Sunday, February 26, 2023

Ceramah Asim Khan

Salam readers! Weekend kali ni aku attend talk by Asim Khan dekat sebuah masjid di Bangsar. Program ni anjuran Faith Events dan tajuk talk ni The Path of Patience. Sorry la aku punya penulisan ni bercampur campur language sebab aku santai santai je tulis. Bukan exam bahasa pun kan. Haha.

Disebabkan aku malas nak menulis point satu satu, so aku attach pic je lh yg aku amik dari Insta penganjur.

Meh kita explain sikit la kan apa takeaways from this talk.

Sabar ni bukan sekadar sabar, tapi more to disiplin, dan sedia untuk mempraktiskan kesabaran itu. Ada 3 jenis sabar yg Asim Khan highlightkan

1. Sabar dengan takdir
Yg ni kita bersabar dengan apa yang berlaku yg telah Allah tetapkan, baik dan buruk yang berlaku dalam hidup kita. Meaning yang kita tak boleh ubahlah. Contohnya jugak pasal rupa paras, ujian kematian dan lain lain.

2. Sabar dengan tanggungjawab
Sabar dengan tanggungjawab ni dia bagi contoh everyday kita bangun pagi kena solat subuh. Ataupun kita buat dakwah ke. Untuk lakukan tanggungjawab kita kena disiplin dan istiqomah. 

3. Sabar dalam melawan syaitan
Sabar ni bila kita diuji dalam perkara yang melanggar syara’ kita sabar tak untuk lawan untuk tinggalkan perkara tu. Contoh yang dia bagi dalam relationship yg belum halal, adakah kita sabar untuk tak melakukan yg haram contohnya pegang tangan atau benda yg tak sepatutnya. Minum arak ke kan.

Talk ni bukan sekadar talk la dia byk interactive dgn audience jugak. Dia bagi soalan pastu kita kena fikir jawapan and adalah org yg jawab contohnya dia bagi situasi dan kita kena fikir apa patut kita advise kat org tu

Situasi 1
Ada seorang budak main kapal terbang kertas dan termasuk pada mata sorang ni dan dia pun sakit dan marah macam tu la lbh kurang. Apa patut kita advise 

Situasi 2
Untuk orang yg keguguran kali ke 7

Situasi 3 
Untuk org yang tak nak kawin

Bila kita cakap pasal sabar ni, mesti tak lari dari ujian kan. Asim Khan ada bagi contoh nabi Ibrahim yg diuji dengan anaknya. Nabi muhammad yg sentiasa senyum walaupun telah diuji kehilangan ahli keluarganya. Sesungguhnya Allah uji sebab Allah sayang. Banyak lagi kata kata ‘pujukan’ bagi aku sebab aku pun diuji. Aku diuji dengan kena scam bagi sejumlah wang yang sangat besar. Sesungguhnya aku diuji dengan benda yang aku sayang. Aku penah titipkan di sini tapi aku tak cerita pun apa ujian tu. Dan tak aku tak bagitau orang pun, yang tahu cuma mak aku dengan kawan rapat aku je. Aku selalu pernah di sebalik kesusahan dan kesempitan tu pasti ada pelangi yang akan muncul selepas hujan. Gitulah ibaratnya. Now aku dah move on dah. Tapi masa dulu rasa sakit sangat sangat. 
 








No comments:

Post a Comment