Friday, October 22, 2010

Di Rumah Hembusan Kasih


"YA RAZZAQ, Kau limpahilah rahmat, kebahagiaan dan ketenangan kepada adik-adik ini"

Sejak kelmarin, Izzati Ismail mengajak kami (3 Siti Fatimah) ke rumah Hembusan kasih. Entahlah, sejak beberapa hari lalu dia telah memperkenalkan kami rumah itu. Dia kata 'dia dah nak mati dah'. Mungkin dia mendapat hidayah untuk berubah. Aku pun tak paham maksud dia. Dia lalu depan rumah tu waktu nak pergi sekolah. Daripada itulah terdetik hati Izzati nak pi situ.

Ok, kelmarin kami rancang macam-macam aktiviti nak buat apa kat sana. Nak beli apa. Nak bawak apa. Mula-mula, kami rancang nak bagi motivasi by Syuhada. Pastu tiup belon, mewarna, memasak..erm..yang lain lain aku lupa lah.

Pagi tadi, aku tumpang Syuhada pi Rumah Hembusan Kasih tu. Syuhada pi cari kek kat Hafifah, tapi kedai tu tutup, al-maklumlah..hari ni kan Hari Pekerja, hari cuti. Syuhada bawak banyak benda..karipap, kek, photostat lukisan dan satu kotak yang aku tak tau ada isi apa.

Mula mula masuk, adik tu dah tanya, nama aku apa. Pastu kami berkenal-kenalan. Lepas itu, adik adik ni buat persembahan nasyid untuk kami, Ya Allah......sedih giler!!! Aku tak dapat tahan..terus mengalirkan air mata..semua kat situ pun, lepas nasyid tu, terus berhinguih hidung kami..


time nasyid

Lepas nasyid, kami makan pagi. Makan bihun sup. Pastu round round sekeliling rumah tu. Ada rabbit dan ayam kalau tak silap kat belakang rumah tu.


ni, kat depan rumah tu
huhu, aku kat pintu tu termasuk jgk pic ni..

Lepas tu, acara tiup belon sampai pecah pun dijalankan...heh, waktu ni lawak lah ada belon yang besar sangat sangat pun tak pecah lagi, sampai habis tempat tiup belon tu..haha..

Lepas tu pulak, pertandingan mewarna pulak. Sementara mereka sedang mewarna, Ustazah suruh kami jadi 'kilang manual' kejap. Ustazah amik ubah pack kopi 'KOPITO'. Aku tak pernah dengar pun jenama kopi tu. Kami kena lekatkan pelekat jenama kopi tu pada peket kopi. Pastu lekat kopi kopi tu dekat atas papan untuk digantung. Alah, macam kopi kopi kat kedai tulah macam kopi Radix, Kopi Jantan, Kopi Janggut dan sebagainya. Sebelum ni aku pernah ke tengok kat kilang kopi orang buat semua tu, hari ni aku pulak yang buat mcm tu. Best,,best!!

Lepas habis semua, sembang-sembang kejap, aku rasa nak balik. Aku call mak. Mak amik aku. Agak memalukan juga, aku berdiri dekat tepi jalan tunggu mak. Lepas tu pulak, aku patah balik pinjam telefon Izzati hantar mesej kat mak. Hehe..sebab mak tak tau rumah tu kat mana.

Tadi aku tengok kat Facebook, diorang bergambar sekali dengan adik-adik ni. Ruginya tak dak!!

Alhamdulillah, hari ini aku dapat pengalaman baru. Buat kerja amal secara sukarela. Best tengok adik adik ni gelak. Dan jugak berpengalaman jadi 'pekerja kilang'.

Sebelum aku balik, depa depa tu suruh aku tulis ucapan dalam kertas kecik..

aku tulis

Makan roti,
ingat kak Farah,
kalau belajar,
sampai berjaya..

Heh, aku tak tau nak tulis apa, so yg tu je termampu aku tulis..huhu

No comments:

Post a Comment