Monday, April 08, 2013

Bila kali pertama aku memakai selendang

Alangkah indahnya, hidup ini
Andai dapat, ku tatap, wajahmu.
Allahumma solli a'la muhammad

.........................................

Dulu, aku alah sikit dengan selendang ni. Pashmina ke, shawl ke. Ntah, aku tak suka sangat orang pakai. Mungkin sebab tak berapa cukup labuh kot. Kalau pakai pun, kena lilit-lilit. Rimas weyh. Padahal aku tak pernah cuba pakai lagi. Dan aku rasa aku tak kan pakai sampai mati pun. Ceii, hampeh. Manusia, selalu berubah. Dulu tak suka, sekarang suka. Tu la, kata orang lagi, last-last sendiri yang buat. Tepuk dahi! Astaghfirullahalazim.

Ok, mulanya macam ni, ada sorang mamat Pakistan ni 'paksa' aku beli pashmina. Aku tak nak, dia tarik tangan aku suruh beli. Wuh, keterlaluan tak? Ok, aku tipu.

Mulanya macam ni, masa aku kat Penang dulu, aku ngan mak aku singgah shopping. Pastu, aku berhenti kat satu kedai yang juaii selendang. Waktu tu ada satu selendang ni nampak caantiik nya dia punya corak~ Corak pashmina tu cantik. So, aku beli la. Dua helai pulak tu. Kalau tak pakai memang la~

Esoknya, aku tak pakai lagi, aku just try try pakai dalam bilik ja. Tengok kat youtube..pergh, belambak tutorial pasal cara pakai pashmina. Macam-macam style ada. Tapi, huh, tak sesuai ngan aku kot. Bila aku pakai tak labuh sangat. Cuba, punya cuba, punya cuba, punya cuba (ulang baca sampai sepuluh kali). Aku cuba yang style ni. Perempuan purdah yang tunjuk cara pakai pashmina. Cara pakai bagi labuh.

Aku mula mula malu nak pakai, yelah dah tak biasa kan. Pergi kelas, tak pakai lagi. Pastu, satu hari ni, ada dinner kat sebuah restoran India. Halal ok! Aku ingat tak nak pergi, tapi kak Asriyah (pekerja kat ELS Penang) ajak aku pergi. Aku pun ok jelah. Malam ni lah aku baru start pakai kat luar.



Ni teacher Justina, beliau ajar conversation class. Kelas sembang-sembang. Dia yang nak bergambar dengan aku dulu.


Then, esoknya teacher tu bawak selendang, walaupun pakai suka-suka je.

Ada bezanya, pakai selendang dengan pakai tudung labuh. Sebelum daripada ni, aku pakai tudung labuh je, tapi bawal lah. Bila aku start pakai pashmina je persepsi diorang kat aku mudah berubah sikit. Depa lagi suka, lagi senang nak dekat dengan aku. So, setiap hari aku pakai pashmina. Dah tak pandang dah tudung bawal (cewah). Nak cakapnya kat sini, Islam tak larang kita berfesyen al long as kita boleh jaga aurat yeah. 

(",) Peace




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...