Sunday, January 28, 2024

Sekolah Buang Masa

Baru baru ni tular cerita berkenaan influencer yang cakap sekolah tu buang masa. Buang masa bagi dia. Mungkin dia boleh survive dengan tak bersekolah dan pandai cari duit sendiri sebab tu dia boleh cakap macam tu. Sis panas betul kalau orang cakap education ni tak penting, buang masa dan buang duit. 

Panas sebab sis sangat mementingkan pendidikan ye. Dari kecik sis sejenis yang suka belajar. Bukan sejenis yang suka melawa. Tak cantik tak pe tapi biarlah pandai. Salah ke nak jadi cerdik dan pandai belajar? Sis dulu kecik kecik gemuk, selalu orang ejek dan tak pandang. Jadinya dengan belajar je sis akan rasa diri sis dihargai. At least rasa jugak ada masa depan. 

Influencer tu maybe bagi dia ok je tak sekolah tinggi. Tapi dia akan pengaruhkan budak budak untuk malas belajar. Bahaya kalau dari kecik dah malas belajar. Generasi akan datang akan lagi malas nak belajar. Pengalaman sis masa kerja fnb dulu ada je budak yang tak reti membaca. Susah nak ajar budak macam ni. Kalau susah nak ajar jadinya susah la dia buat kerja nanti. 

Belajar ni susah. Belajar di sekolah dulu rasa susah. Belajar di universiti laaagi susah. Tapi itu namanya cabaran. Cabaran kehidupan. Bukan belajar teori je tapi belajar jugak macam mana nak survive. Tempat pembangunan sahsiah. Belajar adab. Rasanya berbeza dengan orang educated dengan tidak educated. Bukan sis nak rendahkan orang yang tak dapat peluang sambung belajar ke apa, tapi berdasarkan pengalaman, orang yang tak belajar tinggi ni circle dia selalunya bercakap kasar dan tak ada adab. Tak kisahlah laki ke perempuan. Perempuan pun ada yang jenis cakap kasar dan suka mencarut. Pada pandangan sis, belajar ni seumur hidup. Dari kecik sampailah sebelum mati. Jadinya belajarlah untuk tidak berhenti belajar.





Wednesday, January 03, 2024

Bersyukur Sebab Gemuk

 Salam sayang semuaaa..

At this moment aku rasa aku bersyukur penampilan aku kategori berisi dan gemuk pada pandangan masyarakat. Bersyukur walaupun gemuk tapi sihat. Alhamdulillah. Cumanya sakit aku hanya satu iaitu obesiti. 

Pada pandangan masyarakat orang gemuk ni pemalas ya. Sebenarnya betul dan juga tak betul. Betul sebab ya orang gemuk yang malas nak exercise dan jaga makan memang akan tetap terus gemuk. Tapi tak semua sebenarnya. Dan sebenarnya orang tak tahu yang orang gemuk ni ada habit yang kadang tu dia pun susah nak kawal. Penyakit binge eating atau penyakit pantang tengok. Kadang kalau orang offer makanan pun takkan kita tak nak jamah? Kalau mak masak takkan kita tak makan? Mesti terasa mak hati mak kita.

Pasal exercise pulak, kalau orang gemuk tu kena ejek dari kecik, trauma tu akan kekal sampai ke besar sebenarnya. Cabaran orang gemuk, memang sentiasa nampak jelik pada pandangan masyarakat. Nak cari jodoh pun susah. Jodoh pun lari. Masa aku join website cari jodoh hari tu kebanyakan lelaki akan tulis BMI normal sebagai kriteria untuk dia jadikan isteri. Aku faham mesti la dia nak orang kurus kan. Terasa sikit di situ. Antara orang gemuk dan orang kurus semestinya orang kurus akan dipilih. Budi yang baik dan agama tak penting sebenarnya di mata lelaki asalkan cantik. Ni betul sebab aku pernah lelaki cakap macam ni. Sebabnya dia fikir dia boleh didik perempuan tu. Kalau tak pakai tudung tak apa nanti lepas kawin boleh berubah. Kalau jahat pun tak apa boleh dididik. Ni aku dengar sendiri ya.

Aku jugak bersyukur di saat ini aku masih belum berkahwin. Aku boleh fokus bina kerjaya, aku boleh habiskan pengajian aku, aku boleh buat apa yang aku suka, aku boleh spend time masa dengan mak aku. Cumanya aku tak ada keluarga sendiri tak ada anak. Kalau itulah takdir hiduplah bujang sampai ke tua ye dok. Bahagia je hidup macam ni. Cuma tulah sunyi gila. Hidup sorang sorang sangat sunyi. Rasa hampir gila pun ada.