Monday, March 20, 2023

Percutian di Pulau Carey

Salam, hari ni aku nak cerita pengalaman bercuti yang agak unik sikit. Unik bagi aku je lah, kalau biasa bagi korang ikutlah. Kali ni kita staycation sambil berprogram sikit dekat sekolah perkampungan orang asli. Aku simpan sini jelah memori untuk tatapan anak cucu nanti, tu pun kalau ada lah. Huhu.

Programnya hari Sabtu, tapi aku nak start cerita dari hari Jumaat tu yang aku jaga booth dekat Mitec untuk pameran Kind Malaysia. Banyak la NGO-NGO lain bukak booth macam macam persatuan dan pertubuhan ada. Kadang kadang aku amaze dengan apa yang persatuan tu perjuangkan. Contohnya macam ngo yang nak protect and preserve harimau. Aku yang manusia biasa ni tak pernah la terfikir nak selamatkan harimau ke apa. Baguslah untuk aku tahu instead of amik pengalaman jaga booth, jumpa orang explain pasal Bekind Malaysia, apa yg Bekind buat and build networking jugak. Kawan aku ada jugak tanya aku ni kerja under Bekind ke? Haa tidak ye! Aku hanyalah sukarelawan saje. Aku masih bekerja macam biasa, tapi aku amik cuti halfday hari Jumaat tu. Tak de bayaran pun bila aku join program tapi yang penting aku happy sebab at least aku dapat give small contribution towards society. Dapat build aku punya portfolio tu bonus la.






Pameran ni habis sampai pukul 5 petang macam tu, lepas je aku kemas barang semua nak keluar dari Mitec tu, hadap jem, berenti solat maghrib sekali isyak. So aku sampai di Pulau Carey tu malam ye. Takut tak takut aku redah je lah. Bila masuk kampung Sg Judah tu, sangat gelap xde lampu jalan, jalan agak sempit la sikit tapi nasib baik xde selisih dgn kereta lain. Aku menginap di Homestay al Cabin, kitorang amik pakej so share la dengan 5 org yg lain. Malam tu sebelum ke homestay, kitorang singgah di SK Sg Judah dulu, tengok tengok apa yang patut dan bergambar wajib lah. Haha.



Program kalini temanya ‘Back to School & Marhaban Ya Ramadhan’. Ada Ecofreemarkat, sukaneka, check gigi, check kesihatan, persembahan dan ada sumbangan makanan. 












Itu je lah cerita kali ni, lepas habis program tu aku tersangatlah barai. Penat ye buat kerja. Apa apa pun yang penting fun! Aku join volunteer ni nak happy happy je xnak stress stress okay.

Kalau korang berminat nak derma untuk Bekind Boleh scan sini. Next program kita akan ke rumah anak yatim kat Pulau Indah masa Ramadhan ni dan banyak lagi program akan datang so sumbangan anda sangatlah diperlukan. Semoga murah rezeki, diberkati dan dipermudahkan urusan aku doakan.






No comments:

Post a Comment