Thursday, December 28, 2023

Kehidupan di Perlis

Hari tu sis ada ternampak satu posting dekat ni, orang suka nak beli rumah dekat Perlis sebab tenang. Tenang sangat memang tenang. Tapi anda tahu tak Perlis ni negeri yang terpanas di Malaysia. Cuaca dia masyaAllah panas. Kalau orang yang tak sabar tu memang baran dia tinggi sis rasa sebab cuaca kot.


Yang paling best sis rasa Perlis ni kecik je so mana mana kita nak pergi memang dekat. Xde jem, xde toll. Semua jenis rilek rilek je. Sis ni sejenis suka dekat dekat je. Sejenis suka sampai 5 minit je sejenis bersiap cepat jugak. So sebab tu lah sis xsuka make up. Kalau kat Perlis tak bersiap sis rasa biasa je semua orang lebih kurang macam tu. Tak rasa insecure pun. Tapi bila datang KL, rasa hodoh terus. Nampak semua gegadik cantik dan pandai bergaya.


Makanan kat Perlis bagi sis agak murah dan porsinya sangat banyak melimpah. Sebab tu lah orang Perlis sedap sedap badannya. Makanan pun sedap ikut tekak sis lah. Paling favourite sis cendol. Kat Penang pun cendol sedap. Kat Selangor ni, alah alah lemahnya. Mahal saja..cendol durian saja RM25 uols. Terkejut sis. Tak silap sis pernah makan cendul durian RM10 ja dulu. Sedapnya tak pulak. Sorry la tercompare pulak 😅


Next, semua orang ramah. Orang yang tak kenal pun kita boleh panggil dia kak cik la abang long la. Mak cik pak cik semua kebanyakannya ramah tamah. Sis tak rasa annoying pun lagi suka ada la. Untuk orang luar maybe akan rasa agak kasar dengan certain bahasa utara ni, padahal biasa je. Kadang tu nak bergurau je kot. So jangan la terasa hati. Tapi orang luar maybe akan rasa xde common sense kot. Nak cerita pasal common sense ni, semua orang dilahirkan berbeza beza, dibesarkan dengan cara berbeza so bukan semua orang faham dan ada common sense yang sama.


Tu je lah kot nak cerita setakat ni, ni cuma pandangan peribadi sis je lah 😊

No comments:

Post a Comment