Tuesday, May 07, 2024

Cerita Setia dan Terima Seadanya.

Semalam aku attend wedding sepupu aku. Sepupu aku ni lelaki ye. Aku sebak pulak masatu tengok diorang bersanding. Sebak sebab pasangan hidupnya sakit lumpuh dan tidak boleh berjalan. Aku terfikir ada je orang lelaki yang boleh terima perempuan dalam kekurangan untuk jadi pasangan hidup. Kenapa ye tak ada pun orang boleh terima aku?

Itu baru satu kisah, ada juga sepupu aku yang lain, sepupu aku ni perempuan. Sakit buah pinggang. Dan ditakdirkan suami dia sanggup mendermakan buah pinggangnya pada sepupu aku ni. Itulah pengorbanan demi sebuah cinta ya.

Kisah abang aku pulak, abang aku ni berkahwin dengan orang jauh. Dia berkawan dengan kakak ipar aku ni sejak zaman study lagi. Abang aku sanggup drive dari perlis ke kl, sebab kakak ipar aku datang semenanjung untuk baiki hubungan diorang ye, sebab masatu tengah bergaduh. Penat? Tak ada duit? Demi sebuah cinta, apalah sangat semua itu. Pengorbanan seorang lelaki aku kira mungkin. Benarlah kata kata “If he wants you, then we would”. Abang aku berkahwin dalam keadaan tiada harta juga tapi kakak ipar aku tetap setia dengan abang aku. Terima seadanya.

Itu baru secebis kisah kisah setia dan terima seadanya. Aku pulak? Aku rasa tak pernah ada lelaki yang sanggup berkorban demi aku. Asyik aku je yang mulakan duku. Aku dah penat la. Penat sangat. Aku tahu aku tak patut samakan dengan kisah sesiapa.

Friday, May 03, 2024

ADHD (Self diagnose)

 Salam Semua,

Rasanya dah lama aku nak cerita pasal ni, aku rasa aku ada simptom simptom ADHD.

Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku rasa aku selalu lupa la. Aku pernah lupa macam macam. Henfon, kunci kereta, dompet. Semua pernah hilang tapi akan jumpa semula la. Paling teruk aku lupa kereta aku kat mana! 

Tanda ADHD

  • -Cuai dalam melakukan tugasan sekolah
  • -Mempunyai masalah dalam menyusun aktiviti harian
  • -Selalu kehilangan barang di rumah mahupun di sekolah
  • -Menghadapi masalah menyiapkan tugas yang diberi
  • -Tidak mendengar cakap orang lain
  • -Tidak mengikut arahan yang diberi
  • -Mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti yang memerlukan daya fikir dan tumpuan
  • -Senang hilang tumpuan
  • -Selalu lupa

Second thing, aku suka buat benda yang berulang ulang. Aku suka makan tempat yang sama, order makanan yang sama. Aku juga suka orang yang sama. Hmmm.

Next, aku susah nak organise. Aku rasa semua benda berselerak. Otak aku serabut.

Aku jugak selalu potong cakap orang aku rasa. Kawan lelaki aku pernah cakap yang aku ni bukan pendengar yang baik. Terasa jugak pasal tu. Aku ni banyak tanya soalan. Mungkin orang rimas. Padahal aku tanya sebab curious je. Salah ke?

Tu je lah kot. Aku takut nak kawen dan takut nak ada anak jugak. Aku takut aku lupa anak aku tertinggal dalam kereta. Banyak je kes macam tu berlaku. Macam mana ye? Aku rasa aku kena jumpa psikatri kot pasal ni. 


Wednesday, April 10, 2024

Ayah Cinta Pertama

 Selamat Hari Raya dear,

Tahun ni aku beraya di Selangor, kampung mak aku.. jauh dari Perlis.. kalau kat Perlis kami akan ziarah kubur ayah aku. Tetiba rindu dekat ayah aku.

Aku teringat nak tulis pasal ni selepas ternampak satu posting di Facebook, katanya Ayah adalah cinta pertama bagi anak perempuan.

Aku terasa dengan ayat tu sebenarnya. Aku faham bagi orang yang ada ayah ayat tu betul tiada salahnya, tapi tidak bagi aku. Aku kehilangan cinta pertama dah lama, bahkan tiada memori. Aku tak ingat apa apa pun.

Aku membesar tanpa ayah. Ayah aku meninggal sejak umur aku setahun. To be honest, aku cemburu dengan orang yang ada ayah ni. Tambah tambah yg boleh bermanja dengan ayahnya. 

Aku reda tak tak boleh mengubah takdir pun. Tapi aku rindu ayah aku, kadang tu aku tertanya tanya bila la aku boleh meninggal so aku boleh jumpa ayah aku. Apa yang aku boleh buat hanyalah berdoa je la. Semoga ayah aku ditempatkan dalam kalangan yang soleh.