Wednesday, April 28, 2010

Pernahkah Memikirkannya?

1. Kepada orang kaya, tidakkah mereka pergi memikirkan tentang orang miskin?

2. Kepada mereka yang berjaya, pernakah mereka memikirkan tentang orang yang gagal?

3. Kepada mereka yang cantik, tidakkah mereka pernah memikirkan tentang orang yang hodoh?

4. Kepada mereka yang bijak, tidakkah mereka pernah memikirkan tentang orang yang dungu?

5. Kepada mereka yang alim, tidakkah mereka pernah memikirkan tetang orang yang jahil?

6. Kepada mereka yang petah berkata-kata, pernahkah mereka memikirkan tentang orang yang bisu?

7. Kepada mereka yang fasih, pernahkah mereka memikirkan tentang orang yang gagap?

8. Kepada mereka yang serba sempurna, tidakkah mereka memikirkan teatang orang yang serba kekurangan?

9. Kepada mereka yang kurus, tidakkah mereka memikirkan tentang orang yang gemuk?

10. Kepada mereka yang selalu berfikir, adakah mereka selalu memikirkan tentang semua ini?

Sunday, April 25, 2010

Tolong!! Jangan Ganggu Hidup Aku.

"Aku rimas, Aku geli, Aku menyampah,"

Adeh, siang tadi kan, Cik Noni merupakan pengemas rumah aku setiap hari Ahad datang seperti biasa. Hari ni, mak aku suruh dia kemas almari yang kat belakang tu ada tikuis. Nasib baiklah, aku pergi tuisyen. Kalau tak, blueeeeeeeeeeeeeeeek nak termunta aku.

Dalam perjalanan balik ke ruma, mak aku bagitau yang kat belakang almari tu ada empat..E.M.P.A.T!!!!!4 ekor tikus. Adeh, nak pengsan aku mendengarnya. Tak aman tau tak ada tikus banyak. Dah la GELI GELEMAN!!!!!

Pastu, aku balik. Waktu tu tengah kemas skit. Cik Noni bagi aku plastik putih yang diikit. Aku pun, apa ni? Aku tak tahu. So, aku pun bukak plastik tu. Nak tau ada apa?????Ada tikus!!!!!MAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!aku jerit tak sangga. Betapa gelinya tau tak!

Monday, April 05, 2010

Peristiwa Selepas Exam

Exam dah habis.

Sedang menunggu result.

Oh, result.

Baru dapat Pendidikan Islam je. Aku selalu bersyukur dengan apa sahaja result yang aku dapat. Markah aku kali ini meningkat! A+.Alhamdulillah. Semua orang dapat A. Aku tahu, semua orang kata senang.

Aku tak dapat 100%, tapi aku cool je. Tapi orang lain, walaupun sudah mendapat 99% sudah tidak berpuas hati. Dia tak fikir ke, macam mana perasaan orang yang dapat markah rendah daripada dia?

Ya, saya sudah tahu. Orang yang cemerlang sentiasa mahukan yang the best. Bukan macam aku, yang hanya berpuas hati dengan apa yang aku dapat dan mengharapkan peningkatan. Aku bukan nak perli sesiapa dan aku tak cakap aku bagus.

Selalunya, bila orang lain tanya, "markah ampa berapa?"

"Alah, sikit je. 97% je."

Ok, bagi dia, sangat sikit dia dapat markah itu. Jadi, kalau banyak itu sikit, maknanya orang yang markah rendah daripada dia, dia akan rasa lebih sikit.

Bila orang kata, "Ampa terer la". Dia akan cakap "Ish, kami tak pandai pun". Dia mendapat markah paling tinggi. Tapi dia kata dia tidak pandai sangat. Memanglah, kalau dia kata dia pandai, orang akan anggap dia sombong pulak.


Aku tidak pernah mencemburui orang yang mendapat markah banyak-banyak ni, malah aku gembira markah mereka elok. Mereka jarang atau tak pernah dapat markah yang biasa atau rendah sebab itu, mereka tak pernah merasai bagaimana perasaan dapat markah rendah ini.

Wahai orang orang yang bijaksana, bersyukurlah dengan apa yang kamu perolehi.

Saat untuk Menempelak Diri.

"Aku tak sesempurna seperti dia, amat terasa apabila dibandingkan"

Ya, aku tahu semua manusia tidak sempurna kecualila Nabi Muhammadd S.A.W. Baginda kekasih Allah.

Tetapi, ketidaksempurnaan aku dapat dilihat dengan jelas. Aku tidak pandai menyembunyikannya. Tidak seperti dia, segalanya lengkap. Shakhsiahnya, agamanya, ilmunya, fizikalnya. Semua orang memuji dan mengagumi dia. Aku juga. Bukanlah aku membencinya. Tidak, cuma agak terasa kerana dia akan dapat segalanya yang dia impikan. Dia bagaikan tidak pernah kalah, tidak pernah kecewa kerana dia mengharapkan semuanya daripada Allah. Dia jarang memikirkan tentang dunia. Hadir ke kelas lewat, satu amalan biasa baginya kerana tidak gopoh dalam melakukan sesuatu perkara. Tetapi dia tidak perna dimarahi. Sedangkan bila orang lain berbuat sedemikian, mereka akan disoal siasat seperti penjenayah yang melalukan kesalahan. Ya, sebagai manusia yang tidak sempurna ini jelas aku cemburu, cemburu dan cemburu. Segalanya dia, dia dan dia.

Kalau hendak membandingkan aku dengan dia, aku jauh..jauh di belakang. Kalau senaraikan orang yang paling jahat di sisinya, aku mungkin di tangga pertama.

Jahat. Aku seorang penjahat di fikirannya, mungkin. Aku sombong jarang membantu orang dalam kesusahan. Dengki, aku dengki terhadap orang-orang yang lebih daripada aku. Lemah, aku lemah menghadapi rintangan yang mendatang. Malas, sifat yang sentiasa ada dalam diri. Banyak lagi. Banyak. Kalau disenaraikan kebaikan dan keburukan aku, sudah semestinya keburukan melebihi.

Kenapa? Dia boleh. Kenapa tidak aku? Ikah, ini semua dugaan yang Allah bagi, aku bersyukur menerimanya. Sekurang-kurangnya aku sedar, bukan senang mahu mendapatkan sesuatu yang aku impikan. Moga moga, segala keburukan aku ini terhakis.

"Ya Allah, Kau berilah rezeki kepadaku,
Kau kurniakan aku rahmat dan berkatilah hidupku.
Kau berilah aku kebahagiaan, dalam pada itu,
Kau timpakanlah kepadaku ujian dan kejayaan yang seimbang."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...