Sunday, April 25, 2010

kenapa tak ajak aku!!

'Tak semua kawan mengingati sahabat mereka'

Semalam, ada MTQ (Majlis Tilawah al-Quran) kat SMK Sanglang. Biasalah, sekolah aku sudah semestinya ambil bahagian. Tak sah kalau tak menang tau! Disebabkan oleh sekolah kami semua perempuan, kecuali guru dan staff maka kami bulih hantaq dua wakil dalam setiap pertandingan. Maknanya ganti tempat pelajar lelaki lah kan. Berikutan dengan itu, ada jugak penyokong untuk sokong sekolah kami. Pi tengok majlis tu. Tak tau lah depa bawak sepanduk ke tak. So, para peserta ni bulih pilih nak bawak sapa penyokong.

Aku nak ikut!

Tiga-patah-perkataan yang malu dan tak sempat aku ucapkan. Malam sebelum MTQ bermula, semasa aku online. Nu'on al-Musno ni online. Aku tak tau pun dia ni akan pergi jugak ke majlis tu nanti. Apabila dia sudah out, aku tengok kat Facebook, dia tulis status yang dia tak kan datang sekolah esok sebab nak pergi MTQ. Selepas itu, aku chat dengan Aimosharifah, aku bagitahu kat dia kata aku nak ikut jugak!!!!

Pada keesokan arinya, Aimosharifah bagitau kat aku, kata semalam Nu'on al-Musno ni ajak dia pergi MTQ. Aku rasa, semalam pun aku online jugak. kan..kan..kan...Tapi Nu'on al-Musno ni tak ajak aku pun. Sedihnya~

OK! aku berfikiran positif je, semalam aku online aku buat visible padahal aku ada tulis status untuk semua orang.

No comments:

Post a Comment