Friday, April 05, 2013

Surah al-Kahfi

Salam..salam..salam..
Bismillah~
Hui..hui..buat apa tu? hah..tengah tengok ni la kan.
Dah kahfi ke belum?

Baca surah kahfi ni lazimnya, kita baca hari Khamis, petang sampai hari Jumaat. Dalam Islam, permulaan hari kan lepas Maghrib. Insya Allah sapa yang baca surah ni hidupnya akan disinari dengan cahaya sampailah Jumaat minggu depannya? Tak caya, cuba try dulu. Alhamdulillah, bila aku baca, Allah permudahkan segala urusan aku.

Apa? Panjang sangat? Huh, kalau tak mampu baca sekali gus boleh baca sikit-sikit. Ataupun, kalau tak de masa sangat, baca la 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir je.

Dulu, waktu aku mula berjinak-jinak nak amalkan kahfi ni pun susah jugak. Baca tak lancar. Tambah-tambah lagi baca ramai-ramai kat asrama..diorang dah la baca laju..jenuh nak kejar. Tapi bila dah lama-lama amal. Alhamdulillah, jadi lancar macam surah Yassin. Semua orang boleh kan. Baca sendiri lebih tenang.

Jom amal kahfi setiap minggu~

No comments:

Post a Comment