Thursday, April 04, 2024

Selamat Tinggal Menara Shell

 Salam Ramadhan Semua..

Hari ni aku nak cerita aku dapat tawaran kerja baru! Kali pertama aku dapat dua offer serentak. Dua dua bagus dan buat aku keliru nak pilih yang mana. Gaji ok, position yang aku nak tapi aku memilih untuk pilih kerja yg ikut office hours dan fix shift dan weekend aku dapat cuti dan dan dan jugak aku dapat cuti masa public holiday!! Wuhuu terima kasih ya Allah. Allah dah kabulkan doa aku. Aku memang nak sangat cuti masa public holiday dan fix shift. Kalau masa single aku ok je kerja shift aku takut kalau aku dah kawin nanti macam mana? Dan aku rasa tempat kerja kali ni aku boleh pakai fon masa bekerja. Aku memang tak pernah dapat kerja yg boleh pegang fon masa kerja rasanya. 


To be honest, aku suka je kerja aku yg sebelum ni. Kawan kerja yang smart, polite, respectful semualah.. kerja pun ok walaupun dah bosan sikit hew hew. Office dekat menara shell, rasa sangat gah gitu, facilities pun ok. Apa lagi yang aku tak puas hati aku pun tak tahu lah. Semoga perjalanan kerjaya aku lebih maju jaya lepas ni. Good luck Farah!! You can do it!!







Friday, March 15, 2024

Cuba untuk memahami lelaki

 Salam my dear readers,


Walaupun sis tak tahu ada ke yg baca blog sis ni, tapi tetap nak menulis dan luahkan disini. Acenilah, sis cuma nak meluahkan rasa di sini. Sis tak tahu nak luahkan kat sape sebab sis duduk sorang je. Yang tak suka pegilah main jauh jauh. Sis nak cerita yang sis ni banyak bekerja dengan lelaki. Sis bila bekerja, cukup sekadar cakap pasal kerja je hal personal kalau nak share kita dengar je lah. Gitu. 

Sumpah dari dulu sampai la sekarang, sis memang tak faham lelaki. Rasa macam nak hempuk je kepala sekor sekor tu. Sis geram sebenarnya. Apa kau nak apa sebenarnya? Orang lelaki ni memang suka main main ke ye? 

Sis memang tak faham lelaki. Kadang tu rasa benci pun ada. Tapi tak baik pulak nak fikir macam tu sebab lelaki dan perempuan ni patutnya saling melengkapi. Gitu. Tapi maybe suasana aku dibesarkan kot membuatkan aku rasa aku tak perlukan lelaki. Aku dibesarkan tanpa ayah depan mata. Lepas tu pergi pulak sekolah semua perempuan. Abang? Aku suka je abang aku tapi aku menyampah dengan keputusan yang abang aku buat. Sekarang aku rasa lantak kau lah nak jadi apa pun, jangan menyusahkan aku dah la.

Salah ke jadi perempuan independent? Kalau tak drive sendiri, kerja cari duit sendiri macam mana aku nak hidup? Cuba cerita sikit. 

Yang aku nampak sekarang ni ramai sangat yang lembik dan suka sangat ambil kesempatan pada perempuan. Suka nak ambik duit perempuan. Yang lelaki malas kerja, malas pening kepala. Menyampah la lelaki macam ni. Yang insecure tu pulak satu hal. Tak boleh perempuan lebih dari dia. Apo lah.. Tak fahamlah aku. Belum cerita anak mak lagi. Hmmm aku memang tak faham lelaki.

Tuesday, March 12, 2024

Aku Dah Jadi Mak Cik!

 Hi uolls, how’s your life so far? Ok ke tu?

Aku just nak cerita je yang aku dah jadi mak cik!!!

Naik pangkat dah.. huhu

Al kisahnyaa abang aku baru je dapat baby.

So aku jadi mak ucu lah.. gituuuu

Babynya comel sangat macam aku jugak la.. hehehehhe

Aku tak sabar nak jump baby esok.

Nak peluk kuat kuat

Nak cubit cubit pipi dia tu…

Hey hey happy nyaaa 

Tu baru anak sedara belum anak sendiri lagi 😌

Anak sendiri tu, aku rasa kiamat dulu kot. 

Sunday, January 28, 2024

Sekolah Buang Masa

Baru baru ni tular cerita berkenaan influencer yang cakap sekolah tu buang masa. Buang masa bagi dia. Mungkin dia boleh survive dengan tak bersekolah dan pandai cari duit sendiri sebab tu dia boleh cakap macam tu. Sis panas betul kalau orang cakap education ni tak penting, buang masa dan buang duit. 

