Sunday, February 26, 2023

Ceramah Asim Khan

Salam readers! Weekend kali ni aku attend talk by Asim Khan dekat sebuah masjid di Bangsar. Program ni anjuran Faith Events dan tajuk talk ni The Path of Patience. Sorry la aku punya penulisan ni bercampur campur language sebab aku santai santai je tulis. Bukan exam bahasa pun kan. Haha.

Disebabkan aku malas nak menulis point satu satu, so aku attach pic je lh yg aku amik dari Insta penganjur.

Meh kita explain sikit la kan apa takeaways from this talk.

Sabar ni bukan sekadar sabar, tapi more to disiplin, dan sedia untuk mempraktiskan kesabaran itu. Ada 3 jenis sabar yg Asim Khan highlightkan

1. Sabar dengan takdir
Yg ni kita bersabar dengan apa yang berlaku yg telah Allah tetapkan, baik dan buruk yang berlaku dalam hidup kita. Meaning yang kita tak boleh ubahlah. Contohnya jugak pasal rupa paras, ujian kematian dan lain lain.

2. Sabar dengan tanggungjawab
Sabar dengan tanggungjawab ni dia bagi contoh everyday kita bangun pagi kena solat subuh. Ataupun kita buat dakwah ke. Untuk lakukan tanggungjawab kita kena disiplin dan istiqomah. 

3. Sabar dalam melawan syaitan
Sabar ni bila kita diuji dalam perkara yang melanggar syara’ kita sabar tak untuk lawan untuk tinggalkan perkara tu. Contoh yang dia bagi dalam relationship yg belum halal, adakah kita sabar untuk tak melakukan yg haram contohnya pegang tangan atau benda yg tak sepatutnya. Minum arak ke kan.

Talk ni bukan sekadar talk la dia byk interactive dgn audience jugak. Dia bagi soalan pastu kita kena fikir jawapan and adalah org yg jawab contohnya dia bagi situasi dan kita kena fikir apa patut kita advise kat org tu

Situasi 1
Ada seorang budak main kapal terbang kertas dan termasuk pada mata sorang ni dan dia pun sakit dan marah macam tu la lbh kurang. Apa patut kita advise 

Situasi 2
Untuk orang yg keguguran kali ke 7

Situasi 3 
Untuk org yang tak nak kawin

Bila kita cakap pasal sabar ni, mesti tak lari dari ujian kan. Asim Khan ada bagi contoh nabi Ibrahim yg diuji dengan anaknya. Nabi muhammad yg sentiasa senyum walaupun telah diuji kehilangan ahli keluarganya. Sesungguhnya Allah uji sebab Allah sayang. Banyak lagi kata kata ‘pujukan’ bagi aku sebab aku pun diuji. Aku diuji dengan kena scam bagi sejumlah wang yang sangat besar. Sesungguhnya aku diuji dengan benda yang aku sayang. Aku penah titipkan di sini tapi aku tak cerita pun apa ujian tu. Dan tak aku tak bagitau orang pun, yang tahu cuma mak aku dengan kawan rapat aku je. Aku selalu pernah di sebalik kesusahan dan kesempitan tu pasti ada pelangi yang akan muncul selepas hujan. Gitulah ibaratnya. Now aku dah move on dah. Tapi masa dulu rasa sakit sangat sangat. 
 








Tuesday, February 14, 2023

Sekuntum Bunga Mawar Merah

Hi, hari ni aku nak share yang aku dapat bunga ros! Huhu. Aku tau yang sambut Valentine’s day ni tak boleh.. tapi aku tak sambut pun dah orang bagi kan so kita amik lah. Btw yang bagi bunga ni colleague aku je pun. 

Dia bagi kat semua perempuan yg dia kenal aku rasa.. Ntahlah sebab bukan aku sorang je lah yang dapat dari dia kan. So dia bukan boyfriend aku pun, dia ni orang Philipines yer. Diorang memang sambut Velentine’s day pun. Tadi kat office siap buat party lagi. 

Company aku ni majoritynya foreigners so tak pelik la kalau diorang smbt perayaan yg pelik pelik mcm halloween semua tu. Au tgk je lah tak join pun. Tapi apa apa pun aku happy ler dapat gift bunga pulak tu sape tak happy kan, ni first time kot dapat bunga ros. Sebelum ni penah je la kawan aku bagi bunga tapi bukan bunga ros dan yg bgi tu kawan perempuan la.



Sunday, February 12, 2023

Tiga Dara Bertemu di Cyberjaya



Dear readers,

Wah tajuk! Vogue gitu. Sebenarnya nak throwback cerita masa Thaipusam hari tu. Sepupu aku dah warning awal awal masa Thaipusam better jangan duduk Batu Caves sbb mesti jem gila. So, aku decide untuk pegi staycation di Cyberjaya. Kenapa Cyberjaya eh? Sebabnya next day tu aku ada appointment dekat area situ nak review showroom rumah lagi. Huhu. Aku just stay dekat budget hotel je lah. Kebetulan, hotel tu dekat dgn mall, D’Pulze Mall, dan yang bernasib baik lagi situ ada Celebrity Fitness so aku pun pegi la gym situ malam tu. 

