Tuesday, January 31, 2023

You get what you give.

Salam readers,

Aku terdetik nak tulis pengalaman aku minggu lepas. Masa CNY aku tak cuti macam orang lain sebab company aku memang mcm ni, tak cuti masa public holiday. One of the reason aku nak cari company lain sebab ni tapi bukanlah sebab yang utama. Aku masih boleh bekerja masa public cumanya feeling tu mcm sedih la kan. Orang lain boleh cuti kau je kena kerja. Gitu.

Macam biasa, aku pergi kerja naik ktm kan. Kebetulan aku rajin pulak nak tegur ada adik duduk sebelah aku ni aku pun tanyalah dia nak tak aku tumpangkan dia balik. Aku sebenarnya takut nak pergi parking hahha padahal setiap hari aku jalan sorang kot. Well car park ktm ni memang sangat gelap gelita ye. Aku tak tau la bila diorang nak letak lampu sebabnya kadang aku parking situ awal pagi gelap lagi, balik pun lewat malam gelap. So far memang xde apa apa yg bahaya lagi alhamdulillah. 

Kembali pada adik ni tadi, dia okay je nak aku tumpangkan. Aku pun happylah at least ada kawan kan and sembang sembang la sket. Cuma at last dia ckp nnt mak dia yang amik dia. Haha aku pun okay lah. Jalan la sorang ke car park. 

Ceritanya keesokan harinya, sedang aku berjalan pulang ke car park masatu tgh hujan. Ada satu kereta berhenti dan tanya aku nak tumpang tak. Maybe dia nampak aku tgh jalan kan dia igt aku jalan kaki je. Aku pun cakaplah eh tak pe nak jalan pgi kereta je ni. Aku pun ucaplah thank you kan. 

Aku rasa amaze sbb ni lah first time org tanya nak tunpang ke tak. Aku fikir positive je dia org baik kan. Bila aku fikir kenapa eh, maybe sbb semalam aku offer adik tu untuk tumpang kot so maknanya kalau kita buat baik kat orang, orang pun buat baik kat kita. 

Saturday, January 28, 2023

Datang kembali

 Assalamualaikum..

Mood aku baik nak menulis hari ni, btw aku balik Perlis hari Jumaat malam this week (hari ni hari Ahad disaat aku tulis post ni). Well sejak aku kerja kat KL kan, aku selalu bangun awal pagi, so dah tak tdo lepas subuh dah. Hari ni aku keluar pegi jogging. Jogging kat mana tu? Mesti lah tempat favourite aku Taman Sakura!! Huhu dah lama ye aku tak datang sini. Rindunya datang sini jadilah sehari kita jalan jalan lepaskan rindu di sini kan. Bestnya boleh hadap kehijauan ciptaan Tuhan. Sebab setiap hari aku hadap bangunan je. 

Well macam biasa sini tak ramai sangat orang datang jogging. Tapi tadi aku jumpa sepasang pasangan yang sudah berumur, mak cik dan pak cik tu berjogging. Rasa macam bestnya kalau aku dapat jogging dengan partner kan. Relationship goal gituuu. Haaa berangan je lah mampu sekarang ni. Semoga aku dapat jumpa jodoh yang baik tahun ni doakan ye. Tapi kalau tak, aku bersangka baiklah maybe Allah dah takdirkan yang terbaik untuk aku teruskan hidup bujang lah. Apa pun aku enjoy hidup aku now!



Friday, January 27, 2023

Rumah Bujang Sampai Tua

Hi readers!

Just nak cerita semalam aku cuti so aku bosan tak tau nak buat apa, aku pegi tengok showroom Astrum Ampang dekat Phileo Damansara untuk rumah studio. Nice sangat and harga pun agak okay.. okay la kan sesuai dengan facilities and saiz rumah tu. Aku rasa tertarik nak beli. Lokasi okay sebab dekat dengan LRT, senang aku nak pegi kerja nanti. Yang bestnya ada smart home and keyless entry, so nak bukak pintu just pakai finger print or password je lah. Cumanyaaa, kalau aku jadi beli rumah ni kalau aku single and duduk sini smpai tua ok lah kan. Aku just fikir mcm mna kalau aku pindah kerja tempat lain pindah negeri lain ke. Macam mana kalau aku kawin nanti dan dah ada anak. Maybe aku boleh sewakan, tapi utk nak urus rumah tu lah satu hal kan. Aku fikir jauh sangat ke? Of course la kan kena fikir sbb bukan seringgit dua.






