Friday, October 22, 2010

Di Rumah Hembusan Kasih


"YA RAZZAQ, Kau limpahilah rahmat, kebahagiaan dan ketenangan kepada adik-adik ini"

Sejak kelmarin, Izzati Ismail mengajak kami (3 Siti Fatimah) ke rumah Hembusan kasih. Entahlah, sejak beberapa hari lalu dia telah memperkenalkan kami rumah itu. Dia kata 'dia dah nak mati dah'. Mungkin dia mendapat hidayah untuk berubah. Aku pun tak paham maksud dia. Dia lalu depan rumah tu waktu nak pergi sekolah. Daripada itulah terdetik hati Izzati nak pi situ.

Ok, kelmarin kami rancang macam-macam aktiviti nak buat apa kat sana. Nak beli apa. Nak bawak apa. Mula-mula, kami rancang nak bagi motivasi by Syuhada. Pastu tiup belon, mewarna, memasak..erm..yang lain lain aku lupa lah.

Pagi tadi, aku tumpang Syuhada pi Rumah Hembusan Kasih tu. Syuhada pi cari kek kat Hafifah, tapi kedai tu tutup, al-maklumlah..hari ni kan Hari Pekerja, hari cuti. Syuhada bawak banyak benda..karipap, kek, photostat lukisan dan satu kotak yang aku tak tau ada isi apa.

Mula mula masuk, adik tu dah tanya, nama aku apa. Pastu kami berkenal-kenalan. Lepas itu, adik adik ni buat persembahan nasyid untuk kami, Ya Allah......sedih giler!!! Aku tak dapat tahan..terus mengalirkan air mata..semua kat situ pun, lepas nasyid tu, terus berhinguih hidung kami..


time nasyid

Lepas nasyid, kami makan pagi. Makan bihun sup. Pastu round round sekeliling rumah tu. Ada rabbit dan ayam kalau tak silap kat belakang rumah tu.


ni, kat depan rumah tu
huhu, aku kat pintu tu termasuk jgk pic ni..

Lepas tu, acara tiup belon sampai pecah pun dijalankan...heh, waktu ni lawak lah ada belon yang besar sangat sangat pun tak pecah lagi, sampai habis tempat tiup belon tu..haha..

Lepas tu pulak, pertandingan mewarna pulak. Sementara mereka sedang mewarna, Ustazah suruh kami jadi 'kilang manual' kejap. Ustazah amik ubah pack kopi 'KOPITO'. Aku tak pernah dengar pun jenama kopi tu. Kami kena lekatkan pelekat jenama kopi tu pada peket kopi. Pastu lekat kopi kopi tu dekat atas papan untuk digantung. Alah, macam kopi kopi kat kedai tulah macam kopi Radix, Kopi Jantan, Kopi Janggut dan sebagainya. Sebelum ni aku pernah ke tengok kat kilang kopi orang buat semua tu, hari ni aku pulak yang buat mcm tu. Best,,best!!

Lepas habis semua, sembang-sembang kejap, aku rasa nak balik. Aku call mak. Mak amik aku. Agak memalukan juga, aku berdiri dekat tepi jalan tunggu mak. Lepas tu pulak, aku patah balik pinjam telefon Izzati hantar mesej kat mak. Hehe..sebab mak tak tau rumah tu kat mana.

Tadi aku tengok kat Facebook, diorang bergambar sekali dengan adik-adik ni. Ruginya tak dak!!

Alhamdulillah, hari ini aku dapat pengalaman baru. Buat kerja amal secara sukarela. Best tengok adik adik ni gelak. Dan jugak berpengalaman jadi 'pekerja kilang'.

Sebelum aku balik, depa depa tu suruh aku tulis ucapan dalam kertas kecik..

aku tulis

Makan roti,
ingat kak Farah,
kalau belajar,
sampai berjaya..

Heh, aku tak tau nak tulis apa, so yg tu je termampu aku tulis..huhu

Saturday, October 16, 2010

Kembali.

Bismillah,,

Alhamdulillah, dapat juga aku kembali menulis blog ni,, haih setelah beberapa bulan ditinggalkan. Almaklumlah, PMR baru saja selesai. Dan dia akan kembali beberapa bulan nanti. Result lah tu. Adoii takutnya. Apa-apa pun, sekarang aku nak bertawakal ja setelah aku buat yang terbaik. Aku tahu, bukan aku sorang saja, aku bersama-sama kawan mengharapkan mendapat result yang terbaik juga. Kalaulah ditakdirkan aku tak mendapat straight A, aku berharap aku gembira melihat kawan-kawan yang lain mendapatnya.

Selepas PMR ni, rasa boring la pulak, dulu nak sangat habis cepat. Sekarang ni, dah tak dak dah timbunan kerja, hujan kertas soalan, perbincangan hal pelajaran, balik lewat petang, melawak ngan cikgu..la ni cuma tinggal menanti keputusan keluar. Sementra itu, kat sekolah ada la program selepas pmr. Alhamdulillah, semua syok. Minggu depan ada banyak pertandingan, ada kalam jamae, pentomen, choral speaking, pakat-pakat bina, prog. prostar..erm..ada lagi kot, aku tak ingat. Ermm, best jugak buat macam nih, cikgu saja kot atur jadual bagi padat ngan pertandingan, kami pun sibuk la mengatur masa untuk berlatih semua pertandingan tu.

Bagi kalam jamae, aku jadi conductor, aduih..erm..memang la aku dah biasa, tapi, kami kena buat persembahan kalam jamae kat SMKA Naim Lilbanat minggu depan, aduih..kalau sekolah orang lain ni, aku ketaq sikit. Tak pa lah, time ni lah aku nak test diri supaya tak gentaq depan orang ramai. Almaklumlah, sekolah tu kan pelajar-pelajarnya semua cemerlang. Rasa macam kecik ja diri ni bila bersama orang-orang pandai ni.

huhu, tu jekot yang aku nak tulis, aku pun sebenarnya tak dak benda sangat nak tulis, merapu merapu sikit ja...

Wednesday, October 06, 2010

Punca Pelajar KIGS dapat diabetis

sekadar gambar hiasan

Sejak mesin minuman automatik tu ada kat sekolah kami, ramailah yang beli air tin kat situ.

Waktu mula-mula tu, punyalah beratur panjang sampai nak jatuh longkang.

Semua pakat berebut nak beli.

Nak try buh duit kertas dalam mesin.

Tambah-tambah lagi mesin tu boleh buh duit kertas.

Kalau tak, mesti payah nak tukaq duit syiling.

Dalam satu hari tu, tak sah kalau Cina tu tak mai tambah tin.

Kejap je habis.

