Autobiodata

Tanggal 14 March 1995, (ok, ingat tu!) lahirlah seorang puteri comel hasil sebuah cinta daripada sepasang pasang suami isteri, Encik Amiruddin bin Kassim dan Puan Hamidah binti Mohd Daud. Mereka menamakan cahaya mata mereka yang ketiga itu dengan nama istimewa "Farah Shafiqah binti Amiruddin".  Jodoh, maut, ajal, hidup, mati, semua di tangan Tuhan. Sudah termaktup dalam suratan takdir Ilahi, setahun kemudian bapa kepada bayi tersebut meninggal dunia. Dengan cekal dan tabah, Si Ibu membesarkan anak-anaknya.

Faiz - Fatin - Farah
...

Itulah serba sedikit tentang family aku. Aku mula mengenal huruf di Tadika Kemas. Lepas je graduate dari tadika tu, aku sambung belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Perlis. Alhamdulillah, keputusan aku berjaya melayakkan aku untuk pergi program kemasukan ke KYS. Then, alhamdulillah sekali lagi, aku berjaya masuk ke situ, KYS (Kolej Yakin Sangat). Sekolah tu untuk semua budak-budak yang ada tahap keyakinan yang tinggi. Lepas sebulan, aku buat keputusan untuk berpindah. Aku memilih sekolah yang suasananya sangat berbeza daripada kolej tersebut iaitu, SMKA (P)  Kangar. Di sini aku mula mendapat tarbiyah islamiyah, yang tak semua tempat ada, aku kira. Selepas mendapat keputusan PMR, aku kira aku tak mau pindah dah. Nak stay je kat sekolah tu. Tapi, alangkah susahnya aku nak tolak tawaran hebat untuk masuk ke sekolah hebat, KIM (Kolej Idaman Muslim). Walaupun payah, tetap ku gagah. Aku teruskan jua harungi semua rintangan dua tahun aku di situ. Kadang-kala aku jatuh tersungkur, ada jua tangan yang menghulur. Sekali lagi, aku dipinjamkan kejayaan sementara dalam SPM. Allah bagi pinjam saja. Alhamdulillah, lurus semua. Apa pula nasib hidupku selepas ini? 


"Kita merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang" 
Ali-Imran ayat 54 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...