Monday, April 05, 2010

Peristiwa Selepas Exam

Exam dah habis.

Sedang menunggu result.

Oh, result.

Baru dapat Pendidikan Islam je. Aku selalu bersyukur dengan apa sahaja result yang aku dapat. Markah aku kali ini meningkat! A+.Alhamdulillah. Semua orang dapat A. Aku tahu, semua orang kata senang.

Aku tak dapat 100%, tapi aku cool je. Tapi orang lain, walaupun sudah mendapat 99% sudah tidak berpuas hati. Dia tak fikir ke, macam mana perasaan orang yang dapat markah rendah daripada dia?

Ya, saya sudah tahu. Orang yang cemerlang sentiasa mahukan yang the best. Bukan macam aku, yang hanya berpuas hati dengan apa yang aku dapat dan mengharapkan peningkatan. Aku bukan nak perli sesiapa dan aku tak cakap aku bagus.

Selalunya, bila orang lain tanya, "markah ampa berapa?"

"Alah, sikit je. 97% je."

Ok, bagi dia, sangat sikit dia dapat markah itu. Jadi, kalau banyak itu sikit, maknanya orang yang markah rendah daripada dia, dia akan rasa lebih sikit.

Bila orang kata, "Ampa terer la". Dia akan cakap "Ish, kami tak pandai pun". Dia mendapat markah paling tinggi. Tapi dia kata dia tidak pandai sangat. Memanglah, kalau dia kata dia pandai, orang akan anggap dia sombong pulak.


Aku tidak pernah mencemburui orang yang mendapat markah banyak-banyak ni, malah aku gembira markah mereka elok. Mereka jarang atau tak pernah dapat markah yang biasa atau rendah sebab itu, mereka tak pernah merasai bagaimana perasaan dapat markah rendah ini.

Wahai orang orang yang bijaksana, bersyukurlah dengan apa yang kamu perolehi.

No comments:

Post a Comment