Kadang-kadang sehari sampai dua kali.

Mesin tu telus sungguh, kalau masuk duit, lepas tu dia keluar balik, mungkin duit terlalu banyak atau tin sudah habis mungkin.

Kak Farhana ada tulis kat status Facebook dia,

"Pada 5 tahun akan datang, pelajar smkap 80% akan menghadapi diabetis dengan adanya mesin minuman tu"

haha.

Agak kelakar bila aku dengar telatah pelajar sekolah kami dengan mesin tu.

Pastu, ada yang rajin pegi kutip tin kosong dalam tong sampah. Aduih, tak tau la nak buat apa.

Dalam kelas kami pulak, sapa yang dah habis minum, kami akan kumpulkan kat belakang, sebelum tu pijak dula bagi kemek.

Sampai nak runtuh kelas kami nak kemekkan tin tu.

Sampai sekarang, serius aku tak pernah lagi cuba masukkan duit dengan tangan aku sendiri.

Aku kirim kat orang je.

Tu pun aku beli air mineral.

Air lain yang berperisa aku tak rasa lagi. (penah la seteguk, air Aimi)

Ntah la, aku memang nak beli tapi lupa.

Tuesday, August 24, 2010

Soalan Percubaan PMR Perlis 2010

Salam,

hi, kepada semua candidate pmr 2010.

Erm,,, sekarang ni, ada negeri yang dah habis trial, ada yang sedang.


Result trial aku, alhamdulillah aku berpuas hati. Meningkat la, drpd exam yang sebelum sebelum ni. Tak kira lah kita dapat result elok ataupun tidak, kita perlu tingkatkan usaha agar kita dapat buat yang terbaik dalam PMR nanti.

Di sini, aku nak share soalan percubaan pmr negeri perlis,

Harap dapat membantu!

  1. Bahasa Melayu K1
  2. Bahasa Melayu K2
  3. Bahasa Inggeris K1
  4. Bahasa Inggeris K2
  5. Bahasa Arab
  6. Sejarah
  7. KHB pilihan 1
  8. KHB pilihan 2
  9. KHB pilihan 3
  10. KHB pilihan 4
  11. Sains K1
  12. Sains K2
  13. Matematik K1
  14. Matematik K2
  15. Pendidikan Islam
  16. Geografi
Skema-skema jawapan Percubaan PMR 2010 Perlis

Cara buat nota comel khas buat calon peperiksaan!

Thursday, July 29, 2010

Aku ayu berbaju kurung


Erkk, aku letak gambar ni lah, pic ni diambil kat kampung waktu raya hari ru.

Harap harap pic ni pun boleh la~

Sebab aku jarang ambik pic sorang-sorang.

Boleh ye, penganjur kontest

Monday, July 26, 2010

ISLAM: Di Mana Keadilan.

Bismillah,

Aku jumpa post yang best!
Jom Baca

Tajuk: Islam Di Mana Keadilan?
----> Oh Cerita!

Serius!
best, dalam bentuk flash.

Nak TauTak Betapa Bestnya Jadual Anjal?

Jadual anjal, baru tahun ni aku tahu kewujudan jadual ni. Jadual ni khusus untuk pelajar tingkatan 3. Serius, bila tukar ja daripada jadual biasa ke jadual anjal memang best gila. Aku lebih suka jadual anjal. Kalau sekolah lain tu, aku tak tau la depa buat macam mana ka. Nak tau apa yang bestnya pasai jadual anjal ni?

1. Sehari, ada 5 subjek sahaja.

Haa, ni yang best. Kalau jadual dulu, sehari tu sampai tujuh subjek. Punya la berat beg nak bawak buku sampai satu beg tu pun tak cukap, ada yang bawak banyak beg macam mak cik jual kerepek tu pun ada. Baru buku saja, tak masuk telkung lagi.

2. Belajar subjek teras sahaja

Matapelajaran sampingan yang tak penting tak yah belajaq lagi dah. Selalunya, kami buat endah-tak endah je ngan subjek pj, seni dan sivik ni. Tapi, cikgu yang mengajar, nak jugak ajar mata pelajaran tersebut. Jadi, kerja kami akan bertambah dengan kehadiran matapelajaran tersebut.

3. Jawab soalan, bincang soalan ja.

Waktu jadual anjal, satu masa satu jam setengah. Jadi, cikgu cuma bagi kami soalan, soalan, soalan, soalan. Banyak gileer soalan. Sampai nak termuntah dah jawab soalan, lebih kurang je bentuk dia. Tapi best, sebab ta yah dah nak buat nota apa semua tuh. Buku teks pun tak yah bawak pun tak pa, bawak buku rujukan ja.

4. Rehat

Haa, ni lah yang paling best boleh rehat awal, kalau rehat pertama, kami rehat awal drpd form2 yang lain. Tak yah dah dok berebut berebut pastu ada yang tertumpah makanan. Dah tak da dah, kantin jadi lengang ja, tu pun ramai form 3 yang tak keluar makan. Al maklumlah, sapa yang tak habis ganti tu kan kena qodho'. Bila rehat kedua pulak, keluar awal dan lama. Kalau sebelum ni, kalut-kalut amik wudhu' sembahyang jemaah kat dewan, skang tak yah dah, boleh solat kat surau. Rehat pun lama, boleh bergelak sakan, makan nasik pun boleh tambah. Klau dulu, nak suap nasik pun tak dan.

5. Kertas bertimbun.

Kertas soalan yang bertimbun timbun tebalnya. Dulu kata nak jimat kertas, tapi cetak soalan satu soalan satu helai. Tak pa, nanti bila habis PMR boleh jual. Dapat duit sikit.

Kalau lah jadual anjal buat setiap thn kan best!

Wednesday, July 21, 2010

H.I.J.A.U

Saya sudah:-

  1. Jadi follower, memang tak susah.
  2. Attach pic, letak dalam post.
  3. Bagi link kat komen. chamelion + dinding hijau = chamelion kaler hijau

saya join contest ni sebab

Ms. Green nak bagi duit!!




Tuesday, July 20, 2010

Tahniah, Nurul Huda Mohd Habibullah menang!

Pada hari Ahad yang lalu,

Spell-it-right kat perlis diadakan.

Memang aku nak pergi, al maklumlah nak tengok kawan aku lawan

semua budak form 3 yang masuk.
tapi aku ada tusen, so tak pegi lah.

