Thursday, April 04, 2013

Apa aku buat lepas SPM?

Bismillah,
Alhamdulillah ada semangat nak tulis skit kot hari ni. Haa, korang baru lepas spm? Kalau tak baru pun dah lama dah kan. Dah dapat result dah pun. Apa yang korang buat lepas SPM, haa? Apa-apa pun, aku nak tulis jugak!

1. Amik lesen kereta.

Hah, ni aku rasa ramai yang dah ada lesen kereta. Aku ? Dah dua kali gagal. Tak dak rejeki lagi.Tak pelah. Memandu tak lah susah, tapi kat atas jalan raya tuu. Wah, takut nak melintas. Kenapalah, kereta lain ada kat atas jalan raya? Hah, apa punya soalan lah aku ni. Nak salahkan orang lain pulak. Dan JPJ tu, oh lurus (baca : straight ) sangat. Orang kat tempat lain macam senang je dapat lesen.

2. Kerja.

Selalunya diorang kerja kat kedai lah senang. Gaji pun banyak. Ada setengah tu dapat sampai beribu. Untunglah diorang. Aku pernah la kerja kat tadika. Cewah, aku ingat senang je kerja kat situ. Alah, mengajar budak-budak, tak susah pun. Sekali pergi, hahahaha. Seminggu je tahan. Apalah! (Tepuk dahi)

3. Main Subway Surfers.

Subway Surfers. Apa tu? Yang ni game, bagi sapa yang tak tahu. Aku mula ketagih main ni. Astaghfirullahalazim. Padahal bukan ada apa pun cuma seronok bila dapat beat dengan orang lain. Lagipun dah ada banyak masa terluang. Salah ke?.Hehe..

4. Pergi kelas English.

Aku ni tak pandai sangat nak speaking. Erm, aku ada dapat scholarship pegi ELS Penang untuk sebulan ja. Mula-mula aku takut nak pegi situ, sebab semua cina ja yang ada. Foreigner pun ramai. Tapi, dengan berbekalkan semangat dan keyakinan serta keimanan yang jitu..Aku pergi juaa..cewah..Best gila kat situ. Kat situ lah aku confident skit nak speaking english. Student kat situ ada jugak yang datang daripada Hong Kong, Yaman, Libya, Thailand. So, aku macam terrreerr sikit lah bagi diorang.. Siap dapat best student lagi. Hah, riak !

5. Jadi fasilitator.

Jadi fasi kat sekolah lama aku. Aku malu. Bukan apa, aku rasa macam tak layak je. Tapi tak pe, pengalaman. Kerja aku mudah je, ambik-ambik gambar dan buat video..pasang LCD. Hah, dah berkurun aku tak buat camtu, yelah, kat KISAS..orang-orang pro je yang buat semua tu..

Aku saja nak share. Peace~


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...