Panas sebab sis sangat mementingkan pendidikan ye. Dari kecik sis sejenis yang suka belajar. Bukan sejenis yang suka melawa. Tak cantik tak pe tapi biarlah pandai. Salah ke nak jadi cerdik dan pandai belajar? Sis dulu kecik kecik gemuk, selalu orang ejek dan tak pandang. Jadinya dengan belajar je sis akan rasa diri sis dihargai. At least rasa jugak ada masa depan. 

Influencer tu maybe bagi dia ok je tak sekolah tinggi. Tapi dia akan pengaruhkan budak budak untuk malas belajar. Bahaya kalau dari kecik dah malas belajar. Generasi akan datang akan lagi malas nak belajar. Pengalaman sis masa kerja fnb dulu ada je budak yang tak reti membaca. Susah nak ajar budak macam ni. Kalau susah nak ajar jadinya susah la dia buat kerja nanti. 

Belajar ni susah. Belajar di sekolah dulu rasa susah. Belajar di universiti laaagi susah. Tapi itu namanya cabaran. Cabaran kehidupan. Bukan belajar teori je tapi belajar jugak macam mana nak survive. Tempat pembangunan sahsiah. Belajar adab. Rasanya berbeza dengan orang educated dengan tidak educated. Bukan sis nak rendahkan orang yang tak dapat peluang sambung belajar ke apa, tapi berdasarkan pengalaman, orang yang tak belajar tinggi ni circle dia selalunya bercakap kasar dan tak ada adab. Tak kisahlah laki ke perempuan. Perempuan pun ada yang jenis cakap kasar dan suka mencarut. Pada pandangan sis, belajar ni seumur hidup. Dari kecik sampailah sebelum mati. Jadinya belajarlah untuk tidak berhenti belajar.





Wednesday, January 03, 2024

Bersyukur Sebab Gemuk

 Salam sayang semuaaa..

At this moment aku rasa aku bersyukur penampilan aku kategori berisi dan gemuk pada pandangan masyarakat. Bersyukur walaupun gemuk tapi sihat. Alhamdulillah. Cumanya sakit aku hanya satu iaitu obesiti. 

Pada pandangan masyarakat orang gemuk ni pemalas ya. Sebenarnya betul dan juga tak betul. Betul sebab ya orang gemuk yang malas nak exercise dan jaga makan memang akan tetap terus gemuk. Tapi tak semua sebenarnya. Dan sebenarnya orang tak tahu yang orang gemuk ni ada habit yang kadang tu dia pun susah nak kawal. Penyakit binge eating atau penyakit pantang tengok. Kadang kalau orang offer makanan pun takkan kita tak nak jamah? Kalau mak masak takkan kita tak makan? Mesti terasa mak hati mak kita.

Pasal exercise pulak, kalau orang gemuk tu kena ejek dari kecik, trauma tu akan kekal sampai ke besar sebenarnya. Cabaran orang gemuk, memang sentiasa nampak jelik pada pandangan masyarakat. Nak cari jodoh pun susah. Jodoh pun lari. Masa aku join website cari jodoh hari tu kebanyakan lelaki akan tulis BMI normal sebagai kriteria untuk dia jadikan isteri. Aku faham mesti la dia nak orang kurus kan. Terasa sikit di situ. Antara orang gemuk dan orang kurus semestinya orang kurus akan dipilih. Budi yang baik dan agama tak penting sebenarnya di mata lelaki asalkan cantik. Ni betul sebab aku pernah lelaki cakap macam ni. Sebabnya dia fikir dia boleh didik perempuan tu. Kalau tak pakai tudung tak apa nanti lepas kawin boleh berubah. Kalau jahat pun tak apa boleh dididik. Ni aku dengar sendiri ya.

Aku jugak bersyukur di saat ini aku masih belum berkahwin. Aku boleh fokus bina kerjaya, aku boleh habiskan pengajian aku, aku boleh buat apa yang aku suka, aku boleh spend time masa dengan mak aku. Cumanya aku tak ada keluarga sendiri tak ada anak. Kalau itulah takdir hiduplah bujang sampai ke tua ye dok. Bahagia je hidup macam ni. Cuma tulah sunyi gila. Hidup sorang sorang sangat sunyi. Rasa hampir gila pun ada.