Alhamdulillah, wakil daripada sekolah kami menang!!!!!!!!!!!!!!!!!
Yahooooooooooooooooooooooooooooooooo<---mcm 2="" 3.="" a="" aku="" bangga="" best="" dapat="" duk="" f3="" href="http://3.bp.blogspot.com/_PRuJt7Bsf8k/TEWFMJdz-LI/AAAAAAAAA1U/hdHoibEGDHI/s1600/38450_141890872504384_100000504176956_359017_2752122_n.jpg" kalah..huahuhuhuhaaahuhuaa..="" kami="" kluster="" la="" menang="" mrsm.="" musuh="" no.="" no1="" no="" onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" plak="" pun="" sebab="" sekolah="" tuh="" yg="">
Haa, Huda yang duduk tuh. Mesti la, takkan yg berdiri plak.

Haaa, waktu ni, depa dua tengah lawan, nak tentukan sapa no 2 ngan 3. Lawan sampai 11 round. Aku tahu pun sebab kawan aku cerita lah. Yang laki ni, abang kepada kawan kami jugak. Abang Jiha.
Tudia, wajah wajah juara.
Gambar-gambar ni, aku amik daripada facebook huda.

*Huda, takkan xmau buat kenduri kot

Bulan Bahasa Arab, kena la cakap Arab

Bismillah,
Dah dua hari,

Hari ini dan semalam. Tingkatan satu ngan tingkatan dua, bertungkus lumus berlatih. Tingkatan satu berlatih dikir barat, dlm bahas arab. Tingkatan dua pulak berlatih kalam jamae' (choral speaking).

Tahun ni semangat gila depa berlatih, setiap masa dari pagi sampai balik. Tingkatan dua SA yang berlatih dalam kelas, suara depa dengar sampai kelas kami. Al maklumlah, kelas kami dekat ja ngan kelas depa. Serius, form 2 tahun ni bertungkus lumus berlatih, padahal tahun lepas tak la tara mana sangat. He..he.. Tak tau la, sebab tahun lepas aku tak join pun. Aku pi kem.

Ok, sambung balik. Nampaknya semua kelas bertungkus lumus, kalau lalu pulak kat blok ting. 1, dengaq la depa dok berlatih dikir barat. Kuat gila suara depa.

Petang tadi lawan, semua sekali f1 dan f2. Form 3 cuma pertandingan spell-it-right (BA) je. Aku tak tengok pun semua persembahan sebab ada kelas sej, tapi cikgu tak masuk, ntah2 cikgu ingat kelas tak dak kot hari ni, tapi kami semua still dok dalam klas. Aku buat latihan sejarah, kertas percubaan MRSM.

*Budak MRSM kata, soalan depa susah,













mmg susah pun, sebab soalan bergambar tak nampak gambar, hitam ja, punyalah kena guna kanta nak tengok pic soalan tuh~

Monday, July 19, 2010

Haba di dunia seperti air-cond di neraka


Bismillah,

Pada pertemuan usrah yang sebelum ni,

kak husna iaitu naqibah kelas kami ada memberitahu,

Jika ditanya kepada ahli neraka,

mereka lebih rela menukarkan api di neraka kepada api di dunia,

kerana mereka rasa api di dunia ialah api yang paling sejuk kepada mereka.

Jadi, kalau kita rasa kat dunia ni panas,

Api di neraka lagi panas.

Sunday, July 18, 2010

I'm Childish

"macam ni la blog budak-budak"

Bismillah.

Yeah, im childish.

childish.

childish..

childish...

childish....

childish.....

only Allah knows the truth.

AllahuAkbar!!

Monday, July 05, 2010

Contest Name Note For "Cik Gaban"

Bismillah


1. http://f-shafiqahamiruddin.blogspot.com
2. shafarafika, Perempuan
3. Name note cik gaban

Pic ni, name note tu diletakkan dalam air ;))

Name note Cik Gaban, warna pelangi ;))

Mentibang Haron, makhluk asing yang tersesat ke Bumi kerana roketnya kehabisan minyak semasa hendak ke planet utarid. Dia berasal daripada planet Pluto, disebabkan terlalu sejuk, sebab itulah dia nak ke planet utarid untuk mencairkan dirinya. Tapi tak apa, bumi juga sesuai buat dia. Selamat datang ke Bumi, Mentibang Haron

Si Lucky 5000 sudah dapat hadiah

Alhamdulillah,

Hari ni aku dapat hadiah yang sangat best daripada So Close 2213..Aku suka sangat-sangat hadiah ni!

Sangat tak sangka.Nak tau apa hadiahnya?

Jom tengok!








Huhu, mula-mula tengok gambar, ingatkan kecik. Pastu tadi amik hadiah ni kat pejabot pos, tudiaa besarnya.

Alhamdulilillah,,,

Ni, kat belakang bear ni, mana boleh lupa tunjuk~
Terima kasih kak so close 2213,
Allah sajalah yang dapat membalasnya.
Moga Allah sentiasa memberkati hidupnya.

Monday, June 21, 2010

Aku Menang Contest!

Alhamdulillah, aku menang.

Aku dapat 100%.

Komen juri, Tanniah, anda sangat kreatif.

Erm,,kontest apa ya?

Kontest ni dianjur oleh Ustazah Zaleha.

Contest Buat Pemplate tajuk: Pengurusan Jenazah.

Haha, bukan kat blog, tapi kat sekolah.

Alhamdulillah, aku xsangka dpt 100%.

Sebab sebelum ni ustazah dah bagi hadiah untuk pemenang tu.

Mula mula, rasa sedih sebab tak menang.

Tengok yang menang tu buat simple je, tapi boleh menang.

Tup, tup, hari ni ustazah umum lagi pemanang.

Huhu, rezeki. Alhamdulillah.

Terima Kasih Ustazah

Thursday, June 17, 2010

Contest By Myself


Hai, jom join contest ni. Click pic di atas untuk maklumat lanjut.

Contest By Myself
Ditulis dalan satu Entri
Masa tidak ditetapkan
sehingga 18 Jun 2010
100% Markah

Boleh tengok soalan tanpa diberitahu.

Peraturan-peraturan semasa menjawab:-
  1. Anda perlu menjadi follower soclose2213
  2. Sila lekatkan banner di atas di sidebar anda beserta link contest ini sehingga 18 Jun 2010.
  3. Buat satu entry khas untuk contest ini dalam blog anda bersama-sama dengan gambar dan anda perlu backlink ke blog soclose2213.
  4. Anda dinasihatkan supaya mengambil gambar anda sendiri di hadapan cermin. Kuantiti gambar boleh lebih daripada satu.
  5. Gambar mestilah original dan tidak boleh diciplak. Boleh mencantikkan gambar tersebut mengikut kreativiti anda.
  6. Gambar yang disertakan mestilah milik anda sahaja.
  7. Sila tinggalkan url link anda di bahagian komen.
Jawapan:

Entry Tamat

Contest Bergaya Dengan Baju

Bismillah


Aku, salah seorang rakyat Malaysia yang berjantina perempuan sudah buat post ni yang bertajuk Contest Bergaya Dengan Baju. Aku juga sudah letak banner tersebut di sidebar dan sudah letak link ke Contest Bergaya Dengan Baju. Aku sudah letak link kat komen tuan punya contest.
























































































































































Wednesday, June 16, 2010

Saya Simple Saja.

