Tuesday, April 27, 2010

Sangat terasa kekuranngan itu.

"Maaak, ikah nak ayah. Jom pi beli ayah kat kedai.."

Waktu masa ustazah tadi, ustazah ada cerita pasai keluarga dia. Suami dia sudah meninggal dan anak dia jadi anak yatim lah kan. Terharu aku dengar cerita ustazah tadi. Hati anak yatim muda terasa. Memang betul. Terasa sebab tidak seperti orang lain yang ada ayah. Kalau ada ayah, boleh mintak macam-macam. Boleh hantar kita ke sekolah. Boleh mendidik kita menjadi orang yang berguna. Setiap kali hari bapa, boleh bagi hadiah kat ayah. Tapi, bagi orang yang tidak ada ayah ini, sangat cemburu melihat orang lain ada ayah. Mereka manja dengan ayah mereka. Ayah mereka datang untuk memberi support. Ataupun, ada yang mak mereka tidak bekerja. Jadi, mak mereka lebih banyak masa terluang untuk anak-anak mereka.

Ada juga yang merungut, ayah mereka garang. Ayah mereka tidak bagi mereka buat itu dan ini. Berfikirlah, sekurang-kurangnya ada juga yang mengambil berat tentang mereka. Apabila ayah kita sudah tiada, pasti kita merindui saat ayah kita memarahi kita.

Memang, aku 'tidak pernah merasai' mempunyai ayah walaupun ayah aku masih sempat mendukung, memeluk, mencium dan menjaga aku selama satu tahun. Apa pada waktu umur aku satu tahun aku sudah pandai berfikir? Atau aku masi ingat saat ayah aku bersama aku? Oleh sebab itu, aku sangat ganjil dengan seorang lelaki bernama 'ayah' sehingga aku meminta mak 'membeliku' seorang ayah. Itu permintaan aku ketika aku masih berumur 3-5 tahun. Walaupun sebelum itu, aku tak tau pun yang aku ada ayah tapi, bila aku tengok orang lain ada ayah, aku pun nak ayah juga bukan?

Untuk membalas jasa ayah aku, aku perlu membaca al-Quran. Amalan yang tidak akan putus selepas meninggal dunia ialah doa anak yang soleh. Adakah aku anak yang soleh? Ada juga aku terdengar, ayah aku mahu anak-anaknya ke sekolah agama. Mak aku tak pernah memaksa aku ke sekolah agama malahan, mak tak pernah beritahu hal itu. Aku juga tidak sedikit pun rasa terpaksa untuk ke sekolah agama walaupun pada mulanya aku tidak mahu masuk sekolah ini.

Marilah kita sedekahkan suruh al-Fatihah kepada arwah ayah aku, En. Amiruddin bin Kassim. Semoga ayah tenang 'di sana'.


No comments:

Post a Comment