Monday, April 26, 2010

Aku mahu juga.

"Apakah aku akan dapat apa yang aku impikan?"

Pagi tadi, aku bangun agak awal juga. Bukan apa, banyak kerja yang aku tak siap lagi seperti iron baju sekolah dan kemas buku untuk hari Isnin. Dan aku perlu sampai ke sekolah awal kerana hari ini giliran aku untuk menjaga pintu pagar. Memanglah, mula tulis nama pelajar yang datang lewat pukul 7.35 tapi, pukul 7.20 aku dah siap tunggu kat depan tuh. Tambah-tambah lagi, minggu lepas kak Izzati tegur, Pengawas yang jaga pagar kena datang awal sebab cikgu tunggu awal. Tapi, tadi aku tak nampak pun guru bertugas jaga. Pasangan yang patut 'jaga pagar' bersama-sama dengan aku pun tak hadir. Haish, sapalah sorang lagi tu eh? Kalau esok tak datang jugak, nanti aku sound dia. Eleh, macam la aku berani sangat.

Hari ini, perhimpunan mengikut tingkatan. Tingkatan 1,2 dan 3 di dewan dan selebihnya dikantin. Aku tersilap beritahu maklumat kepada pelajar yang datang lewat itu sebab pada mulanya aku pun tak tahu. Semasa perhimpunan, kak Izzati yang bagi tazkirah. Bagus. Tapi aku tak berapa dengar sangat sebab aku duduk kat belakang. Aku jalan-jalan dalam setiap barisan. Masih ada pelajar yang bising semasa ucapan disampaikan. Kadang kala mereka mengajak aku berbual sama. Kalau tak jawab, dikatakan aku sombong pula. Kalau jawab, dikatakan pengawas bersembang juga.

Ya, sudah diduga, sekola aku menjadi johan dan naib johan dalam setiap bahagian waktu MTQ Sabtu lepas. Kecuali tilawah yang mendapat tempat ke-3 dan ke-4. OK lah tu. Memang suda tahu keputusannya. Ustazah ada menyebut, ada sekolah lain yang mengatakan 'lebih baik sekolah mereka tidak mengambil bahagian jika asyik sekolah agama aje yang menang'. Emm..biasalah tu.

Tadi jugak, hadiah kepada tokoh nilam negeri Perlis juga disampaikan. Sungguh cemburu sekali, walaupun dia bukan pesaingku dan memang aku tak layak untuk mendapatkannya. Kak farhana. Aku sudah lama mengidamkan gelaran 'Tokoh Nilam' itu dianugerahi kepadaku. Sudah lama..sudah lama..Aku sangat berharap..Tapi, aku tidak layak! Walau setinggi gunung kertas nilam yang aku tulis, jika tidak dipilih sangatlah tidak mustahil. Aku mahu!! Aku mahu juga!! Cikgu, tolong jangan pilih orang yang pandai sahaja. Pilihlah kepada sesiapa yang ingin merebutkannya.

No comments:

Post a Comment