Thursday, December 28, 2023

Kehidupan di Perlis

Hari tu sis ada ternampak satu posting dekat ni, orang suka nak beli rumah dekat Perlis sebab tenang. Tenang sangat memang tenang. Tapi anda tahu tak Perlis ni negeri yang terpanas di Malaysia. Cuaca dia masyaAllah panas. Kalau orang yang tak sabar tu memang baran dia tinggi sis rasa sebab cuaca kot.


Yang paling best sis rasa Perlis ni kecik je so mana mana kita nak pergi memang dekat. Xde jem, xde toll. Semua jenis rilek rilek je. Sis ni sejenis suka dekat dekat je. Sejenis suka sampai 5 minit je sejenis bersiap cepat jugak. So sebab tu lah sis xsuka make up. Kalau kat Perlis tak bersiap sis rasa biasa je semua orang lebih kurang macam tu. Tak rasa insecure pun. Tapi bila datang KL, rasa hodoh terus. Nampak semua gegadik cantik dan pandai bergaya.


Makanan kat Perlis bagi sis agak murah dan porsinya sangat banyak melimpah. Sebab tu lah orang Perlis sedap sedap badannya. Makanan pun sedap ikut tekak sis lah. Paling favourite sis cendol. Kat Penang pun cendol sedap. Kat Selangor ni, alah alah lemahnya. Mahal saja..cendol durian saja RM25 uols. Terkejut sis. Tak silap sis pernah makan cendul durian RM10 ja dulu. Sedapnya tak pulak. Sorry la tercompare pulak 😅


Next, semua orang ramah. Orang yang tak kenal pun kita boleh panggil dia kak cik la abang long la. Mak cik pak cik semua kebanyakannya ramah tamah. Sis tak rasa annoying pun lagi suka ada la. Untuk orang luar maybe akan rasa agak kasar dengan certain bahasa utara ni, padahal biasa je. Kadang tu nak bergurau je kot. So jangan la terasa hati. Tapi orang luar maybe akan rasa xde common sense kot. Nak cerita pasal common sense ni, semua orang dilahirkan berbeza beza, dibesarkan dengan cara berbeza so bukan semua orang faham dan ada common sense yang sama.


Tu je lah kot nak cerita setakat ni, ni cuma pandangan peribadi sis je lah 😊

Saturday, December 09, 2023

Kesilapan Membeli Rumah Pertama

Assalamualaikum semua!

Hari ni aku nak cerita sikitlah pengalaman aku membeli rumah pertama. Lain orang lain ceritanya kan. Aku decide nak beli rumah sebabnya aku dah tak tahan asyik menyewa. Masa aku study degree dulu, aku antara pelajar yang tak dapat hostel so aku malas dah nak fight aku decide untuk duduk luar ye lah since year 2 ye. So few years sampai aku grad aku menyewa dan berkongsi dengan other housemates ye. Macam macam drama sangat aku dah tak larat nak hadap. Sebab tu aku decide nak beli sebab bayar lagi murah dari menyewa dan aku boleh deco deco rumah tu ikut suka hari aku.

Masa tu aku baru start kerja. Aku baru je grad. Aku terus survey rumah. Lokasi rumah biarlahy rahsia ye. Aku beli rumah flat je sebab tu je yang aku mampu ketika tu sebab gaji masa tu bawak 2k je. Mana mampu nak beli rumah mahal mahal. Then aku survey dari mudah.my je. Masa tu pkp kot. Aku jumpa agent and bayar booking fees.  Submit documents semua then tunggu loan lulus. Aku belum tengok rumah tu ye terus booking. Tapi of course lah sebelum sign loan tu aku dah tengok rumah tu dan berkenan. 

Nak jadikan cerita, masa tengok rumah semua ok. Tapi bila dah dapat je kunci macam macam cerita timbul. Proses nak dapatkan rumah tu setahun ye, dalam tempoh tu aku tak pernah melawat pun rumah tu dan tinggal di negeri lain. Kenapa aku beli rumah di negeri lain? Sebab aku bekerja di negeri tu dan plan nak settle down dekat situ je. Jiwa dah selesa kan, so kita nak stay situ je tak nak pegi mana mana dah. Tapi tulah kita hanya mampu merancang je, tak tahu apa akan jadi in future.

Sambung balik cerita tadi, masa aku dapat kunci rumah tu, guess what aku nak pegi tengok rumah la kan. Tup tup aku nampak jiran sebelah ikat anjing depan rumah aku. Dan diorang tak ada kat rumah berhari hari. So macam mana aku nak masuk? Buat aku angin betul. Aku terpaksa balik lah. Rasa tersilap beli rumah pun ada sebab aku tak siasat sapa jiran aku kan. Tapi aku sabar dulu. Kita cakap elok elok la dengan jiran kita tak suka anjing. Geram gila masatu.

Next kesilapan aku, aku tak survey habis rumah lain jugak yang lagi better. Jiran jiran kat situ semua api apikan aku cakap rumah yang aku beli tu mahal sangat sebenarnya. Bagi aku diorang compare dengan harga masa diorang beli rumah kat situ yang berpuluh tahun yang lalu. Aci ke macam tu? Aku pekakkan telinga sajalah sebab dah terbeli. Bagi aku jangan suka menyesal benda yang telah berlalu. Move on je lah kan.

Kesilapan aku jugak aku rasa aku beli rumah terlalu awal. Tak sampai setahun aku kena pindah tempat kerja ke negeri lain. Wakakakaka. Dan kena berkongsi rumah pulak. Hahaha. Gitulah apa yang kita plan tak semestinya sentiasa dapat kan. Itulah hidup. Sekarang ni aku dah tak nak beli rumah dah. Walaupun aku hampir beli rumah kedua, tapi aku sempat cancel plan tu. Sebabnya cita cita aku sekarang ni nak jadi suri rumah je. Kalau aku banyak commitment susah aku nak bina keluarga nanti rasanya. Aku nak anak aku selesa dan aku boleh bagi apa yang dia nak. Kalau aku banyak commitment aku maybe akan pikir nak kerja je. Well itu angan angan dulu saja buat masa ni kan. Angan angan kan percuma!



Friday, December 01, 2023

Athirah Merengek

 Salam my dear readers,

Hari ni aku nak cerita sikit pasal Athirah.. haaa sape pulak Athirah tu?

Aku namakan kereta aku Athirah ler hehe sebab Attrage kaler merah. Aku mmg dari dulu bagi nama kat kereta yang aku pakai. Rasa tak de lah keseorangan boleh kehulu kehilir dengan Athirah ni kan.

Athirah ni kereta lama, aku beli second hand je. Lately kereta ni berbunyi bila berjalan. Aku tak tau mana salahnya. Aku takut nak pegi bengkel. Takut kena tipu hehe. Malu la jugak bila berjalan kereta berbunyi pelik. Mak aku kata kereta lawa dah tapi bunyi macam kereta buruk. 🤣 

Gitulah nantilah aku try bawak pi bengkel tengok apa masalah dia. Baby aku ni la…. Tiap tiap bulan ada saja. Hari tu penah kena ketuk pastu tayar pancit pulak. Masa tayar pancit tu aku tak perasan sangat tapi ada masalah bila tekan brek so aku bawak pi cek tengok tengok masalah tayar. Haih laaa baby. Nasib baik masih sayang.