Wednesday, April 03, 2013

Rasa macam kat negara orang

Aku pernah menetap kat satu tempat ni. Tak lama pun, sebulan je. Aku sorang-sorang sewa bilik kat sebuah rumah Cina ni. Haa, apa yang korang bayang? Aku pegi situ bukan buat apa, nak belajar jugak. Nak tau tak kat mana? Kat Penang, kat Joshtown. Aku buat apa kat situ sorang-sorang? Aku waktu tu dapat biasiswa daripada ELS Penang semperna ulang tahun depan yang ke 22 untuk belajar C.I.E.P. So, aku belajar English kat situ sebulan lah.

Mula-mula aku takut jugak nak pergi, sebab kat situ semuanya Cina dan ramai foreigner. Akulah satu-satunya student Melayu perempuan kat citu.. Wah bangga jadi Melayu. (ceeii) Kenapa kat situ tak ramai melayu? Mungkin sebab yuran dia mahai sangat. Yelah aku pun tak mampu kot. Tu pun nasib baik pegi free je.

Kat Penang ni, baru aku tau banyaknya cina, yelah dah duduk kat taman perumahan cina. Rasa macam kat negara Cina pulak. Sebab tu aku rasa macam duduk kat negara orang. Cuma yelah, tak de lah salji yang turun dan pokok-pokok tak luruh pun daun. Okey, anggap je musim panas kat China. Huii.

Aku pergi sini, mula-mula tak tau lagi nak beli makanan macam mana. Nak masak pun, tak kan nak ambik bekas cina. Sat gi ntah bekas apa-apa ntah. So, mak aku bagi Herbalife. Minggu pertama aku makan Herbalife. Best makan ni, sebab mengenyangkan. Time tengah hari aku makan roti plus minum kopi Radix (Mai secawan). Cewwah, kononnya jugak bila aku duk sini, aku bolehlah kawal pemakanan aku. Boleh kuruus.

Setiap hari Isnin ngan Khamis pulak aku puasa je. Tapi tyme puasa, aku order pizza hut. Online je! Saja nak makan sedap sket. Hidup sorang-sorang ni kena la pandai berdikari. Kalau tak pun aku masak megi (ok, tak baik utk kesihatan anda).

Bila dah lama sikit, baru aku tau ada gerai makan Melayu. Ada sorang amoy ni rekemen. Sedap weeyh ! Orang Cina pun ramai makan kat situ, tapi kena jalaan jaaauh la sket. So, mula la makan kat situ. Kat situ jugak ada kedai runcit, so aku beli telur 10 bijik dan roti. Esoknya aku buat roti telur guna pembakar roti yang boleh bukak tutup tu. Huh, kena la kreatif.

Sejak aku duk sini jugak, aku baru pandai naik bas rapid Penang. Sekali naik, rasa nak naik lagi. Sebab senang, tak susah pun. Yelah, kat tempat aku duduk ni mana la pernah naik bas. Pernah jugak aku tersalah naik bas. Hehe. Pastu aku tanya mak cik cina ni, macam mana macam mana, dia cakap tempat yang aku duduk sewa ni bahaya sangat, jangan balik malam-malam sorang-sorang. Huii mak cik ni buat aku takut. Aku sampai rumah sewa tu malam, takut la jugak. Alhamdulillah tak ada apa-apa.

Yang kelakarnya, satu hari ni aku pernah bagi patah kunci bilik yang aku sewa tu sebab kalut sangat. Ye lah aku bangun lambat hari tu (almaklumlah xdak sapa kejut) sepuluh minit lagi nak masuk kelas, baru bangun. Kalut gila nak mandi segala bagai. (tapi kat asrama dah biasa). Tu lah serba sikit, pengalaman. Yeah pengalaman tu penting. Mana la tau aku dapat pergi belajar obersee nanti ni la persediaan aku kena hidup berdiri atas kaki sendiri. Wee.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...