Saturday, December 17, 2011

Susah Sebab Lupa.

Bismillah..


Fuh..Lama benar rasanya tak tulis blog nih..erm..rasa rindu pulak nak tulis tetiba ja malam nih..<--hah, ayat apa nih. Tak pa baru la stail skit.

Musim cuti. Biasa la. Bagi form 4. Macam saya. (buat ayat pendek-pendek pulak dah..tau la nak ringkas. Ok, malam ni saya nak tulis panjang sikit) Sambung pada yang tadi, waktu-waktu yang sebaya dengan saya ni, iaitu tahun depan akan menghadapi SPM (sijil pinangan masuk ke? ahaks) atau sewaktu dengannya, nampaknya ramai la yang amik tuisyen. Termasuklah diri ini. Antara subjek-subjek yang menjadi pilihan ialah 'off kos' lah Add Math, Fizik, Biol, Chem, Akaun sebab ramai yang tak berapa nak terrer dalam subjek tersebut. Tersebutlah kisahnya, saya hanya mendaftar untuk dua subjek sajalah iaitu Add Math + P. Akaun = InsyaAllah A++ SPM <--hah, equation yg xkena kot..hantam sajalah...Apa kes cerita panjang-panjang padahal tak dak point ni kenapa. Entahlah, malam ni tangan ni rajin sikit. Tak teringkas plak dah.

Waktu kelas, cikgu just ajaq tajuk-tajuk form 4. Nampaknya memang kami betul-betul lemah untuk sesetengah tajuk lah. Ada yang bagi alasan cikgu tak ajar lah, cikgu ajar tak faham lah kat sekolah..dah lupa dah la..macam-macam lah. Erk..kalau bagi aku pulak, aku pilih alasan yang last sekali tu. Aku akui, manusia ni mudah lupa. Then, bila dah belajar balik tajuk tu, rasa macam..uh, senang rupanya tajuk ni. Bila dah senang, mulalah buat endah tak endah..tak ulangkaji, tak buat latihan etc. Ye lah ada yang bagi alasa, baru form 4 rilek la dulu. Hah, bila hujung tahun dapat markah teruk baru rasa terhantuk, baru mula nak pi tuisyen semua. Tapi bagus lah pi tuisyen tak buang masa. Sebenaqnya, apa yang aku nak highlight kan kat sini, kita jadi lemah sesetengah subjek tu, sebab kita sendiri. Kalau aku, aku salahkan diri aku sendiri. Aku tak salahkan cikgu. Cikgu dah ajar. Patutnya kita perlu buat sesuatu kalau tak paham ka, lupa ka.

"Sebenaqnya, ilmu dunia, ilmu ciptaan manusia ni senang ja. Kita belajaq, kita dapat jawapan. Tapi ilmu akhirat, syurga..neraka..sangat susah.. kita tak tahu rupa asalnya bagaimana" <--kata-kata cikgu aku.

Dan persoalannya, kenapa ramai orang asyik kejarkan ilmu dunia yang senang ni, sanggup habiskan wang nak pi tusyen belajaq ilmu dunia yang sementara ni .

Tapi, kelas-kelas agama di masjid yang free tu, ramai ke yang nak datang?






Wednesday, October 26, 2011

Soalan Trial SPM (SBP)

Aku bukak entri ni dengan "Bismillah"

Hehe..aku tau skarang para calon SPM dah sibuk buat soalan-soalan trial..huh, walaupun begitu, aku tetap nak jugak share soalan trial sbp..harap dapat membantu mana-mana pihak lah..

klik je link...n download pastu print pastu jawab..hehe..saja ja nak gtau walaupun zaman la ni semua org pakat tau dah..

1. Bahasa Melayu 
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Arab
4. Matematik
5. Biology
6. Chemistry
7. Physics
8. Pendidikan Syariah Islamiah
9. Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah
10. Sejarah
11. Add Math
  • paper 1
  • paper 2
  • scheme paper 1
12. Prinsip Perakaunan
 13. EST

Saturday, October 22, 2011

Mari bina istana di syurga

Subhanallah...

