Saturday, November 21, 2020

Yang sudah dapat dilupakan, yang tiada juga dikejar kejar.

 Cerita dia macam ni, pernah kawan aku cakap ‘bestnya kalau dapat husband yang pandai main piano’ and aku pun terfikir kenapa kena tunggu husband pandai. Kenapa tak kita yang kena pandai main dulu? lepas tu aku pun rasa teringin sangat nak belajar main piano, rasa macam bestnya kalau pandai main kan..pastu masa intern sambil sambil tengah masa free time..aku senaraikan benda yang aku nak achieve masa intern. Kebetulan, ada kedai muzik yang provide kelas jugak kat sebelah office aku ni., so aku pun sign up la untuk kelas kan.

Sis tak de la kaya mana, tapi sis seorang yang sukakan self-development and improvement diri. Sampai sanggup buat dua tiga kerja sebab nak bayar kelas jugak la, untuk tambah skill diri dengan aku percaya yang kalau pandai main piano ni boleh improve focus dan daya berfikir sebab we utilise both of our hands. Haha.
Sis sanggup attend kelas masa break setiap hari Jumaat. Kadang kadang kelas lepas habis kerja tapi sis tak berapa consistent sangat kalau busy sikit kena tangguh the next weeknya..ye la sis intern audit..kadang kadang kena balik lambat tu biasa..progress sis sangat la slow sebab busy pastu sis xde alat nak practice sebab masa amik kelas belum beli kerboard ni lagi..penah jugak pegi kelas lepas kena marah teruk dengan bos..huh..kau rasa aku boleh focus nak main ? dengan emosi tak stabilnya..ye lah tengah koyak..payah la kan..
Kesilapan aku adalah..aku tak de alat nak practice pegi kelas asyik nak repeat previous lesson je kan..tapi tak pe ada je belajar benda baru and cikgu dia sangat best..pastu aku pun decide nak beli benda ni..keyboard ni la kan..kononnya nak main sampai pandai..oh ya..waktu aku beli keyboard ni aku dah habis pegi kelas..maksudnya dah stop kelas..aku fikir boleh je belajar kat Youtube kot..free je..bila beli tu rajin la jugak practice main main..
Sampai sekarang sebenarnya tangan aku ni masih kaku dan tak pandai main satu lagu pun..alangkah rugi dan membazir jugak aku rasa dengan pengorbanan yang telah aku laburkan..kini setiap hari aku hanya tengok je benda ni depan mata..tapi aku tak pernah menyesal beli..
Nak ceritanya, masa kita tak ada benda tu, atau apa sahaja nikmat yang kita tak ada kita selau mengeluh ataupun berusaha bersungguh sungguh nak dapatkan benda tu..sanggup la buat macam macam kan..walaupun susah redah jugak..tapi bila dah ada depan mata..selalu tak hargai atau endahkan je..
Semoga tahun ni semangat sis nak belajar skill ni istiqomah la ye..sekian terima kasih sebab baca sampai habis..tu je nak cerita. Sekian.

No comments:

Post a Comment