Ada yang menegur aku, asyik pakai tudung yang sama je. Aku tak de tudung lain ke?

Hihi, memang aku asyik pakai tudung yang sama ja.

Ada, tudung lain.

Tapi aku suka pakai tudung yang aku selalu pakai.

Dah selesa.

Aku mungkin dah ketinggalan zaman kot, orang lain pakai tudung, err tudung yang keras kat depan tu. Apa nama tudung tu??

Yang popular sekarang ni, selendang.

Huh, ikut fesyen Yunna la kan.

Aku tak minat lah nak pakai tudung berpesen-pesen ni.

Tudung aku just serlung je.

Tapi tudung bawal.

Kalau aku rajin, aku jahit.

Malas nak berpin-pin ni.

Aku tahu, aku pakai macam mana pun, bukan cantik pun.

Haha. Aku tak kisah la.

*Kecantikan boleh ditunjuk kepada suami sahaja.


Usahlah memandang semua dengan pandangan mata semata-mata,
tetapi pandanglah dengan pandangan mata hati..
kita bukan saja dapat melihatNya dimana-mana
tetapi dapat merasa rahmat kurniaanNya..

Tuesday, June 15, 2010

Tazkirah : Adab Ketika Minum


Bismillah,

Aku ingin berkongsi, tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Aizatul Fitrah di perhimpunan hari tu. Kita selalu mengambil mudah sahaja adab ketika minum.

Perkara-perkara sunat ketika minum:-
  1. Pegang cawan/plastik minuman/tin dengan tangan kanan.
  2. Mulakan minum dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim
  3. Minum dengan tiga nafas. Maknanya, jagan minum sekali teguk saja.
  4. Sunat minum dengan duduk.
  5. Jika tidak ada tempat duduk, diharuskan berdiri.
  6. Jangan bernafas ke dalam air sebab, air itu hydrogen yang mana mengandungi oksigen dan jika bercampur dengan nafas kita yang mengandungi karbondioksida akan bertukar menjadi racun.
  7. Setiap kali berhenti minum, ucapkan Alhamdulillah.
  8. Jangan minum selepas melakukan kerja-kerja yang berat.
  9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain
Sesungguhnya, bekas minuman seseorang muslim itu merupakan penawar

Selamat beramal~
(^^,)

Monday, June 14, 2010

Balik Kampung!

Salam Jumaat,

Cepatnya masa berlalu, hari ini sudah hari Jumaat. Sekejap sangat. Rasa macam Jumaat minggu lepas tu semalam je. Itu juga petanda akhir zaman. Masa ini diasakan semakin singkat. Semakin cepat masa berlalu, semakin dekat kita dengan kematian.

Aku tertanya-tanya kepada diri aku, adakah aku menggunakan masa selama ini dengan baik?

Hari ini, insyAllah aku akan balik kampung. Sampai hari Selasa. Lepas ni, rasanya kerap kot balik kampung sebab kakak kat sana.

Aku ajak mak pergi Matrikulasi Selangor. Alasan aku, nak tengok Syikin. Aku baru tahu, yang 'dia' ada kat sana. Ya Allah, aku mohon aku tak mahu jumpa dia, aku hanya ingin melawat tempat itu.

Thursday, June 10, 2010

KEMPEN KAMI BLOGGER PICISAN MENENTANG KEKEJAMAN ISRAEL!!

Allahuakbar!!!!!!!




Sila click gambar di atas untuk maklumat lanjut
Mari kita bersama-sama sokong kempen ini!!!

~APA GUNANYA FOLLOWER BERJUTA
TAPI TAK BOLEH NAK TOLONG KEMPEN BLOGGER PICISAN INI???~




Wednesday, June 09, 2010

(TOTURIAL) Macam Mana Nak Dapat Trafik Lebih 1 000 000

Bismillah, Alhamdulillah hari ini aku masih bernyawa dengan izinNya.

Aku ingin mencuba. InsyaAllah akan berhasil.

Jom kita cuba trick kat bawah. Aku dapat daripada -BeMie'S WoRLD-

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.
1. download mp3 percuma

2. bℓog buðak χ-nakaℓ ♂


3. Cara hidup baru abad 21


4. Bila Aku Menulis Blog


5. ~ApekpunyaBlog~


6. My Big Family & Friends


7.
ABCMILO


8. matdin (orang paling terkenal hehe…)


9. MSR @Blogger


10. tengku nizam


11. mizz shizu


12. Myself V3 Me &


13. Blog Hanz


14. BeMie's WoRLd


15. Farah Shafiqah
PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

***So urutannya jadi mcm nie...



13.BeMie's WoRLd

14. Farah Shafiqah

15. BLOG ANDA


4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya okk….
Selamat mencuba!!!

***Ingat...jangan menipu...tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak... Pastu Jgn Lupa promote link entry ni.. kt member2 korang.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat... ingat lagi byk backlink kiter... lagi tinggi rating kiter kat google..

Thursday, June 03, 2010

Untukmu Palestin

Takbir

ALLAHUAKBAR!!!

Kat sekolah tadi, ada ceramah daripada HALUAN. Ceramah tentang Palestin. Sungguh, kita di Tanah Malaysia ini tidak terasa kesengsaraan itu. Kita hanya berseronok, tetapi mereka di sana hanya menunggu saat untuk gugur syahid.

ASTAGHFIRULLAHALAZIM,

Dalam kita tidak sedar, kita juga menyumbang kepada israel. Kita pembunuh saudara-saudara kita di Palestin. Satu ringgit kita menbeli benda-benda daripada Israel, kita telah sumbangkan satu peluru untuk membunuh saudara kita.

SUBHANALLAH

Ketika diceritakan, bom yang tidak dicucuhkan api lagi sudah berfungsi untuk menghancurkan tentera israel Laknatullah itu. Semuanya kuasa Allah. Kun fa ya kun.

MASYAALLAH.

Persembahan daripada pelajar MATRI sungguh hebat. Sehingga mampu membuatkan air mata berguguran.

Satu kata untuk Palestin

JIHAD!!!

Dua kata untuk Palestin

JIHAD FI SABILILLAH!!!