Thursday, January 05, 2023

Mudahnya Jual kereta dengan Carsome

 Hi all,


Hari ni aku nak cerita sikit pengalaman aku jual kereta aku yang aku sangat sayang. Aku ada sebab sendiri kenapa aku jual kereta aku. Mungkin pada pandangan orang aku nak pakai kereta baru, ya betul aku beli another car but disebalik itu ada sebab lain. Sapa yang kenal aku mesti tahu kenapa aku sayang sgt kereta aku yang dulu. Kereta Iriz 1.6 Premium yang aku beli masa aku masih student. Of course lah semua orang sayang kereta sendiri kan tapi semua orang ada kisah yang berbeza.


Ni first time aku jual kereta dan tak sangka aku proses jual kereta ni mudah sebenarnya. Tapi yang bongoknya aku tinggal geran kereta dengan kunci kereta aku kat Perlis. Huhuhu. Tapi okaylah aku just kena pegi print balik kat JPJ je, then semua proses lain Carsome yang tolong urus. Carsome memang awesome lah.


Pada mulanya aku decide nak jual kereta aku ni pada kenalan rapat saja, so aku tahulah siapa yg akan pakai kereta aku nanti dan aku boleh letak harga sendirikan. Cumanya aku tak tahu process mcm mna nak tukar walaupun senang je sebenarnya. So sebab aku tak pandai nak urus aku fikir baik aku jual je lah dengan Carsome kan. Sangat mudah semua diorang uruskan. Mula mula skali aku book appointment untuk inspection kereta. Aku pilih Carsome Sentul, mastu tu aku igt situ paling dekat dah padahal ada lagi dekat sebenarnya dgn rumah aku. Aku duduk di Batu Caves. Hihi tu lah sapa suruh tak research awal awal kan. 


Oh ya, sehari sebelum hari inspection dengan Carsome, aku pegi survey kereta di myTukar, just test drive lah kan. Aku tengok satu kereta je terus berkenan nak beli. But aku cerita lah aku kena jual kereta aku yg Iriz ni dulu kan. Then salesman ni ckp dgn myTukar pun boleh jual jugak. Dia pun book la appointment utk inspection kan. Aku pegi ke mytukar Selayang, aku tak tau pulak sebelah tu ada Carsome. Huhuhu. Tapi aku tak jual kereta aku dgn mytukar sebab lambat sgt update price. Actually diorang update aku yg mytukar tak nak beli kereta aku sebab ada moderate accident. Sangat mengecewakan ye di situ sebabnya at least bagi la tahu value atau report inspection. Aku rasa kereta aku ada minor accident je semua ok. Maybe aku je kot rasa ok tapi diorang cek tak ok. Tak pe lah at least aku ada pilihan lain. 


Carsome pun offer harga rendah jugak, tapi next choice adalah diorang masukkan kereta aku utk bidding, utk bidding aku letak harga tak lah terlalu tinggi sangat dari yg dia offer tu. Alhamdulillah ada jugak org nak beli kereta aku tu. Then aku ada masa tiga hari je nak submit kereta. Lepas hantar kereta terus dapat payment. Memang laju sangat diorang buat kerja. Then ceritanya aku pun beli kereta dengan myTukar lepas tu sebab aku dah memang berkenan sangat dengan kereta yg aku test drive tu. Tapi menyesal pulak aku tak beli dengan Carsome sebab service diorang sangat the best. Proses beli kereta dgn mytukar okay jugak, bagus jugak. Cumanya aku sedikit kecewa diorang ckp kereta aku xde value. Tu je. Tu lah pengalaman aku jual kereta.