Wednesday, September 16, 2015

Hujan

Tuhanku seolah olah mengerti perasaan ku kini sedang bersedih. Ketika ini hujan lebat. Lebat sangat. Aku sedih kerana 'dia' akan pergi. pergi meninggalkan diri ini.

Aku pujuk diri ini, biarlah dia pergi. Dia bukan sesiapa bagiku kini.

Oh, tuhanku, kuatkan aku untuk terus tabah menghadapi semua ini.

Aku tahu, ini semua dugaan dan cabaran yang perlu aku hadapi. Aku perlu tempuh. Masalah kita kena hadapi, bukan lari.

Wednesday, August 19, 2015

Kisah pemandu teksi dan duit syiling

Assalamualaikum,
Nampaknya, dah lama sangat aku tak menulis blog ni, hari ni tetiba dapat semangat ntah mai dari mana pun tak tau, entah mimpi apa, jangan tanya okay. :)

Saja nak share cerita kisahnya pada satu hari ni, aku naik teksi dengan kawan aku, Ama dan Ecah, kami nak ke Karangkraf, sebab nak dengar talk daripada Mufti Menk.

Ok, kitorang naik teksi, itu biasa.

Bila sampai, macam biasa, kena bayar dulu sebelum turunlah kan. Aku waktu tu mem-voluntee-kan diri untuk membayar perjalanan tersebut. Acah acah cool la kan...haha..okay, nak jadikan cerita, aku bayar teksi tu guna duit syiling, aku tak ingat berapa tambang, dalam 6 ringgit macam tu lah jugak. Aku bayar guna duit syiling sbb nak kurangkan jumlah duit syiling yang aku ada, kebetulan pulak waktu tu aku bawak semua duit syiling. hermm,,panjang ceritanya kalau nak cerita pasal kenapa waktu tu aku ada duit syiling sajew.

OK, sebenarnya dalam perjalanan lagi aku dah kira duit syiling tu untuk bayar teksi, pastu, bila pak cik teksi tu mintak bayaran, aku pun terus bagi. then, pak cik tu muka dia tetiba berubah, pastu dia kata dah tak payah bayar! turun dari teksi ni! kitorang waktu tu sangatlah terperanjat dan terkejut.

Aku waktu tu sangatlah terkejut. Bila aku cerita kat kawan-kawan, diorang gelakkan aku plak.haha..dah kenapa bayar duit teksi ngan duit syiling..tapi salah ke ? duit syiling tu kan duit jugak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...