Tiga kata untuk Palestin,

JIHAD FI SABILILLAH ALLAHUAKBAR!!!

Si Lucky 5000


Huhu.

Semalam, aku pulun la klik blog SO CLOSE 2213 sampai jadi visitors yang ke 5000.

Aku dapat Su Lucky 5000 tu!

Saturday, May 29, 2010

Choral Speaking f3.

Huhu..

Ni la Persembahan yang kami buat waktu Hari Guru Hari itu.

Akhirnya, dapat jugak upload.

Lama...nk upload video ni dari 7 pagi sampai 11 pagi.

Monday, May 24, 2010

Ujian Penilaian Pertengahan Tahun

Lagi 10 jam 14 minit 33 saat !!

Tengok kat countdown tu! Sudah semakin hampir.

Oh, tidak!

Kenapa susah sangat untuk aku mengulang kaji?

Esok ada subjek BM dan GEOGRAFI

UiTM Kampus Puncak Alam

Akhirnya, sampai jugak aku ke sini<--cewah, macam aku pulak yg masuk situ.

Kelmarin. Aku hantar kakak kat UiTM Puncak Alam. Alah, UiTM tu tak jauh pun dengan rumah cik dong aku.

Kami pergi pukul 9 pagi.Mula-mula ingat pergi awal tak la ramai orang sangat. Rupa-rupanya, sesak gila! Jalan jem. Kereta penuh. Al maklumlah, yang nak hantar sorang pun, pergi sampai dua tiga biji kereta. Mana tak sesak.

Masuk-masuk je pondok pengawal, dapat arahan. Mula-mula kena parking kereta. Pastu ke perhentian bas dengan barang-barang sekali. Pastu bas bawak ke asrama. Kakak dah cuak dah. Hah, naik bas?

Ramai gilaaaaa..orang kat sana. Nak cari parking pun xde. So, terpaksa la letak depan kereta orang lain. Haha. Kesian dia.

Kami tak naik bas. Kami naik tangga. Nak tunggu bas, lambat pulak. Naik tangga dari tempat kuliah ke asrama.

Kami naik.

Kami naik.

Kami naik.

Berhenti.

Kami naik.

Kami naik.

Aduh penat. Berhenti kejap

Kami naik.

Naik lagi

Sampai. Lega!

Serius, tinggi tangga tuh. Macam daki bukit. Al maklumlah, puncak alam. Asrama dia dekat nun puncak tinggi nuh. Dengan bawak beg punyalah berat kami naik tangga. Orang lain pun sampai bebai. Penatlah katakan. Ada orang kira, anak tangga tu lebih kurang 219 la. Ada yang sampai mengutuk, "puncak alam, puncak malang". Ada yang keluarga berlumba-lumba naik sampai ke atas. Sapa sampai dulu, dia menang.

Lepas tu, daftar. Dapat kunci bilik. Kami ke asrama. Ada lif beb! Enam tingkat semua. Kakak dapat aras 2.

Kakak duk satu bilik ngan budak Terengganu. Kalau gaduh tak paham la dia cakap apa. Dia kata kat aku," Ish, adik kena kecik sikit ni"

Ok.;))))

Di Busana Idola

Hari Sabtu hari itu, sebelum nak ke rumah cik dong, mak bawak kami shopping kat Sungai Besar. Kami masuk la dalam satu kedai ni. Nama kedai tu Busana Idola.

Mula-mula aku tengok baju yang dekat luar dia besar-besar. Sangat besar! Fuyoh, ada sampai saiz XXL, XXXL, XXXX. Ish, besar giler.

Kat situ, dia jual baju muslimah, tudung yang keras kat depan tu pun ada.

Aku ngan kakak masuk la dalam. Mak dah lama ada kat dalam. Banyak baju muslimah (perak sbb kat Perlis xde) cantik-cantik pulak tu. Tapi saiz dia xla besar sangat.

Aku tanya la tauke kedai tu, aku mintak yang saiz besar. Dia cari-cari. Dah jumpa, dia bagi aku. Aku try baju tu.

Baju tu muat-muat la dengan aku. Mak tanya, ok ke dengan baju tu. Aku cakap ok la, tapi ketat sikit. Kat bawah ok, kat atas sendad sikit.

Tauke tu kata "kalau hati nak, semuanya ok"<--terasa jugak aku time ni.

Dia kata lagi "kalau nak beli, kena diet sikit, kurangkan makan."

Huhu. ;D

Sembang-sembang. Rupa-rupanya tauke tu orang Perlis. Duduk dekat Kampung Bakau je.

Ermm, asal la..tak bukak kedai kat Perlis?

Thursday, May 20, 2010

Tataaaa.

Dah banyak bulan dah kakak rilek kat rumah. Haha.

Dan kakak akan ke alam baru. Ke universiti. Tak tau la macam mana nanti

Esok kami akan hantar kakak. Mak suruh aku ikut juga. Pastu mak kata balik hari Ahad.

Aku terpaksa la ponteng tusyen.

Bila kakak xdak dah, aku ngan mak je duduk rumah. Sunyi giler.

Aku kena basuh baju sendiri.

Dan aku dah xleh arah kakak daaa.

Wednesday, May 19, 2010

Hari ini, cikgu bagi suprise!

"Semalam, kami buat suprise untuk cikgu-cikgu. Hari ni, cikgu pulak bagi suprise kat kami"

Pagi tadi lepas bacaan al-Quran, tak dan jalan sampai kelas lagi, cikgu dah panggil ke dewan balik. Ish, aku punya la kecut perut, nak buat pengumuman apa ni?

Cikgu Fitriah berdiri atas pentas. Sebelum itu, aku dengar cikgu suruh panggil Ustazah Asma dan Ustazah Zaleha.

Cikgu mulakan bicara. Cikgu tanya.

"Sapa yang dah tahu hari ini ada exam PI bersama?"

Ada yang angkat tangan.

"So, dah bersedia nak jawab?"

Suasana dalam dewan bising. Semua menggelengkan kepala dan merungut

"La...belum la"

"Ish, kami tak tau pun"

Cikgu." Mau tak mau, kamu kena jawab exam jugak hari ini. Kami buat macam ni, sebab sekolah lain kata, sekolah kita hebat. Orang yang ebat sentiasa bersedia. Kami bagi masa kamu buat persiapan, baca buku dan persiapan fizikal sampai pukul 12.30. Pukul 12.30 kena jawak periksa PI."

Kami semua balik ke kelas.

"Ish, kenapa buat kami macam ni?"

Serius, mula-mula aku tak leh study. Rasa nak marah. Aku pujuk diri aku dulu, "Ikah rilek ikah". Tak leh duduk dalam kelas, aku keluar. Semua kelas diam. Semua baca buku. Aku tengok langit, burung yang bebas berterbangan. SubhanAllah aku menyebut. Diikuti dengan AstaghfiruAllahalazim.