After workout, bila masuk kat locker area aku pun excited la nak sembang sembang dengan sorang akak ni. Aku memang mcm tu, suka tegur orang kalau rasa nak sembang. Akak tu pulak peramah jugak byk bercerita. Aku namakan dia Kak A lah. Dan tetiba masuk lagi sorang Kak S situ. So bermulalah kitorang bersembang sampailah gym tutup, then cerita tak habis lagi kitorang sambung lepak mamak. Haha. Best bercerita kisah masing masing sampai tak nak balik kot. Btw, Kak A duduk di Subang and Kak S duduk di Putrajaya. Ni semua bermula daripada satu soalan aku yang menyebabkan masing masing nak bukak cerita. Wakakaka. Padahal baru je kenal kan. Then, Kak A ni ajak aku dan Kak S pegi wedding adik dia. Aku ni kalau orang ajak excited la nk pgi kan.

Nak jadikan cerita, malam tu mata aku bengkak, aku rasa sebab aku main kucing. Aku allergik kucing rupanya sbb ni dah kali ke tiga aku kena macam ni. Aku confident je main kucing sbb penah bela kucing kan. Masa malam tu aku igt nnt ok lah so aku tdo mcm biasa. Pukul 5 pagi aku rasa sakit tak selesa pastu rasa habis lah mcm mna nak jumpa orang mata macam org cacat ni. Huduh gila aku masatu. So tak leh jadi ni aku kena pegi klinik jugak. Dalam pkul 6 macam tu aku pgi klinik. Dengan harapan cepatlah lega kan. Pagi tu aku redah je lah pegi Taman Tasik Cyberjaya pegi jogging situ. Malunya lahai tapi aku lantakkan sajalah. Bukan kenal pun. Cyberjaya ni best rupanya eh dia macam sunyi sikit tak crowded mcm KL. Kalaulah aku kerja situ kan best. Btw company aku masa aku dpt offer letter tu tulis di Cyberjaya tapi aku kena duduk office client pulak so sbb tu bkn kerja sana. 

Sampai situ sajalah cerita pasal staycation aku di Cyberjaya. Kita sambung pulak cerita Kak A ajak gi kenduri tu. Semalam kenduri tu. So aku pun pegilah dengan Kak S kan. Kak S datang lambat sikit so aku pun tggu lah kat luar dewan kan. Aku masatu malu jugaklah, sbb tak kenal sape sape. Untuk make sure aku sampai ke wedding yang betul aku tanyalah sorang mak cik ni yang tgh tggu husband dia pegi amik kereta, “betul ke ni kenduri A***?” Pastu mak cik tu reply “Ye betul lah ni kenduri Dato *****” aku pun alamak Kak A ni anak somebody rupanya. Patutlah tetamu dia pun pakai baju vogue. Aku pakai baju kurung biasa je and pakai sneakers plak tu. Selekeh gila dah la baju warna merah kasut plak warna biru. Wakakakka. Ah tak pelah aku datang nak makn je kan. Sementara menunggu, tetiba aku ternampak sosok yg terkenal YB Dato Seri Wan Azizah. Aku macam mak ai betul ke ni. Rasa speechless kejap. Ada ke PM datang sekali. Tapi tak de, aku sempat record sikit je tapi laju sgt 

Disebabkan aku kena tunggu Kak S ni lama jugak lah, aku pun borak la jap dengan sorang Datin ni. Siap amik no fon skali. Haha. Humble sangat dia. Aku tak expect pun wedding ni level have have macam ni. Aku ingat biasa je. Kak A tu humble sangat sangat. Best la kawan dgn dia. Rezeki jugaklah dapat experience macam ni huhu. 


Friday, February 03, 2023

Terasa Bermakna Hidup

 Assalamualaikum readers!


Aku excited nak cerita yang akhirnya aku rasa aku dah jumpa aktiviti yang sesuai untuk aku spend time moving forward. Haha. Selama aku pindah kerja kl ni hidup aku memang bosanlah. Lebih lebih lagi masa weekend. Pishang gila hidup. Then one day aku search dekat Facebook group volunteer malaysia and aku join group tu. So, banyaklah aktiviti yang diorang post aku pun decide untuk join volunteer untuk bagi makanan dekat golongan gelandangan. Hari Rabu hari tu (1st Feb) aku join program ni lepas kerja. Aku kerja kat KL Sentral and aku drive pegi Klang. Aku tak tau yang Klang tu jauh gila dari office aku. Hahaha. Aku redah je la. Best dapat jumpa kawan baru. Pengalaman baru. At least aku rasa meaningful hidup. Hopefully aku dapat istiqomahlah. Next program dah ada and every weekend aku dah ada program utk attend so dah tak boring lah hidup aku. Daripada aku buang masa benda tak berfaedahkan. Kikiki.