Friday, April 05, 2013

Pen al-Quran Digital

Dengan nama Penciptaku yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang~

Senyum tiigaaa~

Ok. Dah?

Haa. Baru boleh start. Dulu, waktu kat KI, aku ada beli satu set al-Quran, siap ada pen digital, ngan buku panduan doa. Alah, sekarang ni yang femes tu dan dah murah sikit dari dulu.Aku beli tu ingat sebab senang nak hapai surah tigapuluh juzu'. Oh, bukan 30 juzu' tapi juzu' tigapuluh, sebagai persediaan menghadapi SKK. Terukkan aku, orang lain semua mesti dah dalam kepala. Aku? Tak pe, selagi kita hidup, selagi tu kita ada peluang.

Oh, alkisahnya pasal pen al-Quran ni, ramai jugak kawan aku yang beli benda ni. Dulu dok asrama tak boleh nak bawak MP Tiga (baca : MP3), so itulah 'jalan' nak dengar lagu. Hehehe..(tumbuh dua tanduk atas kepala). Caya tak aku punya pen al-Quran tu xde lagu pun. Satu pun tak de. Nasyid pun xde. Cayalah, tebaik betoi (puji diri sendiri je lebih). ok, berhenti riyak~

Tak elok, tak elok dengar lagu lagha, dalam pen al-Quran. Kata kak Ain Zuhaili (President Hawa KISAS 11/12), kalau letak lagu lagha dalam pen al-Quran tu, seperti letak surat cinta dengan pakwe makwe kita kat dalam al-Quran.

Nak ke, kalau kita tengah bercinta dengan kekasih kita, balas-balas surat, hantar sms, emel, liking-liking, komen-komen kat facebook, tup tup dalam pada masa yang sama, dia curang ngan kita. Huh, tak nak aku ! Mesti sakit hati kan. Haa, macam tu lah jugak kalau kita letak lagu lagha dalam pen digital tuu. Bukan apa, sebabnya, bila selalu dengar lagu lalai ni, hati mudah berpenyakit. Penyakit? Ya, Penyakit hati. Duduk kat KI, kami mesti menjaga hati. Kat mana kita sekalipun, kita kena jaga hati sebenarnya. Supaya hati tidak rapuh dan kalah dengan dunia. (Fuh, ayat)

Hiburan tak salah, cuma jangan keterlaluan ja. Biasalah fitrah manusia, sukakan hiburan. Aku pun 'kadang-kadang' suka gak dengar lagu lagha ni.

Dan pen al-Quran aku tu, waktu aku balik rumah, aku lupa nak buang dari baju sebelum basuh pakai mesin basuh. Jadi, benda tu dah arwah lah sekarang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...