Thursday, April 04, 2013

Hebat lah sangat

Dimulakan dengan bismillah (nyanyi skeet) :)

Okey, aku nak cerita sikit pengalaman belajar English satu bulan kat ELS Penang. ELS Penang ni terletak kat Kolej Han Chiang, alah tempat yang Psy penyanyi Gangnam style tu datang. First day masuk class, takut la gak ramai mamat-mamat Arab ni pastu main senyum-senyum ngan aku plak tu. Aku tau la aku comel. (Ok, perasan) Lama-lama aku selesa la dengan diorang. Aku rasa diorang sangat suka sebab aku ni perempuan yang beragama Islam, muslimah la katakan. Muda pulak tu. Majoriti kat situ ramai Arab lah, ada yang dari Yaman, Libya..Jordan ngan Mesir pun ada kot tapi yang classmate aku ada dari Yaman ngan Libya je. Orang cina yang datang dari Hong Kong pun ada, Malaysia mestilah ada kan.

Dan ramai lelaki la kat situ, dalam kelas aku, cuma empat orang je perempuan, 2 cina dan sorang perempuan dari Libya. Nak tak nak aku kena la cooperate dengan laki. Hah, benda  yang paling aku tak biasa. Yelah dulu aku sekolah perempuan semua then pergi sekolah yang tak bercampur sangat. Untuk menunjukkan yang Islam ni tak jumud, so kena la be professional.

Bila aku datang sini, yang orang cina ni pun depa pelik. Nak tau sebab apa depa pelik tengok aku? Sebab aku pakai baju banyak sangat. Haha. Aku cuma menutup aurat je. Pakai baju muslimah ngan seluar slacks je pun. Macam-macam la diorang tanya aku "You pakai baju besar-besar ni tak panas ke?" Tu la soalan femes yang diorang tanya padahal klas kat situ ada aircond sejuk gila pulak tu. Tu pun cina-cina tu pakai seksi-seksi, dah sejuk pakai seksi lagi. Ada jugak tanya "You pakai baju berapa lapis?" Hah, apa punya soalan tu? Hahaha. Apa-apa pun aku cool je, aku jawab macam ni "I ni KUAT, kalau panas I tahan lah"  Aku jawab dengan semangat jayanya ! Orang Islam mesti kuat. Wahaha.


Ada juga sorang laki cina ni, dia rapat la jugak ngan aku, selalu dalam kelas kami duk sebelah. Dia tanya, kenapa ada jugak orang Islam yang tak pakai tudung? Ada jugak yang pakai buang pakai buang. Huii, malu-malu...malu aku nak jawab. Sebab ada cikgu kat situ, muslim tapi tak pakai tudung. Oh, dia tanya macam tu sebab dia suruh aku pakai purdah, pastu aku cakap lah kalau aku pakai purdah, mana boleh buang-buang. Pastu dia tanya pasal tudung. Ada jugak cikgu kat situ, dari Iran, cantiiiiiiikk cuuun sangat cikgu tu + seksi jugak la. Dia tu syiah, pastu dua orang 'apek' ni tanya, apa beza you ngan dia (cikgu tu) beza agama la. Jenuh jugak nak jawab, aku pun bukan apa, aku cuma takut depa salah anggap kat Islam.


Ok, dia ni nama dia Tan Soo Ping, tapi kami panggil dia SP je. Dia ni orang first aku kenal dan bila baru masuk aku asyik duduk sebelah dia je. Dia baik sangaaaaat. Dia dulu sekolah semua cina, jadi tak tau sangat kot pasal Islam, dia pernah tanya aku. Orang Islam sembahyang hari Jumaat je ke? Then aku pun terang lah yang sebenarnya.


Walaupun duduk sebelah perempuan, tapi kami stilll kena berpisah. Supaya campur dengan semua. Dan dalam kelas, lama-lama aku selalu duduk sebelah diorang ni. Yang pakai baju hijau tu yang tanya macam-macam. Sebelah kanan aku pulak Libyan, dia tu kelakar gila dan selalu buat statement yang 'gila-gila'. Pastu mengaku pulak "Yeees I'm crazy" Yang pakai baju belang-belang pun sama, Libyan jugak. Kami selalu duduk macam ni time conversation class. Kelas sembang-sembang. Bila time kami tiga satu group (ngan 2 org Libya tu) kami bukan diskas apa yang cikgu suruh. Tapi sembang pasal lain, main-main cakap arab lah melayu lah.

Kadang-kadang aku cakap gak Arab dengan diorrang tapi, ada sorang ni komen. "You cakap arab bakulah, orang kat universiti je yang cakap macam tu" Heh, aku bukan orang arab, mana la aku nak reti loghat. As long as aku dah cuba, kira ok lah tu !


Ni lepas dapat result, hari graduasi. Aku dapat distinction, oyeah! Aku sorang je rasa. Wuuhuu. Yeah memang aku dah tekad nak dapat pun. Bukan apa, sebab nak tunjuk ' Islamu ya'lu wa la yu'la alaih' okeyh. Yeah itu yang aku nak buktikan sebenarnya. Lagi pun, aku ni tak sepatutnya duduk kat level ni. Aku patut level atas sikit sebab tahap SPM tak patut duk level basic macam ni. Tak heran la kalau aku dapat distinction pun. Chill lah~

1 comment: