Monday, July 26, 2010

Nak TauTak Betapa Bestnya Jadual Anjal?

Jadual anjal, baru tahun ni aku tahu kewujudan jadual ni. Jadual ni khusus untuk pelajar tingkatan 3. Serius, bila tukar ja daripada jadual biasa ke jadual anjal memang best gila. Aku lebih suka jadual anjal. Kalau sekolah lain tu, aku tak tau la depa buat macam mana ka. Nak tau apa yang bestnya pasai jadual anjal ni?

1. Sehari, ada 5 subjek sahaja.

Haa, ni yang best. Kalau jadual dulu, sehari tu sampai tujuh subjek. Punya la berat beg nak bawak buku sampai satu beg tu pun tak cukap, ada yang bawak banyak beg macam mak cik jual kerepek tu pun ada. Baru buku saja, tak masuk telkung lagi.

2. Belajar subjek teras sahaja

Matapelajaran sampingan yang tak penting tak yah belajaq lagi dah. Selalunya, kami buat endah-tak endah je ngan subjek pj, seni dan sivik ni. Tapi, cikgu yang mengajar, nak jugak ajar mata pelajaran tersebut. Jadi, kerja kami akan bertambah dengan kehadiran matapelajaran tersebut.

3. Jawab soalan, bincang soalan ja.

Waktu jadual anjal, satu masa satu jam setengah. Jadi, cikgu cuma bagi kami soalan, soalan, soalan, soalan. Banyak gileer soalan. Sampai nak termuntah dah jawab soalan, lebih kurang je bentuk dia. Tapi best, sebab ta yah dah nak buat nota apa semua tuh. Buku teks pun tak yah bawak pun tak pa, bawak buku rujukan ja.

4. Rehat

Haa, ni lah yang paling best boleh rehat awal, kalau rehat pertama, kami rehat awal drpd form2 yang lain. Tak yah dah dok berebut berebut pastu ada yang tertumpah makanan. Dah tak da dah, kantin jadi lengang ja, tu pun ramai form 3 yang tak keluar makan. Al maklumlah, sapa yang tak habis ganti tu kan kena qodho'. Bila rehat kedua pulak, keluar awal dan lama. Kalau sebelum ni, kalut-kalut amik wudhu' sembahyang jemaah kat dewan, skang tak yah dah, boleh solat kat surau. Rehat pun lama, boleh bergelak sakan, makan nasik pun boleh tambah. Klau dulu, nak suap nasik pun tak dan.

5. Kertas bertimbun.

Kertas soalan yang bertimbun timbun tebalnya. Dulu kata nak jimat kertas, tapi cetak soalan satu soalan satu helai. Tak pa, nanti bila habis PMR boleh jual. Dapat duit sikit.

Kalau lah jadual anjal buat setiap thn kan best!

No comments:

Post a Comment