Sunday, March 18, 2018

Pengalaman bekerja part time di DAISO

Salam dan selamat sejahtera dear readers!!!!!!!!!!

Hari ni ada mood nak menulis sikit..hehe almaklumlah bila free free ni bosan pulak tak buat apa apa..nak cerita pengalaman aku kerja di Daiso..Daiso ni terletak di salah sebuah mall di Penang..heehee ce teka kat mana?

Sebelum tu nak bagi tahu, aku kerja part time ni semasa semester kedua aku di USM, memang saja nak kerja memandangkan subjek yang aku amik tak de lah berat sangat...ok, mula mula memang aku try mintak banyak store untuk kerja tapi kebetulan Daiso je yang nak amik part timer..biasalah..kerja dalam mall memang banyak full time je...Alhamdulillah dapat kat Daiso..aku jumpa straight dengan manager dia..dalam dua tiga hari jugak lah boleh approve..kalau korang nak senang dapat kerja memang kena jumpa manager terus sebab banyak je orang apply kerja situ..tapi aku tengok kertas tu diorang tak contact pun..

Ok, kerja part time sini dia punya syarat kena kerja 5 jam sehari minimum..setiap hari..ada sehari je cuti..aku mintak cuti hari rabu sebab hari ni aku ada kelas sampai pukul 6 so tak sempat la nak masuk kerja pukul 6..mula mula aku sorang je kerja, pastu ada kekosongan lagi satu kawan aku pulak join kerja skali..

Sebenarnya aku tak de pengalaman langsung kerja bahagian retail ni, so aku di ajar dari mula lah, bila aku kerja, baru aku tahu betapa penatnyaaaaaaa badan...tapi best sebab dapat kawan kawan kerja yang best..bila aku kerja, aku tahu jugak macam mana nak jadi customer yang bagus agar tak de lah bebankan pekerja yang kerja dalam kedai tu. Bukan tu je, aku jugak belajar macam mana nak handle masa...dah la kena pergi kelas lagi.. nak pergi kerja lagi..time exam and assignment lagi..kadang kadang aku terpaksa stay up untuk siapkan assignment..tapi best..sebab setiap detik waktu tu ada je benda kita isi...

Tapi kan, aku cuma bertahan untuk dua bulan je..hehe..ok la kan...sebab aku nak fokus kat final exam...apa pun, pengalaman kerja sambil belajar ni best la..kita akan rasa kita ni survivor..lepas aku berhenti..aku start buat UBER pulak..hehe..sebab lebih fleksibel..nanti aku cerita pengalaman aku bawak UBER pulak..

1 comment: