Saturday, April 06, 2013

Tempat aku jumpa cek tipu Angry Bird

Allahumma solli a'la saidina muhammad~
Kita jarang berselawat, macam mana nak dapat syafaat?

.................

Aku pernah kerja, caya tak? Huh, aku kerja apa? Aku jadi cikgu tadika, cikgu lah sangaaat~

Memang darii sekolah lagi sebelum habis SPM, aku ingat aku nak kerja kat tadika. So, bila dah tak de keja nak buat, aku pun search la kat mana ada kerja kosong kat tadika mana-mana yang mau amik cikgu-cikgu comel yang tak bertauliah ni. Aku ingat jadi cikgu tadika ni senang je. Mengajar budak-budak kenal huruf dan nombor. Pastu boleh jugak aku ajarkan budak-budak tu lagu-lagu kat KI. Doa ibu bapa ke, selawat ke, cerita kisah nabi ke, boleh jugak refresh balik kisah-kisah sahabat dan para anbiya'.

Ok, aku dapat kerja kat satu tadika ni, tapi kat Sungai Petani jauh la sikit. Tadika tu sediakan tempat tinggal, dan makan pun free. Interview dia senang je, dia tanya solat ngan boleh mengaji al-Quran ke tak.

Kat situ, ada tiga orang cikgu, depa tua lagi daripada aku. Kami ada tiga tugas. Satu tugasan, untuk satu minggu. First, kena ajar mengaji dan kasi budak-budak mandi. Then, masak untuk makan tengah hari dan petang. Pastu sapu sampah. Aku dapat yang first tu. Satu minggu aku kena ajar iqro' ngan mandikan budak-budak. Satu hari, diorang mandi dua kali.

Waktu pagi, sebelum mula kelas, semua kena beratur dulu, diorang akan angkat jari telunjuk dan laungkan kalimah syahadah dengan maksudnya sekali. Wah tu yang buat bulu roma aku naik. Kagum !

Bila hari yang ketiga aku kerja, aku baru boleh mengajar. Aku kena ajar diorang English. Wah, jadi teacher kot. Malam sebelum tu aku buat la sket persediaan apa yang aku nak mengajar esok.

Esoknya, bila aku start mengajar. Huh, baru aku tau langit tu tinggi ke rendah. Nak tau apa jadi? Diorang tak nak dengar pun cakap aku. Diorang ajuk balik apa yang aku cakap. Ada sorang tu tanya, "Teacher, kenapa teacher tak buat suara garang?". Ok, aku tak pandai nak garang sangat. Yeah, ajar budak-budak memang kena garang. Kalau tak, ini lah jadinya.

Semua dalam gambar ni comel sangat kan :3

Lepas dari tu, aku tak mengajar pun. Aku just tengok-tengok depa buat latihan. Kalau depa tak mau tulis kena pujuk. Kena tunjuk cara nak tulis ABCDE atau 1 sampai 10. Kalau tak cantik kena padam buat lain. Ada jugak yang tulis satu huruf dah penat. Hadui.

Lepas waktu sekolah, diorang akan main kat luar. Lari-lari dan berkejar kejaran (sama lah tu kan) gelak ketawa, jatuh, nangis. Rasa seronok pulak, teringat zaman budak-budak dulu. Bila dah penat, dan semua budak yang parent amik dah balik, budak yang transit sampai petang masuk dalam. Mandi. Yeah, kerja aku lettew. Time mandi, wah jenuh. Main air. Main sabun. So, aku kena pegang paip air, supaya diorang tak mandi lama sangat. Wah kena garang jugak time ni. Seminggu aku duk tadika ni, suara aku hilang. Oh, hilang? Ye lah menjerit banyak sangat.

Tak sampai seminggu pun kerja, aku mintak berhenti, berhenti? Yeah berhenti kerja. Tapi, bukan hari tu jugak berhenti sebab tak de pengganti lagi. Ramai je yang nak kerja kat situ tapi 'pengetua' kat situ cakap tak de calon yang sesuai. Ramai yang tak boleh mengaji al-Quran. Oh, sedih. Sedih. Sedih betul, dah dapat ijazah tapi tak boleh mengaji.

Aku berhenti bukan sebab aku malas tapi sebab aku tak nak diorang terpengaruh dengan aku yang suka main Subway Surfer kat fon. Atau aku yang terpengaruh dengan diorang. Silap hari bulan, aku pergi rebut buku BoBoyBoy sebab nak dia punya stickers. Ataupun naik papan gelongsong yang sama muat ngan kaki aku. Tak pun main kereta lumba sekali ngan diorang dan nak tulis cek tipu Angry Bird untuk tebus kat bank. Ok, aku tipu!

"Cikgu tipu, berdosa masuk neraka !" (Aku penah kena)

Aku memang tak pernah tau cara nak pesoh (jaga/urus loghat utara) budak-budak. Ye lah, aku mana ada adik. Dan aku juga bukan seoranng ibu yang pandai pujuk anak dia makan. Oh, tidak, kawin pun belum. Aku tak pandai sangat nak 'masuk' sangat ngan jiwa diorang. Dah tu, kenapa kerja kat tadika? Sebab nak latih jaga anak nanti lah konon, ops..marapu ja tuh. Alasan selamat, nak amik lesen kereta lah! Huh. 

Waktu malam yang paaaaaliiing aku suka. Kelas mengaji. Kelas mengaji ni bukan untuk budak tadika ja. Sekolah rendah, sekolah menengah pun ada.

Kat sini, baca satu hari, satu muka. Depa ada buku, aku kena dengar depa baca dan tanda sama ada depa kena ulang atau ubah. Depa selalu merayu sangat nak ubah. Ada jugak sorang ni menangis sebab aku bagi ulang. Huh, dah baca tak lancar. Takut jugak aku tengok dia nangis dah la laki pulak tu. Ada sorang tu, start baca dengan tarannum siap, amboi~ Pastu bila baca Iqro' tergagap pulak. Haha lawak.

Ni la serba sikit pengalaman kat tadika walaupun sekejap. Ada juga merasa main ultraman ngan diorang. Aku jadi raksasa..ngahahaha kelakar giler waktu tu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...