Kelak semua manusia akan menghadapi akhirat..syurga atau neraka, itulah penghujungnya..kejayaan yang sebenar adalah di syurga..

Di sini..di dunia..tempat menanam..di sana kita menuai..

Ayuh, kita bina istana di syurga dengan lafaz zikrullah dan amalan soleh..

Sesungguhnya, sekali lafaz SubhanAllah, Alhamdulillah, La ilaha illa Allah, Allahu Akhbar..

Akan tumbuh pokok di dalam syurga..dan pokok itu bayang2 nya ibarat seekor kuda yang berlari dengan laju selama beribu-ribu tahun untuk menghampiri pokok itu..

SubhanAllah..sungguh luas syurga...

Lucu biar kena tempat...

Aku mulakan dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, aku dapat sampai ke rumah tercinta semalam..walaupun pada awal perjalanan terdapat sedikit cacatnya..tak pa lah..kita merancang, Allah juga merancang,tapi Allah lah sebaik-baik perancang..

Kat sini just nak share satu perkara la..erm..smalam dalam perjalanan pulang dari klang..kitaorang naik satu bas ngan muslimim+muslimat..then, muslimin pasang la crita-crita yang lagha ni..aku pun terkejut la hai, baru ja keluaq dari KI dah tgh benda2 lagha ni..panas ni,,panas..ok tak pa..rilek la..tapi aku pun tengok gak..hehe..

then waktu al-Mulk, sorang muslimin ni bagi tazkirah..erm..even kalau kita tgk crita2 lagu tu, kita ambik pengajaran dari crita tu, crita tu kan, pengarah dia nak buat crita islamik, tapi tak kena cara dia..memanglah, kalau nak sampaikan sesuatu dalam bentuk lucu lagi senang diterima daripada yg skema ++.Tapi jangan la buat sesuatu yg lawak sampai menjadikannya seperti mempersendakan Islam..contohnya, ajak orang solat tapi, diri sendiri pergi disko, minum arak ++. Ajak orang solat memang baik, tapi, kita perlulah islahkan diri kita dulu barulah org senang nak dengaq ckp kita..mcm tu lah..

Nak ckp kat sini..kena la husnu zhon...berfikiran positif...nak buat sesuatu tu kena la rujuk pada yg lebih berilmu...



Saturday, June 04, 2011

cinta pertama & cinta terakhir

Entah tiba-tiba hari ni rasa nak dengar lagu ni..hehe



Cinta Pertama - Far East



Cinta Terakhir - Aiman

cintailah seseorang karena kekurangannya,,,karena suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya,,,dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya,,,karena suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tau kekurangannya....sesunguhnya diriku ikhlas mencintaimu


huh, kata-kata di atas tu aku copy je...

Friday, June 03, 2011

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?

Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.

Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

- Artikel iluvislam.com

Wednesday, June 01, 2011

Kisah Si Bulu Mata

Diceritakan di har...i pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,
“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”
“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”
Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,
“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,
“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,
“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,
“Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani,
“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,
“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,
“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”
Malaikat menjawab dengan tenang,

“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

Tuesday, May 31, 2011

Tudung Wanita..

"...tudung wanita itu ada 4..tdg pd wajahnye, tdg pd mata, tdg pd suara, tdg pd hati..

>tdg pd wjh, jgn smpai wjhnye m'undg ftnah, kcntikan adalah buat suami bkn pameran utk llaki ajnabi..

>tdg pd mata, jgn matanya mmndg llaki slain muhramnye..solehah yg HAKIKI, tidak dipndang dan tidak mmandang..

>tdg pd suara, jgn dilunak2 kan dgn tjuan mmikat & m'pesona..

>tdg pd hati, m'ingati ALLAH dgn tasbih siti fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan allahuakbar..."

mudah-mudahan kita tergolong dalam wanita yg solehah..(amin..)

............