Tenang sikit. Aku baca kat koridor je. Aku tengok orang study. Bersungguh sungguh. Ustazah Asma lalu dan berkata "Semua pelajar tingkatan 3, sila ke bilik tingkatan 6". Ustazah nak jumpa.

Kami tunggu. Lepas rehat, baru ustazah masuk. Ustazah tenangkan kami. Mula bercerita dan ulangkaji. Baru lah kami semangat nak jawab.

Lepas exam, "Fuh, senang kan". Haha.

Tuesday, May 18, 2010

Sambutan Hari Guru

Bismillah.

Hari ini, sekolah kami mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Rasanya sekolah lain pun sama. Sejak seminggu yang lalu lagi, kami MKP, bertungkus lumus membuat persiapan. Ada perancangan yang telah dibuat dibatalkan. Susah kan.
Aku bertugas waktu majlis perasmian. Cuma tembak buih ni je. Best. Nak tembak kejap je, tapi main ja lebih. Main kat belakang dewan. Kakak-kakak tu sampai tak larat nak tegur. "Jangan main, sat gi habis sabun dia" Haha. Best. Best.

Haa, dan waktu orang semua tertunggu-tunggu. Waktu persembahan pelajar la. Orang kata, choral speaking paling best. Alhamdulillah. Haha. Ish, pakaian aku tu, aku tak tau kata aku nak pakai baju MKA. Pagi-pagi tu, baru mintak kat kak Hakimah. Aku pakai baju tu, sebab nak bagi sama ngan warna tie. Jangan salah faham! Bukan saja-saja. Pastu, conductor mesti la lain daripada yang lain kan(mengada). Haha.


Waktu ni Asiah kata " Aduh sakit!"

Semua orang "Cepat! Bawak cikgu ke hospital!"

Asiah. "Tak nak, saya nak bersalin kat sini"

Semua. "Sebab, di sinilah srikandi dilahirkan"

Haha. Part ni lah ramai orang gelak. Dan rasanya yang orang paling ingat. Sampai part seterusnya kami dah lupa.

Alhamdulillah, ramai orang kata kami best!

Terima kasih, kepada

Aini, Aina, Amira, Aisyah, A'aina, Amy Fasha, Wahida, Shita (barisan belakang. Ramainya nama mula huruf A)

Fatin Najihah, Maisarah, Hazwani, Sulhy, Azwa, Midah, Asiah, Siti Nabila, Farisha, Hazwani

Haziyah, Ain, Anwariah, Aina, Anis, Nabilah, Atikah, Nadhirah

Tanpa kalian, kita tak rock!! (^_^)

Monday, May 17, 2010

Contest-I Love Chocolate

"I LOVE Cadbury Chocettes BLACK FOREST"

Sedang jalan-jalan kat blog orang, ternampak la contest ni. Wah, menarik juga. Nak masuk la. Ish, tarikh tutup dah nak dekat ni, kena cepat. Punya la 2-3 hari ni merungut kat mak, 'mak, nak beli coklat.' Tadi kakak dengan mak keluar shopping, aku pun apa lagi, pasan la coklat favourite aku. Then, terus snap pic dan tulis contest ni.

Contest ini dibuat oleh Pn Farah Fazrin<--eh, nama kita sama.'farah je'

Fuh, berdebar-debar rasanya nak masuk contest ni.<--cewah. Bukan apa, ni contest pertama yang aku nak masuk! Saja la, tengok orang lain dok pakat masuk contest nak juga masuk. "Walaupun tak menang pun tak pa, asalkan cuba!". Jangan buang masa lagi, mai kita jawab apa yang ditanya.

Contest-I Love Chocolate
Ditulis dalam satu enti
Masa tidak ditetapkan
[100% markah]
Jawab semua soalan


Soalan-soalan:-
  1. Anda perlu bergambar dengan sebarang jenis chocolate, apa-apa chocolate dibenarkan. Tetapi semestinya chocolate, choki2 juga diluluskan.[25%markah]

    Ok, Sudah. Ini la gambarnya. Baru snap tadi.
  2. Sila terangkan tentang gambar anda bersama chocolate itu.[25%markah]

    Aku bergambar bersama-sama coklat Crispy dan Cadbury. Dalam gambar itu, aku sedang menggigit secebis gigitan coklat Cadbury jenis Dairy Milk (BLACK FOREST). Memang aku pesan kat kakak, suruh beli Cadbury BLACK FOREST. Sebab aku memang suka! Setiap kali aku nak beli coklat, aku akan beli Cadbury BLACK FOREST punya. Aku ni, memang suka sangat makan coklat, sampai jadi tembam macam sekarang. Hehe, tapi sekarang kena kurangkan sikit macam coklat takut pulak kena kencing manis. Kurang-kurang sikit pun, lebih kurang tiap-tiap hari jugak la aku beli Cigaratte Chocolate kat koprasi waktu rehat. Bukan sebatang, banyak batang jugak la.

  3. Nyatakan sebab mengapa anda menyukai chocolate itu.[25% markah]

    Herm, aku memang suka coklat ni! Nak tahu kenapa? Sebab, BLACK FOREST ni, dia campuran jeli dan biskut disaluti dengan coklat susu. Ok, dalam pack coklat ni, dia campurkan dengan jeli dan biskut. Aku paling suka yang jeli. Dalam satu paket, ada biskut dan ada jeli dalam coklat. Bila aku makan, aku akan tertunggu-tunggu dan tercari-cari coklat yang ada jeli di dalamnya. Hal ini menunjukkan, coklat ni lain daripada yang lain. Aku akan berasa tertunggu-tunggu dan tercari-cari untuk makan coklat yang di dalamnya ada jeli. Bukannya tak suka yang biskut, suka juga tetapi kurang sikit daripada yang jeli. Di samping itu, coklat ini tidak akan membuatkan aku bosan. Aku akan rasa jeli dan biskut yang terkandung dalam coklat.

  4. Sila letakkan link contest ini dalam entri tersebut.[25 %markah]
    Link contest ini--->contest-i love chocolate

Entri Tamat
Selamat Bejaya!

Sunday, May 16, 2010

FidXLIM

"Api di neraka 1000 kali lebih panas dari api di dunia"

Pada suatu hari dulu, aku, kakak, kawan kakak dan mak pergi ke C-Mart. Pergi membeli-belah barang yang kakak nak bawak ke uitm nanti. Tapi sempat beli kejap je, sebab kami pergi dah petang dah.

