hi uolls, 

Hari ni sis rasa nak bergosip sikit la kan, alang alang baru balik dari kerja ni rasa membuak buak nak bercerita. My second family ni aku punya kawan kawan kerja la. My current small team yang pelbagai personality. Aku suka je my team ni sebab bagi aku our team ni colourful. Macam macam ragam ada. Diorang ni fun tapi ada masa annoyed jugak, geram pun ada. Haha. Biasa la attitude manusia kan. Ok let’s start! Tapi aku tak akan guna nama betul diorang semua nama dalam entry kali ni bukan nama sebenar ye.

Sebelum tu meh aku cerita sikit la, kami ni team Worforce Management. Kiranya kerja kitorang ni buat report. Under wfm ni ada real time, scheduling, capacity planner & business analyst. Dekat company lama dulu setiap position tu mmg asing dan ada role tersendiri. Aku penah experience real time & scheduling tapi nak ceritanya company sekarang ni tersangatlah tak organise. Manager aku bi expect yg semua orang tahu buat semua benda. Sebelum aku join sini dlm team ni ada 3 org je dan aku rasa diorang sgt hectic. Masa aku fisrt day lagi aku nmpk diorang ni burn out. Haha tapi now dah ok sikit kot.


Mr. Talib

Aku nak start dgn manager aku la ye. Mr Talib ni berasal dari negara Taj Mahal. Fikir la sendiri dari mana ye. Sudah berkahwin dan dah ada anak dua. Umur maybe 37 atau lebih macam tu. Boss aku ni kadang kadang aku tak faham apa dia cakap sebab dah la cakap laju dengan slang dia. Tapi lama lama boleh tangkap la. Aku rasa dia ni tak berapa organise. Selalu bagi kerja ad hoc task padahal aku pending task yg lain aku tak complete lagi. Aku selalu pening dengan dia ni. Kejap suruh buat tu kejap suruh buat ni. Yg paling aku menyampah sekali dia ni tak nak dengar apa yang aku cuba nak cakap, selalu potong cakap orang so dia je nak cakap tapi boleh pulak kata kalau ada apa nak tanya pegi jumpa dia. Aku simpulkan he’s not a good listener la. Sampaikan aku dah penat berharap nak present apa idea aku, aku tak nak bazirkan emosi aku dah, rasa kecewa bila dia buat mcm tu. Aku just cakap masa dia tanya je. Tapi kadang kadang dia boleh jadi lawak la, time tu aku boleh bergurau la jugak dgn dia. Dia ni kalau aku tanya ada je jawapan dia. Suka bagi nasihat jugak la walaupun melalut dengan analogi dia yang ntah apa apa tu. Penah one day aku balik lewat aku tanya bos aku ni, 

“Boss, can I get married?” And he was like why you ask me?. Aku pun balas how can I find someone to get married if I keep working longer hours. Macam mana la aku nak cari jodoh kalau asyik keje je kan.

Leman

Leman ni berasal dari negara yg produce drama Pangako Sayo. Haa boleh google kalau tak tau. Dia ni sebaya dengan aku birthday dua hari je beza dgn aku tapi dia dah lama experienced dalam wfm ni. Leman ni sangat sangat smart, resourceful dan good presentation skill. Dia sangat confident, kalau cakap mmg laju dan cakap banyak. Dia suka balas email panjang panjang, kalau dalam group whatsapp pun dia taip panjang panjang. Background study dia Education so, dia mmg macam cikgulah. After one year dia kerja sini dia promoted as supervisor. Memang layak lah dia walaupun dia tak nak sangat naik pangkat.


Siti

Siti ni sangat soft spoken. Cakap lembut je. Siti ni supervisor aku. So aku ada tiga supervisor, aku pun pening kadang kadang aku dpt kerja dari Siti, dari Leman dan dari Talib. Tak ke kerja aku bertimbun! Tapi dari Siti la mostly sebab aku direct under dia. Aku handle schedules. Schedules ni aku handle sorang dulu. Tapi sejak aku complain kat Siti, aku cakap aku rasa tak fair sangat. Sebabnya kenapa aku selalu tak boleh balik on time macam orang lain. Kenapa aku kena extend. So Siti pun distribute and suruh aku ajar yang lain untuk back up task aku. Sarah selalu nasihat aku supaya be strong. Aku ni sgt la fragile masa mula mula dulu. Aku pun tak tau la kenapa aku vulnerable sgt senang sgt menangis.

Nur

Nur ni dari negara jiran je, bagaikan tonton Sinetron la kalau bercakap dengan dia ni. So paham paham la dia dari mana ye. Dia sangat rajin dan bagus bekerja, cumanya one thing aku rasa annoyed bila dia jerit. Maybe kalau dia geram dia suka jerit kot. Tapi bagi aku bingit la. Dia sebaya dengan aku jugak and dah bertunang. Nak kawen tahun ni katanya. 

Dahlia

Dahlia ni comel dan periang sangat sangat. Sama negara dengan Nur. Dia ni suka pakaikan lipstik dekat aku tanpa beritahu aku dia nak buat mcm tu. Ntahlah maybe aku selekeh sangat pegi ofis muka pun selebeh je. Haha. Dia penah nasihat aku apa kata aku change aku punya style. Aku selalu pakai tshirt je pgi ofis tudung bawal je. Tak berapa nak bergaya mana. 

Aman

Aman ni yang paling aku suka personaliti dia. Dia sama negara dengan Talib. Dia sangatlah smart. Kau bagilah topik apa pun kat dia dia boleh cakap scientifically. Banyak info. Dia dah ada master. Dah berkahwin, umur 33 tahun. Dia cakap wife dia lagi pandai dari dia. Kecik molek je orangnya. Always polite and soft spoken. Tapi kalau dia pressured, kita boleh nampak yang dia ni tak berapa nak sabar. Kalau aku jadi dia pun aku stress sangat sangat. Sebab manager and supervisor semua campak kerja kat dia. Dia handle banyak benda jugak la.

Aku rasa cukup dulu kot aku tulis ni penat dah nak menaip. Nanti la aku sambung lagi ada beberapa orang lagi Mamat, Abu, Rahim, Lutfi.