Sunday, April 07, 2013

Apa patut buat dengan gaji pertama

Allahu Rabbi,

Bila senang cakap Alhamdulillah.

Alhamdulillah !

.....................................

Sebelum ni aku pergi kerja. Then, mestilah dapat gaji.

Alhamdulillah, walaupun tak la dapat banyak mana. Lagipun aku kerja bukan sebab gaji. Cewah. Aku siap cakap kat bos aku, tak yah bayar gaji pun tak pa. Kerja kejap je pun sikit lah dapat nya~

Saat bos aku hulur je duit kat tangan aku, Aku terus kira. Then amik ambik satu per tiga daripada duit gaji aku tu untuk bagi kat tadika.

Aku teringat seorang jutawan Muslim Malaysia, TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary usahawan yang banyak menderma. Beliau akan dermakan satu per tiga daripada gajinya setiap bulan. Sebab tu dia jadi kaya. Allah izinkan, orang pemurah. Allah murahkan rezeki.

Sebenarnya duit yang kita dapat tu bukan hak kita sepenuhnya, ada jugak hak orang lain. So, sebab tu kita kena sedekah selalu.

Jangan lupa sedekah ye!

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...