Lepas membayar, aku ajak mak ke satu kiosk ni. Tak tau lah, kiosk ke, ape ke. Tapi dia terletak kat dalam C-Mart (Ish, xtau la nak describe mcm mana. Pergi sendiri lah) ada tulis Riasi Jelita. Nama kiosk tu la kot.

Aku nak beli krim yang panas tu, dulu aku pakai krim panas tu (Alah, krim yang bakar lemak tu la). Dulu aku pakai jenama ANIS. Berkesan, panas giler! Tapi bila dah habis, cari kat kedai pun tak ada. So, dah tak pakai krim apa-apa dah. Anis(krim tu) tu best, sebab dia panas dan tidak meleket macam losyen.

Ok, aku ajak mak ke kiosk tu.

Tanya seorang pekerja ni, "krim ANIS tu ada tak?".

Dia pun. "Oh, ANIS. Ada-ada."

Dia ke tempat lain sekejap untuk ambil krim tu (kot).

Aku 'yeay, nasib baik ada'<---dalam hati.

Dia datang. Dia bagi satu krim ni. "Krim ni pun macam adik-beradik anis gak"

Aku ingatkan jenama ANIS tu tukar jenama.

Pastu, belila.

Rasanya tak cukup satu. Mintak lagi satu. So, beli dua la.

Hehe, duit mak tak pe kan~=)

Dia suruh aku tandatangan atas resit.

Beberapa selepas itu.

Mak : Ikah, kenapa tak pakai pun krim tu. Amboi, beli sampai dua.

Aku : Hehe. Lupa.

Hari ini.

Aku pakai krim tu lepas mandi. Mula-mula pakai, boleh tahan lagi. Lepas tu, makin panas. Makin panas. Makin panas. Makin panas. Makin panas. Makin panas.

Huh, panaslah! Serius panas sangat.

Tak pa, tahan je. Panas dunia.

Saturday, May 15, 2010

Serius, Aku Tak Sangka!

Lepas gotong-royong tadi, ada 'rehersel' untuk persembahan hari guru. Kami giliran yang ke-empaat. <--ke-4.

Sebelum itu, kami berlatih sat untuk 'choral speaking'. Tadi ok dah.

Bila dah lepas buat persembahan, kak Izzati tegur sikit.

"Choral speaking dah best dah. Kalau buat pertandingan persembahan terbaik, boleh menang dah."

hehe. Tapi tak buat la pertandingan tu.

"Cuma yang kurangnya, suara yang solo tu, kena kuat sikit"

Ok, memang aku dah agak. Suara orang solo memang pelan. Mintak mintak la depa kuat sikit hari persembahan tu.

Teruja <--cewah, teruja tu..

Bila kak Aisyah dan orang orang lain tanya,

sapa buat lirik?

(malu nak mengaku aku,sebenarnya)

dan mereka kata, best.

Memang tak sangka, aku rasa text tu biasa je. Aku buat berdasarkan pengalaman dan apa yang berlaku.

Biasalah, aku masukkan elemen sindiran, pujian dan pengorbanan. Itu saja.

Terima kasih la, kepada semua yang membantu dalam menjayakan dan memperseronokkan' persembahan ini. Bukan aku sorang, rakan-rakan sejawatan yang menjadi penonton juga banyak membantu dari sokongan dan komen komen.

Kepada yang menyertai juga, terima kasih kerana setia mengadap muka aku yang hudus ini setiap hari. Hehe. Walaupun dalam masa yang singkat, kita dapat buat yang terbaik! Walaupun dalam kesuntukan masa dan peperiksaan juga semakin hampir, tetapi kalian tetap bersemangat dalam susah dan senang.

Pada mulanya, aku takut. Ramai yang ingin tarik diri. Tetapi setela dipujuk, depa masuk balik la.

Terima kasih, hanya Allah je yang dapat membalas budi baik mereka. Yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk dari kesilapan aku juga.

Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.

"Keteguhan sesebuah organisasi itu, terletak kepada disiplinnya"

Hari ini, kena pergi sekolah. Ada Gotong-royong Perdana 1 Malaysia. Raihana kata, dah tak diwajibkan satu Malaysia, tapi sekolah kami buat jugak. Tak pelah, aku ok je. Bersemangat nak pegi sekolah.

Pagi-pagi lepas perhimpunan, '3 anak dara taik kucing' tu mintak keluar daripada choral speaking. Ok, silakan! Aku pun tak hingin depa masuk. Memalukan betul, dah la dari kelas 3 Sumaiyah. Oh, rasa dah hebat sangat lah tu duk kelas 3 Sumaiyah. Hebat sangatkah? Sampai tak mau dengar kata orang kelas bawah. Perangai macam tu, buat aku dah tak respek kat kelas depa. Sombong! Tak ada pendirian!

Kelas aku & 3 Sumaiyah kena bersihkan di kawasan sekitar rumah pengetua. Kami kena bersihkan belakang rumah pengetua, yang semak dengan meja, surat khabar dan sampah sarap. Macam-macam lah kerja yang kami buat tadi, gunting pokok, mencangkul, angkat meja, kutip sampah dan lain-lain lagi.

3 Sumaiyah kena masuk kelas. Ustazah Nor Asma' nak depa belajar. Biasalah tu. Tapi Cikgu Azizah bagi depa pi lewat sikit. Sebab kerja tak habis lagi. Pastu, bila depa balik kelas, kelas kami yang habiskan kerja. Rasanya banyak juga kerja yang kami buat. Tapi best, sebab kami bersatu padu. Cikgu Azizah pulak, tak pernah jemu membuat lawak spontannya, tapi beliau tak gelak pun. (^^,) Lepas habis semua kerja, siap simpan semua peralatan dan susun kerusi semula, cikgu bagi kami rehat. Pastu, cikgu bagi kami upah RM50. Terima kasih, cikgu. Kami tak tahu pun dapat duit. Cikgu juga puji kami, rajin.

"Anak-anak Siti Fatimah ni semua bagus-bagus la. Nanti boleh cikgu mintak tolong lagi"

"Patut la Siti Fatimah kena buat kerja kat sini, sebab rajin"


Friday, May 14, 2010

Geram!!

Bila aku terlalu lembut, orang pijak kepala aku. Bila aku garang, orang takut dengan aku.

Geram. Nak perform hari Selasa ni. Boleh buat endah-tak-endah je pasai latihan. Ish, ish, ish, ni yang buat aku menyampah! Kau tahu tak. Aku dah lama bersabar dengan budak asrama ni, depa bukannya balik pun. Mengada lebih. Mula-mula nak mandilah. Orang lain yang duduk asrama pun tak mengada nak mintak balik mandi.

