Tuesday, May 31, 2011

............

Melihat kepada gambar2 sahabat sahabat di semekap, timbul rasa kejelesan pulak. Dimana mereka sudah ada yang melangkah ke peringkat kebangsaan dalam pelbagai acara, mengurus sebuah organisasi dengan bestnya..huhu..pendek kata, kalaulah aku di semekap dulu, boleh aku sertai mereka. Sekarang peluang aku untuk merebut peluang itu semakin nipis. Aku terpaksa bersaing dengan orang yang hebat hebat di sini. Mampukah aku? Perlukah aku mengundur diri dan biarkan impianku yang tertanam di sanubari sejak dahulu lagi terkubur begitu saja? Ya Allah, Kau sajalah yang mampu memberiku sepenuh kekuatan. Mampukah aku Ya Allah?

Aku tak menyesal kerana berpindah. Tidak, tak perlu. Jangan buang masa menyesali dengan kekesalan yang tidak berguna. Tapi, aku mengharap agar aku akan jadi lebih baik dari sebelumnya. Jangan, jangan berpatah balik, Ikah. Kuatkan hati untuk meneruskan perjuangan di bumi waqafan. Aku tenang di sana. Sangat. Di sana, aku mula jumpa dengan suasana yang cukup damai. Suasana yang harmoni. Dimana ikatan ukhuwah yang terjalin cukup manis.

No comments:

Post a Comment