Sunday, April 25, 2010

Jeritan Bisu??

Bismillah.. Ya Allah berkatilah penulisanku ini.. Salam 1 Malaysia. Cewah macam formal la pulak.Blog ni blog yang ke-empat aku..ish..ish..buat apalah aku buat blog banyak-banyak ye? Bukannya ada orang nak baca pun..hehe.. Blog aku yang pertama, kat Myspace kat situ..aku akan tulis kalau aku sakit hati dengan 'seseorang' tapi, dua hari lepas aku dah delete aku punya Myspace sebab aku rasa aku malas da nak guna Myspace. Lagipun bukan ada apa sangat. Maksud aku, aku jarang online Myspace, ada ramai friends pun bukannya selalu nak mengomen-ngomen. So, aku buat keputusan nak buang je. Aku rasa sekarang ni aku dah addict dengan Facebook. Entahlah kenapa..tapi setiap hari aku akan bukak Facebook untuk main game. Sehari tak bukak, alamat mati kelaparanlah pekerja aku.

Ok, seterusnya aku buat blog untuk tatapan umum, aku buat tahun lepas akibat pengaruh daripada Raihana Ramli. Almaklumlah, masa tingkatan 2 kan banyak masa. Blog ni, aku asyik tukar template, tajuk dan url. Memang tak tetap pendirian lah aku ni. Asyik tukar, tukar, tukar dan tukar. Blog ni sapa sapa nak baca pun bulih sebab aku tak buat private pun. So, aku kenalah control menulis. Tak bulihlah tulis pasai sakit-hati-kat-kawan aku kan.

Pada suatu hari, aku rasa sedih sangat. Aku tringin gak nak tulis dalam blog, tapi aku takut nanti orang baca. Dahla yang baca tu orang yang buat aku sakit hati dan aku tak mahu buat dia sakit hati pulak. Hah, apalagi aku buat lah blog baru yang private. Memang tak de sesapa pun yang baca. Tiap-tiap hari aku tulis, tidoq lambat, sakit perut, sakit hati, cuti pun aku tulis gak..heh..dah tak de sapa baca lah kata kan..tapi sekarang ni dah jarang update blog. Salah satu sebabnye, malas. Padahal bulih online Facebook tiap-tiap hari.

Hari ini aku buat blog baru pulak, habis aku perah kepala otak aku nak bubuh tajuk apa, url apa. Pikiaq punya pikiaq....dapat idea jeritan bisu maksudnya erm..aku menjerit tapi tak ada sesapa pun dengaq..aku jerit dalam hati lah tuh. OK, kenapa aku buat blog ni? Sebab, blog ni aku nak tulis pasal aku. Aku nak tulis apa yang aku rasa dan hidup aku. Aku tak nak bagitau orang. Kalau diorang tau, nanti tak bulih la aku tulih pasai depa kan..kan..kan...tapi jangan risau, aku tak bagitau nama betoi lah~

No comments:

Post a Comment