Thursday, April 29, 2010

Semangat Baru.

"Ikah, tolong sedar!!"

"Sedar!!"

"Sedar!!"

"Sedar!!"

"Ya Allah, Kau sedarkanlah aku daripada lamunan ini. Kau kembalikanlah aku ke alam yang nyata. Kau keluarkanlah aku daripada zon selesa"

"Tidaaaaaaaaaaaaaaaakkk!!"

Baru tadi aku sedar. Ya, baru aku sedar sekarang sudah di penghujung bula April. Sangat pantaskan, masa berlalu. Sangat pantas. Dari tadi, aku duduk di hadapan laptop, aku rasa seperti satu saat je tapi rupa-rupanya dah sejam yang lalu. Masa berjalan sangat pantas. 'Sesungguhnya masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya dia akan memotong kamu.'

Beberapa bulan je lagi, PMR akan mendekati aku, dan aku akan berperang. Berperang dengan peperiksaan. Dalam pada itu, sudah semestinya aku yakin, mesti penat lelah, jatuh sakit dan kekurangan waktu rehat akan kami, calon PMR 2010 akan hadapi.

Sebelum ni aku asyik rilekk je. Homework memangla semua siap, tapi disiapkan pada saat saat akhir. Aku rasa, aku jarang 'pegang buku' di rumah. Aku lebih banyak tidur dan melayari internet sahaja. Sebab itulah aku akan habiskan kerja rumah di sekolah.

Ok, sekarang dengan semangat baru, aku berazam akan lebih bersungguh-sungguh.

No comments:

Post a Comment