Tuesday, February 20, 2018

Sekeping Kad Membawa Sejuta Makna

Assalamualaikum,

Sekeping kad. 
Mana kita tahu, kadang kadang kad yang kita rasa tiada makna, boleh mengubah persepsi kita selamanya.

Huh. Mesti tertanya tanya kan, kad apa? Kad kahwin ke, kad bank ke, kad pengenalan ke. 

Sebenarnya aku nak cerita, semasa aku bersiar-siar dengan housemate aku ni kisah masa aku belajar di INTEC dulu, empat tahun yang lalu, Nadirah, aku tercicirkan aku punya dompet!!!!!!!!! Tahu tak dompet!!!!!!!! Dompet kot!!!!!!!!! Aku tak kisah sangat pasal duit sebab bukan ada duit pun dalam tu..hhihihi.. yang paling aku kisah adalah kad kad kad kad dalam tu...haa nampak tak banyak kad? segala mak nenek kad tu kalau nak buat balik susah jugak la...

Aku tercicir dekat Muzium Negara, Kuala Lumpur...Kat kuala lumpur ni dalam fikiran aku kalau kau dah jatuhkan barang mesti tak jumpa balik..dan aku baru perasan lepas dua tiga jam baru perasan dompet aku jatuh...masa tu dekat popular nak beli buku, bila nak bayar..oopssss dompet aku tak deeeee..habis cuak dah aku masa tu..dah la bateri fon pun mati....pastu tak pe kitorang balik je akasia macam biasa...

Bila malam tu, aku dapat banyak miss call dan satu mesej..

Jeng..jeng..jengg mesej apakah itu?

Sebenarnya ada orang jumpa dompet aku dan nak pulangkan balik!!! Baru aku ingat yang dekat dalam dompet aku tu ada satu CARD MEMBERSHIP yang aku ada tulis no telefon..haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa baru tau pun yang kad tu penting! Alhamdulillah aku dapat balik dompet aku tu...so, kepada semua yang baca ni, better korang simpan no handphone dalam dompet, kalau ada orang jumpa boleh tolong carikan

No comments:

Post a Comment