Friday, April 29, 2011

Setiap patah kata itu doa..

Bismillah..
Nampaknya sudah lama ana tak tulis blog nih...sehingga kadang-kadang tu terlupa akan kewujudan blog ini..

ana tak sangka pun..ana akan jadi sebizi ini..heh,,bizi ke? tak lah...ana tak layak kot cakap ana n bizi sebab ada lagi orang yang lebih bizi daripada seorang pelajar tingkatan 4 ni..cuma almaklumlah, ana ni baru tahun ni masuk asrama..lepas sebulan, baru boleh balik rumah..

hari ni, sebenarnya ana tak tahu pun mahu menulis tentang apa sebenarnya..tetapi hati ini terdetik mahu cerita tentang..kita akan dapat apa yang tidak mahu..tetatpi kita boleh mendapatkan sesuatu yang kita hajati dengan doa dan usaha...

Dulu, ana tak prnah terfikir pun mahu duduk di asrama sebelum PMR..kalau org tanya, ana nak pindah tak? ana dengan yakin ana akan jawab tak, ana tak nak pindah. Ana tak ada niat pun nak pindah. Tup..tup..tahun ni, ana pindah jugak ke sebuah sekolah..lebih senang digelar 'bumi waqafan'

Ana tak sangka ana boleh dapat SBT (sekolah bdk tensen) ni, ana bukannya pandai sgt. Aktif pun tak kot..erm..tapi ana terfikir..dulu, waktu form 2 ana ada berangan je nak masuk situ. Tapi tak lah obses sangat. Biasa-biasa saja. Ana akan tulis dalam blog yg dekat about me tu 'will be a kisasian'..kat myspace,friendster semua ana tulis rasanya. Ana juga berdoa harap boleh masuk situ. Mungkin Allah kabulkan doa ana.

tup-tup, bila dapat je ana terkejut. waktu form 3 ana dah cakap tak nak pindah. Ana sedih sebab kawan ana yang nak sangat-sangat tak dapa. Tapi dengan hidayah Allah, ana pindah. Mungkin Allah dah tetapkan apa yang terbaik untuk ana. Akak akak selalu cakap, kenapa Allah campakkan ana kat sini (kisas)? mesti ada sebabnya, bukan saja-saja je. Bukan ana sorang je yang jadi macam ni, ramai lagi yang dapat kisas tapi tak terfikir pun nak masuk kisas.

Point nya kat sini ana nak cakap, berdoalah kepada Allah apa yang kita hajati. Kita juga perlu bersyukur dengan nikmat Allah. Jangan terlalu berharap dengan apa yang tidak pasti.

No comments:

Post a Comment