Monday, April 05, 2010

Saat untuk Menempelak Diri.

"Aku tak sesempurna seperti dia, amat terasa apabila dibandingkan"

Ya, aku tahu semua manusia tidak sempurna kecualila Nabi Muhammadd S.A.W. Baginda kekasih Allah.

Tetapi, ketidaksempurnaan aku dapat dilihat dengan jelas. Aku tidak pandai menyembunyikannya. Tidak seperti dia, segalanya lengkap. Shakhsiahnya, agamanya, ilmunya, fizikalnya. Semua orang memuji dan mengagumi dia. Aku juga. Bukanlah aku membencinya. Tidak, cuma agak terasa kerana dia akan dapat segalanya yang dia impikan. Dia bagaikan tidak pernah kalah, tidak pernah kecewa kerana dia mengharapkan semuanya daripada Allah. Dia jarang memikirkan tentang dunia. Hadir ke kelas lewat, satu amalan biasa baginya kerana tidak gopoh dalam melakukan sesuatu perkara. Tetapi dia tidak perna dimarahi. Sedangkan bila orang lain berbuat sedemikian, mereka akan disoal siasat seperti penjenayah yang melalukan kesalahan. Ya, sebagai manusia yang tidak sempurna ini jelas aku cemburu, cemburu dan cemburu. Segalanya dia, dia dan dia.

Kalau hendak membandingkan aku dengan dia, aku jauh..jauh di belakang. Kalau senaraikan orang yang paling jahat di sisinya, aku mungkin di tangga pertama.

Jahat. Aku seorang penjahat di fikirannya, mungkin. Aku sombong jarang membantu orang dalam kesusahan. Dengki, aku dengki terhadap orang-orang yang lebih daripada aku. Lemah, aku lemah menghadapi rintangan yang mendatang. Malas, sifat yang sentiasa ada dalam diri. Banyak lagi. Banyak. Kalau disenaraikan kebaikan dan keburukan aku, sudah semestinya keburukan melebihi.

Kenapa? Dia boleh. Kenapa tidak aku? Ikah, ini semua dugaan yang Allah bagi, aku bersyukur menerimanya. Sekurang-kurangnya aku sedar, bukan senang mahu mendapatkan sesuatu yang aku impikan. Moga moga, segala keburukan aku ini terhakis.

"Ya Allah, Kau berilah rezeki kepadaku,
Kau kurniakan aku rahmat dan berkatilah hidupku.
Kau berilah aku kebahagiaan, dalam pada itu,
Kau timpakanlah kepadaku ujian dan kejayaan yang seimbang."

No comments:

Post a Comment