Saturday, October 16, 2010

Kembali.

Bismillah,,

Alhamdulillah, dapat juga aku kembali menulis blog ni,, haih setelah beberapa bulan ditinggalkan. Almaklumlah, PMR baru saja selesai. Dan dia akan kembali beberapa bulan nanti. Result lah tu. Adoii takutnya. Apa-apa pun, sekarang aku nak bertawakal ja setelah aku buat yang terbaik. Aku tahu, bukan aku sorang saja, aku bersama-sama kawan mengharapkan mendapat result yang terbaik juga. Kalaulah ditakdirkan aku tak mendapat straight A, aku berharap aku gembira melihat kawan-kawan yang lain mendapatnya.

Selepas PMR ni, rasa boring la pulak, dulu nak sangat habis cepat. Sekarang ni, dah tak dak dah timbunan kerja, hujan kertas soalan, perbincangan hal pelajaran, balik lewat petang, melawak ngan cikgu..la ni cuma tinggal menanti keputusan keluar. Sementra itu, kat sekolah ada la program selepas pmr. Alhamdulillah, semua syok. Minggu depan ada banyak pertandingan, ada kalam jamae, pentomen, choral speaking, pakat-pakat bina, prog. prostar..erm..ada lagi kot, aku tak ingat. Ermm, best jugak buat macam nih, cikgu saja kot atur jadual bagi padat ngan pertandingan, kami pun sibuk la mengatur masa untuk berlatih semua pertandingan tu.

Bagi kalam jamae, aku jadi conductor, aduih..erm..memang la aku dah biasa, tapi, kami kena buat persembahan kalam jamae kat SMKA Naim Lilbanat minggu depan, aduih..kalau sekolah orang lain ni, aku ketaq sikit. Tak pa lah, time ni lah aku nak test diri supaya tak gentaq depan orang ramai. Almaklumlah, sekolah tu kan pelajar-pelajarnya semua cemerlang. Rasa macam kecik ja diri ni bila bersama orang-orang pandai ni.

huhu, tu jekot yang aku nak tulis, aku pun sebenarnya tak dak benda sangat nak tulis, merapu merapu sikit ja...

No comments:

Post a Comment