Saturday, November 21, 2020

PENGALAMAN TURUNKAN BERAT BADAN

 Ramai yang tegur aku in real life cakap sis dah kurus, ye ke kurus? So hari ni aku nak kongsi pengalaman sis turun berat badan sebanyak 22kg. Perjalanan sis untuk kurus ni bukan selama seminggu, bukan sebulan bukan setahun tapi bertahun tahun lamanya. Cerita sis sangatlah panjang bukan macam orang lain yang boleh turun dengan sebulan dua.

Ok lah, semua orang tahu yang sis ni memang jenis bambam sejak kecil kan..sekarang pun masih bambam cuma kurang sikit je. Sejak sis masuk USM makin menjadi jadi sampai pernah mencapai 99kg. Mungkin terlebih bahagia kot duk USM ni. Mana taknya kalau dah hari hari Subaidah, pegi kelas duduk saja, balik makan tidur. Tak bergerak banyak. Bila dah terlampau berat sis pun tersentak kalau berterusan macam ni jalan sikit pun berpeluh tak larat dan sebagainya.
Masa tahun pertama di USM, sis cuba untuk masuk aktiviti yang bergerak gerak ni contohnya sis masuk perarakan mewakili desasiswa, join juga adikarma tapi untuk penari sampingan sebagai watak hantu je la. Selalu jugak jalan kaki dari saujana ke kelas. Tapi berat sis tak de la turun banyak sangat.
Bermula la pada waktu Kevin Zahri muncul dengan program Jom Kurus tu, tengok peserta peserta dia semua boleh kurus under program tu. Sis pun ikut la cakap dia yang kata kena jaga portion makan. 80% dari pemakanan 20% saja senaman. Start sini sis dah mula kerja part time jadi store assistant. Tapi turun 3kg saja. Ok lah kan dari tak turun langsung. Sis jugak waktu ni dah start masuk gym kat USM, jalan kaki pegi kelas dari rumah (sis duduk Npark blok A) perjalanan memang ambil masa 30 minit sebelum kelas dan sampai kelas memang berpeluh peluh.
Pada suatu hari tahun 2017 masa ni, sis ada pegi program yang student final year dari School of Communication buat, diorang ada buat contest tangkap gambar sapa paling kreatif kalau menang dapat hadiah yang menarik seperti makan di hotel mewah dan dapat free gym membership. Sis dan kawan sis waktu tu memang aim nak hadiah gym tu. Ya, dan kami pun memang dapat free membership untuk 3 bulan. So aku pun merajinkan diri untuk bersenam di gym Orient Fitness dekat Lip sin masa ni. Sebulan dua exercise aku rasa la ringan sikit badan tapi masih berat lagi. Aku banyak berlari atas treadmill dgn basikal pastu join kelas zumba macam tu je la, tak berani nak angkat berat semua.
Aku tak dapat habiskan tiga bulan free tu sebab bulan terakhir tu aku kena pegi internship yang jauh dari Penang, so burn la dekat situ. Waktu intern aku memang nekad nak kurangkan lagi berat aku. Aku memang jaga betul betul makan. Aku jugak buat part time dekat restoran fast food A&w masa ni waktu malam lepas balik office. So bergerak sikit la. Berat aku masa start intern 87kg.
Suatu hari aku terima mesej yang aku dapat free untuk slimming session sempena hari jadi aku sebab aku penah jadi driver Grab dulu, so hadiah daripada Grab la tu. Aku pun terkejut jugak. Wah, free lagi. Memang best tak dapat dinafikan tapi nak cakapnya apa apa pun jaga makanan dengan workout yang paling banyak membantu kalau nak loss weight. Tak payah la nak pi sauna ke apa pun, dia just membantu untuk short term saja. So lepas habis internship berat aku cuma 84kg je xde la loss sangat kan.
Bila balik ke Penang, aku cuba aktifkan diri lagi. Aku memang target nak capai berat ideal baru aku puas hati dengan berat badan aku. Aku pun kerjala part time lagi dekat restaurant. Aku memang nak cari kerja yang banyak bergerak daripada aku pegi gym kena spend duit, baik aku cari duit untuk kurus. Tapi kadang kadang tewas juga sebab boleh makan free kan. Hehe.
Lepas 5 bulan aku tukar kerja, dalam bidang retail pulak. Hehe asyik tukar kerja je aku kan. Kerja baru ni tak la banyak bergerak dari duku, so aku decide untuk subscribe lagi gym Orient Fitness yang aku pegi dulu tu, kebetulan diorang buat promotion waktu tu untuk student pun boleh jugak.
Itulah kisahnya, nak cerita perjalanan nak kurus ni bukan senang, aku jugak ubah cara pemakanan aku dari segi portion kan tapi aku makan je nasi dan lauk macam biasa. Aku tak de la strict tak makan nasi cuma lebihkan sayur dan buah buahan. Kadang kadang masa beli nasi aku aku request nasi separuh. Ada la adik ni siap nak bergurau ‘Makan nasi separuh pun tak kurus kurus jugak’ haaa..aku pun haa tu la gemuk lagi kan.Hai la dik, kau tak pernah rasa gemuk kot tak pe la dik. Atau ada je mak cik tu cakap ‘ni mesti kat rumah makan keropok banyak makan nasi sikit je ni’ aku ouch senyum je la..pandai pulak ye mak cik ni tahu stok makanan aku padahal penat aku telan buah buahan dan tahan diri nak makan cikedis.
Usaha aku selama ni masih belum terhenti, bagi aku kalau nak kurangkan berat kena konsisten, ni paling susah ya sebab tu sis chill je tak strict sangat pun. Kalau tak sis meroyan kang susah pulak. Hahaha. Sis memang target slow and steady. Oh ya, sejak sis pegi gym kali kedua ni berani la sikit sis nak angkat angkat berat tu rugi la kan kalau tak try. Sis pun bukan masuk kelas zumba ja, tapi strong zumba, yoga dengan anti-graviti yoga pun sis join. Dari takut takut nak terbalikkan badan sekarang sis boleh ikut kelas tu. Sebab mula mula takut kang patah tulang kang macam mana pulak kan. Dah la setakat ni je la sis nak membebel. Saja la nak share dengan korang terima kasih sudi baca ya. Doakan la sis boleh capai normal BMI ya. Sejak PKP ni memang ke laut la diet dan workout sis entah ke mana. Dan sis sekarang pun dah dapat kerja work-from-home lagi kuranglah bergerak kan. Hopefully lepas ni sis dapat sambung balik macam sebelum ni. Nah, sis belanja sikit gambar lepas tamat kelas yoga tu.

No comments:

Post a Comment