Melihat kepada gambar2 sahabat sahabat di semekap, timbul rasa kejelesan pulak. Dimana mereka sudah ada yang melangkah ke peringkat kebangsaan dalam pelbagai acara, mengurus sebuah organisasi dengan bestnya..huhu..pendek kata, kalaulah aku di semekap dulu, boleh aku sertai mereka. Sekarang peluang aku untuk merebut peluang itu semakin nipis. Aku terpaksa bersaing dengan orang yang hebat hebat di sini. Mampukah aku? Perlukah aku mengundur diri dan biarkan impianku yang tertanam di sanubari sejak dahulu lagi terkubur begitu saja? Ya Allah, Kau sajalah yang mampu memberiku sepenuh kekuatan. Mampukah aku Ya Allah?

Aku tak menyesal kerana berpindah. Tidak, tak perlu. Jangan buang masa menyesali dengan kekesalan yang tidak berguna. Tapi, aku mengharap agar aku akan jadi lebih baik dari sebelumnya. Jangan, jangan berpatah balik, Ikah. Kuatkan hati untuk meneruskan perjuangan di bumi waqafan. Aku tenang di sana. Sangat. Di sana, aku mula jumpa dengan suasana yang cukup damai. Suasana yang harmoni. Dimana ikatan ukhuwah yang terjalin cukup manis.

Tuesday, April 05, 2011

Ilusi Optik, sgt menarik mengukur stress

Gambar-gambar ini dipergunakan untuk mengetahui level stress yang dapat ditangani seseorang. Semakin perlahan pergerakan gambarnya, semakin baik kemampuan seseorang mengatasi stress.
Seorang guru mengatakan “saya merasa gambarnya bergerak tetapi perlahan, seperti bernafas”. Seorang kriminal yang pernah di test mengatakan gambar-gambar tersebut berputar sangat cepat. Seorang usia lanjut dan anak-anak mengatakan gambatnya tidak bergerak. Gambar-gambar ini tidak ada yang animasi, semua adalah gambar statis.



do copy-paste dari We're The Hero of Our Own Story

Tuesday, February 01, 2011

Semakin bosan..

Blog ini ternyata semakin membosankan para pembaca juga penulis sendiri.

Harap maklum. :p

Wednesday, January 26, 2011

Kebahagiaan dalam Perpisahan

Sedang mendengar lagu Doa Perpisahan~..

Tak lama lagi, lagi dua hari saja lagi, saya akan pergi, pergi dari smkap..

Saya rasa ramai yang gembira apabila saya melangkah pergi dari sekolah ini..Tetapi berbeza dengan rakan saya yang dua orang lagi yang akan berpindah. Mereka merupakan ayam tambatan sekolah..semua orang sedih mereka pergi..

Sunday, January 16, 2011

Tak disangka

Dulu, rasa macam tak mahu isi ja borang SPBI.

Tak sangka, dapat pula. Aduh, susah untuk memilih.

Kalau boleh, tak nak keluar.

Mak suruh pikiaq dulu.

Pikiaq duluuu.

Ataupun try pi dulu.

Bagus jugak kalau pergi.

Thursday, January 06, 2011

Sawan Jawatan

Ketua adik-adik.

Pengerusi Persatuan Puteri-puteri Cantik Malaysia.

Pengerusi Kelab Hampar Tikar.

Pengerusi Persatuan Jaga Tong Sampah.

Pengerusi Rumah Sukan Merah Campur Biru.

"Cikgu, nama saya Joyah. Saya nak jadi pengerusi ja tau macam Barak Obamma waktu sekolah dulu, xmau jawatan lain."

Nah ambik, sawan teruih.

Tuesday, January 04, 2011

Perompak kasut

Pagi tadi keluar rumah nak ke sekolah.

Sebelum masuk kereta,

mestilah nak kena pakai kasut kan.

tengok kat almari, kasut xdak.

carik tempat lain pun xdak.

hai, sapalah nak amik kasut tuh.

dah la baru beli pulak.

nasib baik ada kasut faiz->abang kandung saya..huhu

Lepas ni, boleh beli kasut lain..Hehe..

Monday, January 03, 2011

Kerana Mike!

Huh,

sebab Mike,

semua jadi payah,

tanpa Mike, kami kena marah!

Mike kat sekolah bukan cukup sangat.

Selalu rosak pulak tu.

Payah nak pasang pun ada yang tak tahu.

Mike, mikrofon lah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...