Hari ni pulak, diorang pi keluar outing. Aku dah bagi masa dah, outing pukul 2.00-3.30. Dah la habis kelas awal. Orang lain yang habis kelas lewat pun datang jugak. Tak de masalah pun nak pergi outing. Lepas habis latihan boleh pergi outing jugak.

Memang aku cakap awal-awal la. Diorang memang tak layak amik borang masuk SBP! Bukan tak layak masuk ja, amik borang pun tak layak. Kalau dah tak pandai urus masa sangat.

Esok jagalah korang.

Monday, May 10, 2010

Hari ini, aku mula bercakap.

Penatnya, mulut bergerak tanpa henti.

Aku bukanlah seorang yang pendiam. Tapi tak juga mulut becok. Ada sesetengah hari, aku banyak bercakap. Ada orang ingat aku ni banyak cakap. Tapi, sebenarnya aku ni pendiam juga. Aku diam apabila tidak tahu untuk berkata apa-apa.

Pagi pagi lagi, masa bm aku kena bentang untuk PLBS. Mujur, aku mampu bercakap. Entahlah, mereka dengar ataupun tidak.

Aku tidak sangka, orang yang tiada suara macam aku ni pun, mampu memberi arahan kepada kawan kawan aku. Latihan choral speaking tadi, berjalan lancar. Walaupun singkat, aku berpuas hati.

Saturday, May 08, 2010

Choral Speaking Text

Alhamdulillah siap jugak.;)

Boleh jugak tengok cara nak bagi choral speaking nampak menarik

Ini dia, skrip choral speaking bahasa melayu, untuk persembahan hari guru nanti. Erm..BI ngan BA tak tambah lagi. Penutup pun tak abis buat lagi. Tak pelah nanti bincang ngan semua nak buat penutup. (Saja je tulis title post ni dalam BI)

-->
(suasana bising dalam kelas)
Bangun semua
Tarik nafas
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasi lagi Maha Penyayang
Kami pelajar pelajar tingkatan 3,
Mempersembahkan “chorang speaking”
Yang bertajuk C.I.K.G.U
Kita selalu dengar
Guru ibarat lilin yang membakar dirinya
Untuk menerangi kehidupan manusia
Cikgu banyak member sumbangan ilmu kepada kita
Tapi, kita jarang menghargainya
Ingat tak dulu-dulu, waktu kita tadika,
Cikgu ajar kita nyanyi ABCDEFG
Bila dah kenal huruf, kita boleh mengeja,
Bila boleh mengeja, kita boleh membaca
Sampai kita jadi pandai, Sampai kita Berjaya
Bila kita cemerlang…[Yeah kami dapat 8A,] [kami dapat 9A
Orang akan kata
(Alah, budak tu kan memang pandai!)
Tapi, bila kita gagal,
Ishh, cikgu tu tak pandai ajar lah.
Cikgu selalu dipersalahkan
padahal, sampai dah sakit tekak cikgu mengajar
kita je yang tak berusaha
bila cikgu bagi homework
(cikgu, bagilah lagi, tak cukup la)
Tapi, ada yang merungut(ish,, tension lah)
(tak dan la nak buat!!)
(Malam ni ada tuisyen pulak)
Cikgu bukan nak bunuh kita,tapi cikgu nak bagi kita lebih faham dan ingat.
Bila cikgu tegur sikit,mulala nak report kat mak
Padahal,cikgu tegur sebab kita tidur dalam kelas
Bila kelas tambahan keluar lambat sikit,
Mak ayah dah komplen.
Pelajar sekarang ni, memang manja kan
Tak boleh diusik, silap sikit, semua nak mengadu
Last-last, cikgu yang kena serang
“Apalah, cikgu mengajar lari tajuk”
“Cikgu, kenapa cikgu marah anak saya”
“Cikgu ni tak reti mengajarlah”
Cikgu
Cikgu
Cikgu
Tengok, kita yang salah, cikgu pulak yang kena
Walaupun begitu,
Cikgu tetap masuk kelas
Bersemangat nak mengajar, sampai habis masa pun cikgu seronok nak mengajar.
Tapi kita (cikgu, habis la awal sikit)
Kalau cikgu tak masuk kelas, cikgu bagi kerja.
Kalau cikgu sakit pun (hacccuuum)
Cikgu masuk kelas, bukan cikgu nak sebarkan kuman,
Tapi cikgu tak mau kita ketinggalan dalam pelajaran.
Bila dah sarat mengandung 9 bulan 10 hari
(Saya nak terberanak!!!)
(cepat, bawak cikgu ke hospital!!)
(tak nak, saya nak beranak kat sini, sebab disinilah srikandi dilahirkan)
Kita tak pernah pun dengar cikgu cakap
(kamu tahu tak,saya menyampah dengan kamu)
(saya tak mau ajar kamu lagi)
(nanti habis pulak ilmu saya )
Ish, ish, ish, mana ada cikgu macam ni
Kat sekolah kita ni, semua cikgu baik baik
Ada ustazah Asma(suara power!)
Cikgu tengku (cikgu best,sporting la!!)
Cikgu Riz (Cikgu comel,cikgu comel!!)
Cikgu Nizar (loghat Kelantan tak pernah hilang)
Ustazah Azizah(Fuh,takut aku)(Eh,ustazah baik lah)
Cikgu masyitah(seorang guru mt yg fokus dan penuh variasi)
Cikgu Dayang (buat kami tertunggu tunggu)
Cikgu sharifahsabu(focus,focus tkt kena p dpn)
Ustazah Zaleha (Cepat cepat pi bilik ustazah)
Tanpa cikgu kami tak pernah dengar
Carbonate oxide
Kami tau tahu apa maksud konsumerisme
Kami tak tau nak eja______
Kami tak tahu nak baca_____
Kami tak tahu nak sebut_____
Kami tak pernah tengok______
Cikgu cikgu kat sini semuanya bagus bagus kalau tak, tak de lah kita dengar
(Johan Kuiz Pelangcongan)
(Johan Pesta Pantun)
(Johan Syarahan MTQ)
(Johan hafazan)
(Johan menulis cerpen hari guru)
(PUM)
(PKS)
ataupun
(saya dapat pegi Mesir)
(saya pelajar terbaik pmr 2010)
Semua kejayaan kami adalah sumbangan daripada guru-guru
(Nyanyi)kau abdikan dirimu tuk semua
menerangi gelapnya dunia
ikhlas hatimu bicara
kau lakukan demi cinta
yang kan membawamu ke syurga
oh guruku, di hatiku doaku selalu untukmu
Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Kami menghargai setulus jiwa kami…
Bicaramu guru kan kami ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...