Wednesday, October 06, 2010

Punca Pelajar KIGS dapat diabetis

sekadar gambar hiasan

Sejak mesin minuman automatik tu ada kat sekolah kami, ramailah yang beli air tin kat situ.

Waktu mula-mula tu, punyalah beratur panjang sampai nak jatuh longkang.

Semua pakat berebut nak beli.

Nak try buh duit kertas dalam mesin.

Tambah-tambah lagi mesin tu boleh buh duit kertas.

Kalau tak, mesti payah nak tukaq duit syiling.

Dalam satu hari tu, tak sah kalau Cina tu tak mai tambah tin.

Kejap je habis.

Kadang-kadang sehari sampai dua kali.

Mesin tu telus sungguh, kalau masuk duit, lepas tu dia keluar balik, mungkin duit terlalu banyak atau tin sudah habis mungkin.

Kak Farhana ada tulis kat status Facebook dia,

"Pada 5 tahun akan datang, pelajar smkap 80% akan menghadapi diabetis dengan adanya mesin minuman tu"

haha.

Agak kelakar bila aku dengar telatah pelajar sekolah kami dengan mesin tu.

Pastu, ada yang rajin pegi kutip tin kosong dalam tong sampah. Aduih, tak tau la nak buat apa.

Dalam kelas kami pulak, sapa yang dah habis minum, kami akan kumpulkan kat belakang, sebelum tu pijak dula bagi kemek.

Sampai nak runtuh kelas kami nak kemekkan tin tu.

Sampai sekarang, serius aku tak pernah lagi cuba masukkan duit dengan tangan aku sendiri.

Aku kirim kat orang je.

Tu pun aku beli air mineral.

Air lain yang berperisa aku tak rasa lagi. (penah la seteguk, air Aimi)

Ntah la, aku memang nak beli tapi lupa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...